web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Lewat Masak Rendang Ayam, Pesakit Kronik Belasah Isteri

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Mar 2021 2:36PM

Gambar hiasan - Gambar oleh Shah Shamshiri

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

AMPANG – Hanya kerana rendang ayam, seorang pesakit kronik bakal berdepan hukuman penjara sehingga setahun atau denda atau sebat selepas memukul isterinya dalam satu pertengkaran.

Jika disabitkan kesalahan, dia juga boleh dihukum dengan mana-mana dua daripada semua hukuman itu.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, kejadian berkenaan berlaku di kediaman pasangan itu di Kampung Melayu di sini, pada jam 1030 pagi 21 Mac lalu.

Menurut beliau, suspek, seorang pesara Felda berusia 67 tahun bertindak memarahi isterinya, kerana lewat memasak rendang ayam seperti yang diminta.

“Semasa pertengkaran, mangsa ditampar di pipi dan pergaduhan itu berlarutan sehingga ke dalam bilik tidur.

“Suspek juga dikatakan duduk di atas badan isterinya sebelum meludah muka mangsa,” katanya.

Mohamad Farouk berkata, suspek dipercayai mahu mencekik wanita berkenaan tetapi mangsa bertindak melawan, menyebabkan berlaku pergelutan hingga kedua-duanya jatuh dari katil.

“Akibat dari kejadian tersebut, pengadu mengalami kesakitan pada bahagian badan dan terdapat lebam pada dagu sebelah kanan yang tidak dapat dipastikan puncanya.

“Suspek juga disahkan menghidap penyakit jantung, darah tinggi dan kencing manis yang memerlukan suntikan insulin sebanyak empat kali sehari,” katanya.

Beliau memberitahu, turut menetap di dalam rumah itu adalah ibu suspek yang lumpuh, berusia 86 tahun.

“Kes ini disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 18A Akta Keganasan Rumah Tangga,” katanya. – Getaran, 29 Mac 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Lelaki Pukul Isteri Dipenjara 12 Bulan, Denda RM1,000

2

Semasa 4 tahun yang lalu

Pukul Isteri, Anak, Buruh Dipenjara 5 Tahun 6 Bulan

3

Semasa 4 tahun yang lalu

Kes ‘Dipukul’ Teman Lelaki, Polis Nafi Tidak Ambil Tindakan

4

Semasa 4 tahun yang lalu

Lambakan Konflik Akibat COVID-19 Punca Keganasan Domestik Bermaharajalela

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 7 jam yang lalu

Rogol, Cabul Cucu; Datuk Dipenjara 33 Tahun, 14 Sebatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

Mahkamah Tinggi KL Batal Sapina Terhadap Anwar

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Calon Dipilih Berdasarkan Khidmat Terbaik - Onn Hafiz 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Mampukah Pengaruh Individu Di Jeram Padang Atasi Kekuatan Parti?

oleh Sophia Ahmad