Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Lambakan Konflik Akibat COVID-19 Punca Keganasan Domestik Bermaharajalela

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Jul 2021 8:24AM

Dr Mariani Md Nor

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Konflik dialami suami isteri ketika COVID-19 disebabkan masalah kewangan, tiada persefahaman dan kebosanan melampau akibat pergerakan terhad yang gagal dikendalikan dengan baik, dikesan menjadi punca keganasan rumah tangga.

Faktor itu jelas terbukti apabila 4,162 kes keganasan rumah tangga diterima menerusi Talian Kasih kendalian Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) sepanjang tempoh pandemik bagi Januari 2020 sehingga Jun 2021.

Laporan Keganasan Rumah Tangga Pusat Panggilan Talian Kasih yang diperoleh Getaran menunjukkan, berlaku peningkatan kes jenayah domestik terbabit bagi enam bulan pertama 2021, iaitu 1,793, berbanding 1,436 dalam tempoh sama tahun lalu.

“Daripada keseluruhan 4,162 kes ini, sebanyak 2,724 membabitkan aduan, manakala 1,868 lagi adalah pertanyaan.

“Jumlah kes keganasan rumah tangga ini diterima Talian Kasih menerusi panggilan telefon dan WhatsApp,” dedah laporan tersebut.

Laporan terbabit juga memaklumkan, negeri paling tinggi merekodkan aduan keganasan rumah tangga bagi Januari sehingga Disember tahun lalu adalah Selangor, iaitu 275 kes, Kuala Lumpur (95), Johor (81), Kedah (52), Perak (51), Pulau Pinang (42), Negeri Sembilan (31), Sabah (22), Kelantan (21), Pahang (20), Terengganu (15), Melaka (14), Sarawak (12), Putrajaya (6), Perlis (3), manakala tiada aduan seumpamanya direkodkan di Labuan.

“Bagi aduan untuk tempoh setakat Jun tahun ini, Selangor mencatatkan jumlah tertinggi membabitkan 177 kes, disusuli Kuala Lumpur (51), Johor (44), Perak (38), Negeri Sembilan (36), Kedah (30), Pulau Pinang (21), Sabah (19), Pahang (15), Terengganu dan Sarawak masing-masing 11, Kelantan dan Melaka 10 kes setiap satu, Satu kes di Perlis dan Labuan manakala tiada aduan diterima di Putrajaya,” menurut laporan itu.

Talian Kasih diwujudkan KPWKM sejak beberapa tahun lalu sebagai platform bagi membolehkan penduduk di negara ini melaporkan aduan dan mengemukakan pertanyaan berhubung pelbagai isu kekeluargaan, kemasyarakatan serta emosi.

Ia mencakupi segala perkara membabitkan kanak-kanak, pembuangan bayi, perkhidmatan kesihatan reproduktif, masalah sosial remaja, kaunseling, penderaan, perlindungan serta kebajikan.

Perkhidmatan tersebut bertunjangkan dua kaedah iaitu menerusi panggilan telefon ke 15999 atau WhatsApp di nombor 019-26115999.

Inisiatif berkenaan menerima sambutan daripada golongan sasaran, selain membantu menyelesaikan serta memberi kehidupan baharu kepada mereka.

Gambar hiasan
Gambar hiasan

Sementara itu, Pakar Psikologi Universiti SEGi Kota Damansara, Prof Datin Dr Mariani Md Nor, berkata keganasan rumah tangga adalah penderaan yang berlaku menerusi tiga aspek perlakuan, iaitu fizikal, mental dan seksual.

Katanya, aspek fizikal membabitkan kecederaan atau kesan yang nyata pada tubuh mangsa akibat dikasari.

Aspek mental atau emosi pula jelasnya, adalah situasi dilalui isteri yang menyebabkan dia mengalami tekanan perasaan, atau buntu pemikiran untuk mencari jalan penyelesaian, manakala aspek seksual berkisar kepada kekasaran dilakukan secara seksual.

“Ketiga-tiga aspek penderaan ini bukan sahaja dilalui isteri, malah mungkin juga anak yang menyebabkan tercetusnya keganasan dalam keluarga terbabit.

“Ada situasi suami melakukan penderaan sama ada secara fizikal, mental atau seksual terhadap anak di depan mata isteri yang menyebabkan isteri tertekan, terutama apabila dia tidak boleh bertindak untuk membantu,” katanya.

Mariani berkata, pelbagai faktor tekanan menjadi punca berlakunya keganasan rumah tangga, seperti wang, terkurung di rumah dalam tempoh lama dan tiada persefahaman antara ahli keluarga, terutama suami isteri.

Jelasnya, keadaan akan menjadi parah apabila beban ditanggung semakin berat, menyebabkan mangsa terdorong untuk memendam perasaan sehingga menukar diri mereka seperti sebuah bom jangka, yang sukar dikawal apabila meledak secara tiba-tiba.

Lebih memburukkan keadaan, kata Mariani, apabila tiada komunikasi berkesan atau perasaan saling memahami antara ahli keluarga, yang berpotensi menimbulkan rasa tidak percaya, mendinginkan hubungan, hamburan kata-kata kesat dan seterusnya membawa kepada tekanan perasaan.

“Dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), ada rakyat hilang pekerjaan serta tiada duit untuk membeli keperluan asas keluarga dan apabila mereka tidak dibantu orang sekeliling, kerunsingan ini tidak berkesudahan.

“Dengan situasi PKP yang mengehadkan segala pergerakan, kerunsingan tidak terbendung dialami akan mengakibatkan individu berkenaan hilang kesabaran dan kewarasan, lantas mendorong mereka  mengeluarkan kata kesat atau bertindak kasar, sekali gus membawa kepada tercetusnya keganasan domestik.

“Bagi keluarga memiliki kemampuan kewangan pula, mereka turut tidak terlepas berdepan isu keganasan rumah tangga apabila tidak mempunyai hubungan baik antara suami, isteri dan anak serta tiada ketelusan untuk meluahkan perasaan seperti yang selalu dikongsikan dengan orang luar,” katanya.

Menurut Mariani, keganasan rumah tangga perlu ditangani sebaik mungkin bagi mengelakkan implikasi lebih buruk terhadap ahli keluarga, termasuk risiko jenayah.

Mengulas lanjut beliau berkata, keadaan itu sekiranya berterusan boleh mencetuskan perceraian dan memisahkan hubungan kekeluargaan yang dimulakan dengan kasih sayang.

Gambar hiasan
Gambar hiasan

Pada masa sama jelas Mariani lagi, ia juga boleh menjadi pemangkin untuk anak-anak bertindak di luar dugaan termasuk melarikan diri dari rumah atau kemurungan yang lazimnya membawa kepada tekanan psikologi lebih serius dan berakhir dengan tragedi menyedihkan seperti mengambil nyawa sendiri.

“Wujudkan suasana lebih tenang dalam rumah tangga, seperti kreatif mempelbagaikan aktiviti bersama ahli keluarga, mengadakan komunikasi berkesan, membuat perancangan kewangan dengan teliti, menguruskan perkara secara sistematik dan memahami antara satu sama lain kerana apabila tidak ‘sejiwa’, mudah tercetus kemarahan.

 “Antara pendekatan boleh dilakukan di rumah bagi mewujudkan keadaan lebih tenang adalah mengubah susun atur ruang, seperti tempat anak bermain untuk menampakkan suasana baharu, sekali gus mengurangkan kebosanan serta tekanan,” katanya. – Getaran, 19 Julai 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Kerajaan Akan Terus Pantau Situasi Di Asia Barat - PM

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Buat Aduan Ke MCMC Jika Gambar, Video Anak Dimuat Naik Tanpa Kebenaran

3

Semasa 1 bulan yang lalu

3 ‘Superman’ Wanita Diberkas, Sertai Kelab Motosikal Awek Melaka

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Berlaku Aliran Peningkatan Penggunaan Vape, Termasuk Golongan Wanita - Lukanisman

Sorotan

1

“Tiada Kasino Berlesen, Tipu” – PM

2

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

3

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

4

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

5

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

6

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

Disyorkan untuk anda

Semasa 5 jam yang lalu

Tunggakan Gaji Bekas Kakitangan Kedah Agro Diselesaikan Secara Berperingkat

oleh Rafisqi Radhi

Luar Negara 1 hari yang lalu

Jamaica Secara Rasmi Iktiraf Palestin Sebagai Sebuah Negara

Semasa 1 hari yang lalu

Kes Palsukan Dokumen : Anak Menteri Besar Perlis Antara 6 Direman SPRM

oleh Wartawan Getaran

Semasa 13 jam yang lalu

Akaun Fleksibel KWSP Bermula Baki Sifar Berkuatkuasa 11 Mei Ini

oleh Wartawan Getaran