web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Sorotan Getaran 2021: Kemelut Isu Industri Kreatif Hiburan (Penyiaran)

Sama ada dalam industri muzik atau perfileman, ada sebahagian daripada kemelut ini yang masih belum lagi menemui kesudahan, terutama dalam isu bayaran drama dan isu royalti. Ini sorotan 2021 khas penyiaran.

TARA Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Dec 2021 7:45PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pandemik COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan kerajaan telah mencetuskan pelbagai kemelut di dalam industri kreatif hiburan tanah air. 

Sama ada dalam industri muzik, perfileman atau penyiaran, ada sebahagian daripada kemelut ini yang masih belum lagi menemui kesudahan terutama dalam isu bayaran drama dan filem serta isu royalti. 

Ikuti Sorotan Getaran terhadap kemelut yang berlaku sepanjang 2021 dalam industri kreatif hiburan apabila Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) dan stesen penyiar TV sentiasa dikecam kerana dianggap tidak membantu dalam usaha membangunkan ekosistem industri kreatif hiburan yang sihat.

Ini sorotan 2021 khas penyiaran. Bacalah Sorotan Getaran untuk perfileman dan muzik di sini dan di sini.

 

Isu 1 Juta Pengikut Di Instagram 

Stesen penyiar TV berterusan dikecam kerana meletakkan syarat supaya pelakon yang diambil berlakon untuk sesebuah produksi yang dibuat untuk tayangan di platform mereka perlu mempunyai jumlah pengikut (followers) lebih sejuta di Instagram (IG).

Bahkan, syarat tersebut juga turut dipraktikkan untuk segelintir pelakon senior. 

Kegilaan stesen penyiar ini telah mengundang pelbagai permasalahan di lokasi drama termasuklah ekosistem yang tidak sihat. 

Selain gagal memberikan lakonan yang berkesan, ada dalam kalangan pendatang baharu ini mencetuskan masalah disiplin di lokasi, tidak membuat persediaan apabila tiba di set, tidak menghormati pelakon senior serta meminta bayaran tidak munabah. 

Lebih parah apabila produser sendiri terpaksa mengikut arahan stesen penyiar TV selaku penerbit dengan menukarkan pengarah apabila pengarah meminta pelakon yang lebih layak menggantikan pelakon pilihan mereka itu. 

 

Isu Kelonggaran Bawa Masuk Pelakon Kanak-Kanak

Syarat yang dikemukakan FINAS agar aktiviti penggambaran dapat diteruskan semula adalah semua kru dan pelakon yang terlibat mestilah mendapatkan suntikan dua dos vaksin terlebih dahulu. 

Syarat ini bagaimanapun tidak berpihak kepada kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah dan akibatnya, mereka masih tidak boleh memasuki set penggambaran. 

Pelakon kanak-kanak, Puteri Rafasya. Gambar Fail
Pelakon kanak-kanak, Puteri Rafasya. Gambar Fail

Banyak pengarah terpaksa merombak semula skrip mereka untuk mematuhi syarat itu. Namun begitu, terdapat beberapa drama rantaian yang memerlukan pelakon kanak-kanak yang sama untuk berada di dalam musim seterusnya.

Jadi para pengarah meminta FINAS memberi kelonggaran dengan syarat pelakon kanak-kanak tersebut melakukan ujian calitan terlebih dahulu.

 

Isu Blackface 

Salah seorang peserta Maharaja Lawak Mega 2021 daripada kumpulan 3Otak iaitu Prakash Daniel telah membangkitkan isu blackface dalam program realiti komedi terbitan Astro dalam satu utasan ciapan di Twitter. 

Prakash telah mendedahkan sikap tidak peka Astro sebagai penyiar TV apabila membenarkan isu blackface digunakan di dalam program berkonsepkan acara liga tahunan artis komedi dan pelawak kelahiran Malaysia itu.  

Kumpulan 3otak. Gambar Fail
Kumpulan 3otak. Gambar Fail

Menurut Prakash, sebuah kumpulan (tidak disebut nama) di dalam program itu cuba untuk membawakan wataknya bersama dua lagi ahli kumpulannya iaitu Farid dan Chi Ho dan sekali lagi karakter karakter Cina dan India digambarkan dengan stereotaip yang buruk.

Bahkan, mereka juga turut menghitamkan wajah karakter India. 

 

Astro Warna Dikecam Kerana ‘Rumah No.107’ 

Klip video program sketsa dan bual bicara komedi, ‘Rumah No. 107’ terbitan Astro Warna yang tular berikutan perkongsian aktor Fauzi Nawawi tentang pengalamannya melakonkan babak rogol dengan pelakon Raja Farah Raja Aziz dalam filem Anak Halal telah menerima kecaman hebat pelbagai pihak. 

Fauzi Nawawi. Gambar Fail
Fauzi Nawawi. Gambar Fail

Bahkan, selaku pihak penerbit, Astro Warna turut dikecam kerana tidak menapis kandungan bersifat keterlaluan sehingga memaksa pihak saluran tersebut mengeluarkan kenyataan memohon maaf di atas sebarang keterlanjuran yang telah menyinggung hati mana-mana pihak. 

Dalam kenyataan itu juga, Astro Warna juga memberitahu bahawa mereka  akan sentiasa lebih peka dan lebih berhati-hati dalam setiap aspek pengisian program-program terbitan masa hadapan. - Getaran, 26 Disember 2021

Isu Pada

Di Balik Pesona Roberto Guiati

25 Dec 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

3

Luar Negara 3 bulan yang lalu

Suspek Kes Pornografi Kanak-Kanak Diekstradisi Ke AS

4

Rencana 4 bulan yang lalu

Detik Malaysia Mendunia Telah Tiba, Kita Mampu Lakukan!

Sorotan

1

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

2

Pemimpin Adat Dilarang Masuk Ke Majlis DKU, Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin Dilanda Kekecohan

3

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

4

Jentera PH Untuk PRN Johor Dilancar Esok

5

DAP Tangguh Persidangan Kebangsaan, Pertahan Semua Kerusi Penyandang Di Johor Negeri Sembilan

6

DUN Negeri Sembilan Bubar Hari Ini