web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Usaha Selesai Masalah Rakyat Melalui Konsep Malaysia Madani - Fahmi

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Jan 2023 7:00AM

Fahmi Fadzil bercakap pada sesi temu bual Ruang Bicara di Wisma Bernama malam tadi. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Konsep Malaysia Madani bukan slogan semata-mata, tetapi akan diterjemahkan melalui segala usaha kerajaan dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi rakyat, selain menjadikan Malaysia sebuah negara yang lebih baik, kata Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil.

Beliau berkata konsep itu akan dijadikan sebagai panduan kepada semua menteri dan kementerian untuk mencapai indeks prestasi utama (KPI) masing-masing, yang ditetapkan.

Katanya soal KPI bukan terletak kepada pencapaian jumlah program yang dilaksanakan oleh setiap kementerian sebaliknya dinilai dengan kepuasan rakyat terhadap perkhidmatan atau kualiti program dalam membantu masalah yang dihadapi.

“Rakyat tidak kisah sangat tentang slogan (Malaysia Madani), tetapi soal kos sara hidup, harga barang dan akses internet ... oleh itu, penting kepada setiap menteri dan kementerian segera melaksanakan ikhtiar dan menguruskan isu-isu rakyat.

“Konsep Madani ini beri fokus kepada usaha yang lebih baik (bantu rakyat) dan tambah baik mutu perkhidmatan kepada rakyat,” katanya ketika menjadi tetamu dalam program Ruang Bicara yang membincangkan tajuk “2023: Malaysia Madani Memperkasa Digital” terbitan Bernama TV yang disiarkan secara langsung malam tadi.

Pada 19 Januari lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memperkenalkan  “Malaysia Madani” sebagai usaha mengemudi serta mengangkat semula martabat dan kegemilangan negara di persada dunia berteraskan enam rukun iaitu keMampanan, kesejAhteraan, Daya cipta, hormAt, keyakiNan dan Ihsan.

Mengenai KPI Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD), Fahmi berkata masalah akses internet dan telekomunikasi yang dihadapi rakyat adalah KPI utama yang akan diberi perhatian dan diselesaikan.

Katanya KKD telah mengumumkan pengurangan harga Internet prabayar mudah alih (Pakej Perpaduan Prabayar Internet Mudah Alih) yang akan dilaksanakan mulai bulan depan dan seterusnya diperluaskan bagi perkhidmatan internet jalur lebar atau “fixed-broadband”.

Selain itu, isu panggilan terputus susulan liputan yang tidak stabil turut diperhalusi serta menambah liputan 4G kepada golongan tiga peratus terakhir iaitu penduduk di kawasan kampung dan terpencil yang masih tidak mendapat akses kepada kemudahan itu.

“Sekarang ada tiga peratus lagi yang menghadapi masalah (Internet) di kawasan terpencil seperti di Pos Orang Asli, kawasan yang ada penduduk tetapi sukar syarikat telekomunikasi untuk pasang menara telekomunikasi.

“Bagi tiga peratus ini, saya dah sebut kepada semua syarikat telco, dan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), kita mesti ikhtiarkan supaya kita selesaikan sebaik mungkin. Gunakanlah satelit dan ‘Universal Service Provision Fund’ untuk selesaikan masalah ini,” katanya.

Pada tahun lepas, dilaporkan sejumlah 7.44 juta premis atau 95.82 peratus mempunyai sambungan gentian dengan liputan 4G setakat suku ketiga 2022 dan MCMC menyasarkan liputan tersebut mencapai 97 peratus daripada sasaran Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) Fasa 1 menjelang akhir 2022. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Politik 1 bulan yang lalu

Konvensyen PH 2026 Medan Terbaik Rangka Formula Jamin Masa Depan Malaysia - Fahmi

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Kerajaan Bincang Dakwaan Jho Low Mohon Pengampunan Daripada Trump Minggu Depan - Fahmi

3

Sukan 1 bulan yang lalu

Penantian Berakhir, Siaran Penuh Piala Dunia Menanti Di Saluran RTM Dan Unifi TV 

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Gagal Kekang Akaun Palsu: Kerajaan Teliti Tindakan Terhadap Meta - Fahmi

Sorotan

1

Jurujual Mengaku Salah Tetak Penunggang Motosikal Di Lebuh Raya Persekutuan

2

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

3

Rombakan Barisan Pemimpin PN: Azmin Ali, Radzi Jidin Gugur Daripada Senarai 

4

CEO Perbadanan Stadium Malaysia Didakwa Minta, Terima Rasuah RM1.45 Juta

5

PRN Johor: Calon Dipilih Berdasarkan Khidmat Terbaik - Onn Hafiz 

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 3 jam yang lalu

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Menjijikkan, Datuk 79 Tahun Rogol Cucu Bawah Umur

oleh Wartawan Getaran

Semasa 4 jam yang lalu

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Rombakan Barisan Pemimpin PN: Azmin Ali, Radzi Jidin Gugur Daripada Senarai 

oleh Sophia Ahmad