web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Selangor FC Kembali Raih Kemenangan, Penang FC Bangkit Benam Perak FC

Sukan Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Apr 2021 8:09AM

Brendan Gan (kiri) merebut bola dalam perlawanan menentang UiTM FC semalam. - Gambar dari Facebook Selangor FC

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Selangor FC kembali menemui rentak kemenangan untuk menamatkan permulaan buruk dalam kempen Liga Super 2021, selepas menewaskan pasukan tercorot UiTM FC 2-0 di Stadium UiTM, Shah Alam, semalam.

Ia merupakan kemenangan kedua skuad bimbingan pengendali dari Jerman Karsten Neitzel, selepas hanya mencatat dua keputusan seri dan tewas dua kali dalam empat aksi terakhir, sekali gus mengumpul lapan mata di kedudukan ketujuh.

Dua gol skuad Gergasi Merah dijaringkan pada babak pertama perlawanan dengan pemain import dari Switzerland Oliver Buff memecah kebuntuan, menerusi rembatan deras pada minit ke-13 sebelum penjaring terbanyak Liga Super musim lepas Ifedayo Olusegun, menjadikan kedudukan 2-0 pada minit ke-40.

Pada masa sama Penang FC kekal di kedudukan keempat liga dengan berkongsi 11 mata bersama Terengganu FC di tempat ketiga ,selepas bangkit mengatasi Perak FC 2-1 di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang.

Pemain pertahanan Rafael Vitor muncul wira pasukan, selepas menanduk masuk gol kemenangan pada minit ke-70 selepas Anselmo Arruda Da Silva, mencetak nama sebagai penjaring pada babak pertama untuk mengikat kedudukan 1-1 dua minit sebelum rehat.

Skuad The Bos Gaurus yang hanya mengutip satu mata dalam tiga aksi terdahulu, berjaya mendahului seawal minit ke-12 menerusi Sheriddin Boboev yang mudah menolak masuk bola ke gawang, selepas penjaga gol Samuel Jacob Somerville melakukan kesilapan ketika cuba menampan bola keluar.

Sementara itu, aksi antara Kuala Lumpur City FC menentang Sabah FC yang menjadi antara dua perlawanan perintis protokol pengurusan penonton, berakhir dengan keputusan seri tanpa jaringan di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras.

Dalam pada itu, pendahulu Liga Premier Negeri Sembilan FC terus menerajui takhta liga, selain mempertahankan rekod tanpa kalah dalam enam perlawanan, walaupun terikat tanpa jaringan menentang Kuching City FC di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi.

Keputusan seri itu membolehkan Sarawak United FC mengekori rapat dan hanya dipisahkan satu mata di kedudukan kedua Liga Premier, selepas mencatat kemenangan tipis 1-0 ke atas Kelantan FC di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV hasil jaringan tunggal Changhoon Lee pada minit ke-38.

Pada masa sama, satu lagi keputusan seri dicatat antara Terengganu FC II dan PDRM FC apabila perlawanan di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, berakhir dengan keputusan 1-1. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 bulan yang lalu

Malaysia Peroleh Hak Siaran Piala Dunia FIFA, Akses Tv Di India Dan China Masih Belum Pasti

2

Sukan 3 bulan yang lalu

JDT VS Sanfrecce Hiroshima: Visi TMJ Ubah Landskap Bola Sepak Negara

3

Sukan 4 bulan yang lalu

Kejohanan Piala Maxim Dijangka Tarik 18,000 Peserta

4

Sukan 1 tahun yang lalu

Liga Super: JDT Berpesta Gol Tewaskan Penang FC 5-0

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Mampukah Pengaruh Individu Di Jeram Padang Atasi Kekuatan Parti?

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 hari yang lalu

Malaysia Teguh Dengan Pendirian, Diplomasi Mekanisme Utama Tangani Konflik Antarabangsa - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Jurujual Mengaku Salah Tetak Penunggang Motosikal Di Lebuh Raya Persekutuan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

1 Video, 1 Negara Dinilai: Tindakan Pelancong Malaysia Cetus Perdebatan Tentang Imej Negara

oleh Sophia Ahmad