web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kem Al-Fara Sasaran Baharu Siri Serangan Israel

Luar Negara Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Dec 2023 5:07PM

gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TUBAS (Palestin) - Penghuni Kem Pelarian al-Fara yang terletak di selatan Tubas, bandar di timur laut Tebing Barat, Palestin Jumaat lalu dikejutkan dengan serangan hendap tentera Israel.  

Agensi Berita dan Maklumat Palestin (WAFA) melaporkan serangan hendap berkenaan mengakibatkan enam penghuni terkorban, manakala sembilan lagi cedera apabila tentera Zionis Israel mengepung kem mereka kira-kira sejam bermula sembilan pagi sebelum melepaskan tembakan rambang bertubi-tubi ke arah kem itu.

Menurut seorang aktivis di Kem al-Fara, Khalid Mansur: “Selepas mengepung kem, beberapa penembak hendap menaiki bumbung bangunan berhampiran termasuk kompleks perubatan Agensi Bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin (UNRWA). Mereka kemudiannya melepaskan tembakan rambang ke arah kami mengorbankan enam orang.

“Tentera Zionis sering kali menyasarkan kem pelarian memandangkan kem ini penuh sesak dengan rakyat Palestin”, katanya. 

Kem Pelarian al-Fara yang diasaskan pada tahun 1949 itu menempatkan seramai 6,350 orang pelarian berdasarkan data Pusat Statistik Palestin pertengahan tahun ini.

Khalid menjelaskan antara mereka yang syahid itu ada yang terbunuh semata-mata kerana ingin keluar melihat apa yang berlaku di sekitar kediaman mereka dan ada yang terkorban ketika cuba menarik jirannya yang ditembak mati di hadapan rumahnya. 

“Paling menyedihkan korban termuda dalam kalangan mereka adalah Mahir Abdullah Jawabirah, 14, iaitu anak saudara kepada Mahir Jawabirah yang mati syahid bersama enam lagi mangsa yang lain semasa permulaan Intifada al-Aqsa pada tahun 2001, apabila tentera Israel membedil kawasan berhampiran kem pelarian yang sama,” katanya lagi. 

Seorang lagi penghuni kem berkenaan, Ummu Muhammad mengesahkan bahawa serangan kali ini adalah yang paling dahsyat dan berbahaya berbanding serangan sebelum ini. 

“Kelongsong peluru bertaburan di atas tanah. Selain menembak secara rambang, tentera Zionis juga dengan sengaja merosakkan harta benda kami, terutamanya kenderaan. Ada yang penuh dengan kesan peluru, ada juga yang dibakar musnah sepenuhnya,” katanya. 

Sebelum ini, Zionis Israel sudah pun menyasarkan kem pelarian lain di Tebing Barat termasuk Kem Jenin, Tulkarm, Nur Shams dan Aqabat Jaber, menjadikan Kem al-Fara satu episod baharu dalam siri serangan terancang Israel. 

Media melaporkan angka korban di Tebing Barat dan al-Quds sejak awal tahun 2023 mencecah 478 orang, manakala Kementerian Kesihatan Palestin memaklumkan 272 orang terkorban sejak Israel memulakan serangan pada 7 Oktober lalu di Semenanjung Gaza sehingga Jumaat lalu, menjadikan jumlah syuhada Gaza seramai 17 ribu orang. - BERNAMA-WAFA 

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 hari yang lalu

Isu Palestin, Hak Asasi Manusia Dan Kedaulatan Negara: Malaysia Tidak Akan Ambil Pendirian Berkecuali - PM

2

Luar Negara 1 bulan yang lalu

8 Negara Kecam Menteri Israel Berhubung Layanan Terhadap Tahanan Flotila

3

Luar Negara 2 bulan yang lalu

Aktivis Antarabangsa Puji Solidariti Malaysia Terhadap Gaza

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Malaysia Gesa Pintu Masjid Al-Aqsa Dibuka Segera - PM

Sorotan

1

Buat Aksi ‘Fast & Furious’ Di Jalan Raya, Pemandu Tanpa Lesen Diburu Polis

2

Ekonomi Kebencian: Apabila Perpecahan Menjadi Model Perniagaan

3

Hos Jualan Siaran Langsung Dakwa Jadi Mangsa Buli Siber, Rugi RM70,000

4

Pokok Gergasi Lebih 150 Tahun Tumbang, Warga Emas Nyaris Maut 

5

Keadilan Tidak Wajar Tunduk kepada Kuasa: Karim Khan, ICC Dan Dunia Hari Ini

6

Gara-Gara Memotong Barisan, 2 Lelaki Akhirnya Bertumbuk

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

C4 Center, Bersih Gesa Kerajaan Dedah Hasil Siasatan Kes Azam Baki

oleh Sophia Ahmad

Politik 15 jam yang lalu

‘Menang Atau Kalah, Saya Tetap Perdana Menteri’ - Anwar

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

Malaysia Tidak Terikat Beri Hak Sama Rata Kepada Pemegang Kad UNHCR - Pakar

oleh Wartawan Getaran

Politik 18 jam yang lalu

Kemenangan Pilihan Raya Bukan Mandat Untuk Ampun Individu Tertentu - Sivamalar

oleh Sophia Ahmad