web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Anwar Mahu SMK Banggi Jadi Contoh Kecemerlangan Pendidikan Luar Bandar

Semasa Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 09 May 2026 4:43PM

Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUDAT - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu prestasi Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Banggi dipertingkat supaya sekolah di pulau terpencil itu menjadi contoh kecemerlangan pendidikan luar bandar serta pusat pembangunan modal insan.

Beliau berkata anak-anak di Pulau Banggi, meskipun tinggal di kawasan paling terpencil boleh berjaya sekiranya diberi tumpuan serius dalam pendidikan.

Anwar berkata pendidikan berkualiti bukan sahaja mampu mengubah kehidupan pelajar daripada keluarga miskin, malah membolehkan mereka menyumbang kepada keluarga dan masyarakat setempat.

"Pulau Banggi ini antara rantau pulau yang paling terpencil dalam seluruh wilayah Sabah, Sarawak dan Semenanjung.

"Kita harus beri tumpuan, dan saya minta ibu bapa beri tumpuan kerana anak dari keluarga yang paling miskin, dari pulau paling terpencil, tetapi kalau ditumpukan bidang pendidikan, dia boleh naik kerana mutu pendidikan yang diperoleh dan memberi sumbangan kepada keluarga dan kepada masyarakat," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Ramah Mesra Perdana Menteri Bersama Masyarakat Setempat Pulau Banggi di sini hari ini.

Yang turut hadir Timbalan Ketua Menteri I Sabah Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam mewakili Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak) Datuk Mustapha Sakmud, dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Zulkifli Hasan.

Hadir sama Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar, Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah Datuk Seri Safar Untong, serta Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Banggi Datuk Mohammad Mohamarin.

Anwar berkata lawatannya ke SMK Banggi mengimbau kenangan pada 1994 ketika beliau, selaku Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, meletakkan batu asas pembinaan sekolah berkenaan.

Beliau berkata sekolah itu kini tersergam indah, telah melahirkan anak-anak yang terlatih serta terdidik, selain menyediakan pendidikan tingkatan enam atau prauniversiti di Pulau Banggi.

Perdana Menteri turut meminta pengetua SMK Banggi, Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), Pengarah Pendidikan Sabah serta Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah menyediakan laporan mengenai langkah tambahan bagi meningkatkan prestasi sekolah itu, dalam tempoh dua minggu.

Anwar berkata kerajaan bersedia meneliti keperluan tambahan SMK Banggi, namun pihak sekolah juga perlu menetapkan sasaran jelas bagi memastikan pencapaian pelajar meningkat berbanding tahun sebelumnya.

Beliau berkata sebarang keperluan tambahan boleh dikemukakan untuk pertimbangan kerajaan supaya sekolah itu tidak berdepan kekurangan kemudahan asas yang boleh menjejaskan usaha meningkatkan pencapaian pelajar.

Dalam pada itu, Anwar mengingatkan pemimpin dan penjawat amanah supaya menggunakan kedudukan masing-masing untuk membela nasib rakyat, bukan mengejar kepentingan peribadi.

Beliau berkata jawatan yang diberikan merupakan amanah dan tanggungjawab besar, bukannya keistimewaan untuk merebut habuan atau kekayaan.

"Negara ini, negeri ini, hancur atau lemah kerana bila ada jawatan rebut habuan. Ada kemewahan tetapi tidak pernah cukup, rebut untuk diri mereka.

"Amanah ini kita lakukan untuk jaga kepentingan negeri dan jaga kepentingan rakyat termasuk yang paling susah dan miskin di negara kita," katanya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 19 jam yang lalu

Malaysia Teguh Dengan Pendirian, Diplomasi Mekanisme Utama Tangani Konflik Antarabangsa - PM

2

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Tahan 4 Suspek Kes Rogol Remaja Di Lahad Datu

3

Semasa 3 hari yang lalu

Hubungan Iran-AS Tunjuk Isyarat Positif, Selat Hormuz Perlu Dibuka Semula - PM 

4

Semasa 5 hari yang lalu

Klinik Kesihatan Bergerak KKM Bawa Perkhidmatan Percuma Terus Kepada Rakyat

Sorotan

1

Jurujual Mengaku Salah Tetak Penunggang Motosikal Di Lebuh Raya Persekutuan

2

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

3

Rombakan Barisan Pemimpin PN: Azmin Ali, Radzi Jidin Gugur Daripada Senarai 

4

CEO Perbadanan Stadium Malaysia Didakwa Minta, Terima Rasuah RM1.45 Juta

5

PRN Johor: Calon Dipilih Berdasarkan Khidmat Terbaik - Onn Hafiz 

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Calon Dipilih Berdasarkan Khidmat Terbaik - Onn Hafiz 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Tahan 4 Suspek Kes Rogol Remaja Di Lahad Datu

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Kes Dera Pembantu Rumah: 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan Semula 

oleh Wartawan Getaran

Politik 19 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Mampukah Pengaruh Individu Di Jeram Padang Atasi Kekuatan Parti?

oleh Sophia Ahmad