web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Agong Ucap Tahniah Pelajar Malaysia Dinobat ‘Top In The World’ Subjek Kimia

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 May 2021 12:03PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan ucapan tahniah kepada pelajar muda, Cheryl Chow Shu Wei yang dinobatkan ‘Top In The World’ bagi mata pelajaran kimia peperiksaan International General Certificate of Secondary Education (IGCSE), baru-baru ini.

Baginda turut berharap agar kejayaan Cheryl itu menjadi inspirasi kepada seluruh rakyat khususnya golongan pelajar dan belia untuk terus berusaha menghasilkan kejayaan cemerlang dalam bidang masing-masing.

Pada masa sama, Seri Paduka juga menzahirkan ucapan selamat maju jaya kepada Sekolah Antarabangsa Beaconhouse Sri Inai, Petaling Jaya itu dan mendoakan semoga institusi terbabit dilimpahi kejayaan cemerlang serta terus mengharumkan nama Malaysia di persada antarabangsa pada masa hadapan.

Cheryl mengenepikan hampir sejuta pelajar dari seluruh dunia, pada acara Outstanding Cambridge Learner Awards bagi membolehkannya menerima anugerah Cambridge Assessment International Education itu.

Cheryl memperolehi markah piawaian tertinggi dalam peperiksaan IGCSE bagi subjek sains itu.

Sebelum ini Cheryl juga pernah dinobatkan sebagai peserta terbaik pada acara Mangahigh East Asia Maths Challenge 2019 selepas mengatasi 14,240 pelajar dari Jepun, Korea Selatan, Singapura dan negara-negara Asia Timur.

Selain itu, beliau juga pernah merangkul pingat emas pada acara Kangaroo Math Competition peringkat kebangsaan dan University of St Andrews Competition pada tahun 2019.

Bagi dua tahun berturut antara 2019 hingga 2020, Cheryl turut dianugerahkan pingat emas di dalam Queen’s Commonwealth Essay Competition.

Tahniah Cheryl! Semoga terus sukses dalam apa jua bidang yang diceburi! - Getaran, 4 Mei 2021

Berita Berkaitan

1

Pendidikan 3 hari yang lalu

Malaysia Sedia Bantu Pelajar Palestin, Bina Semula Kekuatan Bangsa - Zambry

2

Pendidikan 6 hari yang lalu

Salah Laku Seksual Babitkan Pelajar: Jangan Tunggu Kes Tular Untuk Bertindak

3

Pendidikan 1 bulan yang lalu

Lebih 12,000 Guru Bersara Setiap Tahun, Jurang Usia Antara Pendidik Cetus Kebimbangan 

4

Pendidikan 1 bulan yang lalu

Mata Pelajaran Sejarah, Bahasa Melayu Kekal Syarat Wajib Ke IPTA - Zambry

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 23 jam yang lalu

Mahkamah Tinggi KL Batal Sapina Terhadap Anwar

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Menjijikkan, Datuk 79 Tahun Rogol Cucu Bawah Umur

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

1 Video, 1 Negara Dinilai: Tindakan Pelancong Malaysia Cetus Perdebatan Tentang Imej Negara

oleh Sophia Ahmad