web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 7 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pukul Isteri, Anak, Buruh Dipenjara 5 Tahun 6 Bulan

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Apr 2022 8:35PM

Tertuduh (tengah) dibawa keluar dari mahkamah selepas dijatuhi hukuman penjara.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MELAKA TENGAH - Kebiadapan seorang lelaki memukul dan menendang isteri serta anak lelakinya menerima balasan apabila buruh itu dipenjara lima tahun enam bulan oleh Mahkamah Sesyen Ayer Keroh di sini, hari ini.

Tertuduh V Murugan, 30, dijatuhi hukuman itu selepas mengaku bersalah atas empat pertuduhan terhadapnya yang dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Maziah Joary Mohd Tajudin dan Hakim Nariman Badruddin.

Berdasarkan pertuduhan pertama dan kedua, tertuduh didakwa sengaja mencederakan anaknya berusia enam tahun dengan cara memukul bahu kanan mangsa.

Tertuduh turut didakwa memukul isterinya yang berusia 24 tahun dengan menggunakan topi keledar di kepala mangsa.

Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 326A akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua jika sabit kesalahan.

Pertuduhan ketiga pula menyaksikan dia didakwa sengaja menakutkan isterinya secara jenayah berbentuk ugutan dengan cara meletakkan sebilah parang di leher mangsa dan didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

Dia yang bekerja di kedai besi buruk turut didakwa sengaja menyebabkan kecederaan kepada isterinya dengan cara menendang mangsa di bahagian dada sehingga wanita itu terjatuh.

Justeru, dia didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 326A akta sama.

Perbuatan itu dilakukan tertuduh di sebuah rumah di Ujong Pasir di sini, pada 9 Oktober 2021.

Prosiding pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Intan Lyiana Zainal Abidin, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah kemudian memerintahkan tertuduh menjalani hukuman itu dari tarikh dia ditangkap pada 10 Oktober tahun lalu. - 7 April 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Serang Balai Polis Ulu Tiram: Bapa, Anak Dipenjara 30 Tahun, Ibu 4 Tahun 

2

Semasa 8 bulan yang lalu

Rasuah: Setiausaha Sulit Kanan Bekas Menteri Dipenjara 6 Tahun, Denda RM8.8 Juta

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Rogol Wanita: Da'i Syed Dipenjara 10 Tahun, 3 Sebatan

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Cuba Ceroboh Masuk Istana Negara, 2 Individu Dipenjara 2 Bulan

Sorotan

1

PRU: ‘Tiada Perbincangan Setakat Ini’ - Zahid

2

Sultan Terengganu Dalam Keadaan Sihat, Teruskan Rawatan Susulan Di Luar Negara 

3

‘BN, PN, Sila Hentikan Retorik Perkauman; Tumpu Politik Berasaskan Isu’ - DAP

4

Kanak-Kanak Autistik Maut Terjatuh Dari Tingkat 13

5

PM Pertahan Subsidi RON 95, Kerajaan Tanggung Kenaikan Kos Bahan Api Global 

6

187 Jenis Ubat Berisiko Tinggi, Jumlah Stok Kurang 60 Hari - MOH

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 1 hari yang lalu

Jangan Sembunyi Kes Buli, Tutup Kes Akan Nafi Keadilan Untuk Mangsa - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Pertahan Subsidi RON 95, Kerajaan Tanggung Kenaikan Kos Bahan Api Global 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Nahas 6 Maut Di Karak, PM Zahir Ucapan Takziah

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Pemerasan RM2 Juta, 12 Pegawai Dan Anggota Polis Ditahan

oleh Sophia Ahmad