web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Permohonan Puad Zarkashi Ketepi Perintah Injunksi Interim Muhyiddin Didengar 26 Julai

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Jun 2021 4:35PM

Puad Zarkashi - Gambar Facebook

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Permohonan Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi untuk mengetepikan perintah injunksi interim diperoleh Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menghalang Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu daripada menerbitkan semula kenyataan yang didakwa memfitnah berhubung perintah kuarantin melibatkan perdana menteri di laman Facebooknya (Mohd Puad), didengar 26 Julai ini.

Semasa pengurusan kes secara dalam talian hari ini, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Seri Mohd Firuz Jaffril turut menetapkan hari sama untuk mendengar permohonan Muhyiddin bagi perintah injunksi inter-parte (antara pihak) yang diperoleh perdana menteri itu secara ex-parte (sebelah pihak) pada 1 Mac lepas bagi menghalang Mohd Puad daripada membuat sebarang kenyataan sementara menunggu pendengaran inter-parte.

Peguam Rosli Dahlan yang mewakili Muhyiddin ketika dihubungi pemberita berkata pendengaran kedua-dua permohonan itu sepatutnya berlangsung hari ini secara fizikal, namun ditangguhkan berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan penuh selama dua minggu bermula 1 hingga 14 Jun ini.

“Sehubungan itu, mahkamah melanjutkan injunksi ad interim yang diperoleh plaintif (Muhyiddin) sebelum ini sementara menunggu perbicaraan injunksi inter-parte dan permohonan defendan (Mohd Puad) untuk pembatalan injunksi tersebut pada 26 Julai dengan terma yang sama dengan perintah injunksi interim ex-parte,” katanya.

Peguam Shahrul Fazli Kamaruzaman yang mewakili Mohd Puad ketika dihubungi turut mengesahkan perkara itu.

Injunksi ad interim berfungsi untuk melindungi sementara plaintif yang memfail tuntutan dengan mengekalkan status quo.

Dalam permohonan ex-parte yang difailkan bersama writ saman, Muhyiddin memohon injunksi interim bagi menghalang Mohd Puad, atau ejennya, wakilnya atau sesiapa jua daripada menerbitkan semula, menyiarkan semula dan berkongsi semula hantaran membabitkan kenyataan fitnah berhubung perkara di laman Facebook milik Mohd Puad.

Muhyiddin memfailkan permohonan atas alasan hantaran yang dibuat oleh Mohd Puad adalah palsu, memfitnah dan telah menyebabkan reputasi serta nama baik perdana menteri itu di Malaysia dan peringkat antarabangsa terjejas.

Sementara itu, dalam writ saman yang difailkan atas kapasiti peribadi, Muhyiddin mendakwa pada pada 9 Februari lepas, Mohd Puad menerbitkan suatu hantaran di laman Facebooknya di bawah nama “DrPuad Zarkashi” bertajuk ‘Kuarantin pun ada dua darjat?’.

Muhyiddin mendakwa hantaran itu boleh diakses oleh pengguna internet di seluruh dunia dan telah menerima lebih daripada 1,200 reaksi, 215 komen serta 182 perkongsian.

Muhyiddin turut mendakwa hantaran itu merujuk kepada “PM” iaitu singkatan kepada perdana menteri selain mendakwa hantaran itu mengandungi penyataan yang jelas sekali tidak benar, tidak wajar, tidak berasas dan jahat terhadap plaintif serta telah memfitnahnya.

Muhyiddin mendakwa perkataan fitnah itu membawa maksud bahawa plaintif dan rombongan enggan dikuarantin selama 10 hari setelah mereka pulang dari lawatan rasmi ke Jakarta, Indonesia sedangkan mereka semua sedang menjalani kuarantin pada masa tersebut. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

Rogol, Cabul Cucu; Datuk Dipenjara 33 Tahun, 14 Sebatan

2

Semasa 1 hari yang lalu

Mahkamah Tinggi KL Batal Sapina Terhadap Anwar

3

Semasa 2 hari yang lalu

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

4

Semasa 2 hari yang lalu

Menjijikkan, Datuk 79 Tahun Rogol Cucu Bawah Umur

Sorotan

1

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

2

Pemandu Iriz Larikan Diri Selepas Nahas Diburu

3

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

4

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

5

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

6

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

Disyorkan untuk anda

Semasa 18 jam yang lalu

MUKMIN Mahu Kukuh Perpaduan Komuniti India Muslim Tempatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

Pelatih Industri UPM Maut Akibat Lemas, Kes Diklasifikasi Mati Mengejut - Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Aksi Ganas Di Kantin, Pelajar Digantung Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar