web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Lelaki Pukul Isteri Dipenjara 12 Bulan, Denda RM1,000

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Jul 2023 8:30PM

Tertuduh, S Ragubalan, 46, membuat pengakuan tersebut sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Kartini Kasran. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara 12 bulan dan denda RM1,000 oleh Mahkamah Majistret Tampin, Melaka, hari ini selepas mengaku bersalah memukul isterinya pada April lalu. 

Tertuduh, S Ragubalan, 46, membuat pengakuan tersebut sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Kartini Kasran.

Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh dengan sengaja telah menyebabkan kecederaan ke atas mangsa dengan cara menumbuk pada bahagian muka dan menghantukkan kepalanya ke lantai. 

Tindakan itu telah menyebabkan wanita terbabit mengalami kecederaan di bahagian muka dan dahi, bengkak pada bahagian belakang kepala serta sakit pada bahagian tengkuk.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di sebuah rumah di Gemas, Tampin pada  jam 9.15 pagi, 24 April lalu.

Berikutan itu, tertuduh telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 326A Kanun Keseksaan.

Mahkamah diberitahu Timbalan Pendakwa Raya, Yap Tsu Sheng, suspek sebelum ini pernah dituduh di Mahkamah Majistret atas kesalahan di bawah seksyen yang sama pada November 2022 dan mengaku bersalah.

"Tertuduh dikenakan hukuman denda RM1,500 dan penjara selama sehari untuk kes tersebut.

"Memandangkan tertuduh melakukan kesalahan sama, ia menunjukkan hukuman satu hari penjara adalah tidak mencukupi untuk memberi pengajaran setimpal terhadapnya. 

"Mohon hukuman penjara lebih panjang sebagai pengajaran yang setimpal kepada tertuduh dan masyarakat secara am, dengan mengambil kira kes keganasan rumah tangga yang semakin meningkat," katanya.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam bagaimanapun memohon mahkamah meringankan hukuman kerana dia perlu membiayai lima anak dan menghidap penyakit kencing manis.

Dia juga mendakwa baru baru menjalani pembedahan kaki di hospital. - Getaran, 3 Julai 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Serang Balai Polis Ulu Tiram: Bapa, Anak Dipenjara 30 Tahun, Ibu 4 Tahun 

2

Semasa 6 bulan yang lalu

Rasuah: Setiausaha Sulit Kanan Bekas Menteri Dipenjara 6 Tahun, Denda RM8.8 Juta

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Rogol Wanita: Da'i Syed Dipenjara 10 Tahun, 3 Sebatan

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Polis Tahan Lelaki Disyaki Bunuh Anak Usia 6 Bulan

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja