web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


4,800 Jamu Tanpa Kelulusan KKM Dirampas

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Apr 2021 1:08PM

Sebanyak 4,800 botol jamu tanpa kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dirampas PGA7 semalam.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PASIR MAS - Sebanyak 4,800 botol jamu yang tidak menerima kelulusan Kementerian Kesihatan (KKM) dirampas dalam satu serbuan oleh Batalion 7 Pasukan Gerak Am (PGA7) di Bandar Tasek Raja, di sini semalam.

Serbuan yang dibuat pada jam 1 tengah hari itu turut berjaya seorang lelaki berusia 29 tahun.

Pegawai Pemerintah PGA7, Superintendan Azhari Nusi berkata, jamu berkenaan dijual dengan harga RM90 sebotol, khusus untuk pasaran di ibu negara.

Menurut beliau, pihak berkuasa yang bertindak atas maklumat membuat serbuan ke atas sebuah rumah kedai, disyaki markas penyimpanan jamu berkenaan.

“Setibanya di rumah kedai itu, satu lelaki membuka pintu dan mengaku sebagai pekerja di premis berkenaan.

“Pegawai bertugas memperkenalkan diri dan hasil pemeriksaan ke atas tubuh badan pekerja itu tidak menjumpai apa-apa barang yang menyalahi undang-undang,” katanya.

Jenis jamu yang dirampas
Jenis jamu yang dirampas

Pemeriksaan lanjut bagaimanapun jelas Azhari, berjaya menemui 4,800 botol jamu dan suspek gagal menunjukkan sebarang dokumen yang sah atau kelulusan diperoleh daripada KKM.

“Hasil semakan dengan KKM mendapati, produk terbabit tidak membuat sebarang permohonan untuk mendapatkan kelulusan.

“Rampasan ini dibuat berdasarkan permintaan KKM sendiri yang bimbang kewujudan produk terbabit akan memudaratkan kesihatan pengguna,” katanya.

Menurut Azhari, semua tangkapan dan rampasan dibawa ke Balai Polis Rantau Panjang untuk tindakan serta siasatan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen Perkara 7(1)(a) Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984,” katanya. - Getaran, 26 April 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 hari yang lalu

Sindiket Jual Ubat Tak Berdaftar Tumpas, Babit Nilai RM5.6 Juta

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Jual Kanta Lekap Tidak Berdaftar, KKM Keluar 12 Notis Amaran

3

Semasa 8 bulan yang lalu

97 Kluster Jangkitan Influenza Dikesan Pada ME 40/2025

4

Semasa 8 bulan yang lalu

KKM Tawar Pemeriksaan Menyeluruh, Sokongan Psikososial Kepada Sukarelawan GSF

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Mampukah Pengaruh Individu Di Jeram Padang Atasi Kekuatan Parti?

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

Mahkamah Tinggi KL Batal Sapina Terhadap Anwar

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 18 jam yang lalu

Rogol, Cabul Cucu; Datuk Dipenjara 33 Tahun, 14 Sebatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Jurujual Mengaku Salah Tetak Penunggang Motosikal Di Lebuh Raya Persekutuan

oleh Amirah Abu Bakar