Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Penyiar Pembunuh Industri Kreatif Hiburan Dalam Senyap!

Banyak kesan buruk yang akan tercetus jika kita terus membiarkan pihak penyiar TV memilih pelakon muda dengan jumlah pengikut lebih sejuta di Instagram. Sama sekali tidak akan membantu industri!

TARA Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Dec 2021 2:39PM

Gambar Hiasan, Pexels

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Apalah agaknya yang membuatkan pihak penyiar terlalu ‘hadap’ sangat untuk meletakkan syarat supaya pelakon muda yang diambil berlakon untuk sesebuah produksi yang dibuat untuk tayangan di platform mereka perlu mempunyai jumlah pengikut (followers) lebih sejuta di Instagram (IG)?

Mengapa pihak penyiar atau stesen TV di negara ini perlu meletakkan ketetapan yang tidak masuk akal ini, sedangkan ia tidak pun berlaku di negara-negara lain?

Adakah mereka terlalu terdesak dengan tuntutan yang dibuat pihak penaja yang membeli ‘airtime’ untuk slot-slot waktu tayangan tertentu? 

Perkongsian produser dan pengarah, Amir Muhammad mengenai syarat dan ketetapan pihak penyiar TV ternama ini menyedarkan kita betapa seriusnya isu yang telah sering disebut-sebut ini. 

Tangkapan layar laman Facebook Amir Muhammad
Tangkapan layar laman Facebook Amir Muhammad

Ia bukan mitos, tetapi realiti. Apakah Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) akan terus berdiam diri apabila hal-hal yang berkaitan dengan industri kreatif hiburan perfileman diperlakukan seperti ini?

Banyak kesan buruk yang akan tercetus jika kita terus membiarkan pihak penyiar TV mengamalkan syarat dan ketetapan yang sama sekali tidak membantu industri.  

 

Tiada Bukti Kukuh Formula Lebih 1 Juta Pengikut Di IG Berkesan

Setakat ini, memang tiada bukti kejayaan atau rating 'pecah panggung' drama-drama atau telefilem disebabkan jumlah pengikut para pelakon mudanya.

Jika ya, sila buktikan! Rasanya kita semua ingin tahu kajian kes pihak penyiar terhadap kejayaan mereka menggunakan formula jumlahpengikut di Instagram. Manalah tahu, Hollywood atau Korea juga mahu menggunakan formula dan pendekatan ‘bijak’ pihak penyiar kita ini. 

 

Pihak Penyiar Bunuh Aspirasi Dan Semangat Pelakon Serius Berbakat 

Seperti kata Nam Ron, kerja berlakon ini ada seninya. Ada disiplin kerjanya. Disiplin yang dimaksudnya di sini bukan sekadar datang kerja on time di lokasi tetapi dalam memahami watak, memahami lines dialog, cara bekerja dengan pengarah serta bagaimana kita memberikan interpretasi terhadap sesebuah watak yang dibawakan.

Apabila pelakon-pelakon yang dipilih hanya diukur dengan jumlah pengikut yang tinggi di Instagram, tiada ruang untuk pelakon-pelakon yang serius dengan disiplin kerja mereka ini untuk berkarya dengan seni lakonan mereka. 

Bagaimana pula dengan mereka yang bersusah payah menuntut ilmu lakonan sama ada di pentas teater atau di sekolah-sekolah lakonan selama bertahun-tahun lamanya? Apakah kita mahu menidakkan kebolehan mereka ini?

Ramai pelakon yang meluahkan perasaan mereka akan perkara ini, termasuklah Iedil Dzuhrie Alaudin yang sudah lebih 20 tahun berkecimpung di dalam industri ini, bermula di pentas teater lagi. 

Dalam sebuah perkongsian di Twitter, Iedil berkata, “Lambat lagilah aku nak dapat job di Malaysia ni. Walaupun sudah lebih 20 tahun aku mengabdikan diri, tapi kriteria yang macam ini yang mereka cari.”

 

Industri Akan Kekurangan Pelakon Pelapis Berbakat 

Jika pelakon yang senior sukar berkarya kerana mereka juga perlu mencapai jumlah pengikut yang tinggi di IG, mengapa bakat-bakat baru ini perlu membuang masa untuk menceburi bidang lakonan?

Untuk apa menceburi sesebuah bidang seni itu, jika jumlah pengikut di IG yang lebih diberikan penekanan dan bukan bakat sebenar dalam lakonan? 

Maka, jangan salahkan industri apabila semakin banyak ‘pelakon kayu’ yang membanjiri industri selepas ini. 

 

Pelakon Segera 1 Juta Lebih Pengikut IG Selalunya Tidak Berdisiplin 

Antara yang sering disebut-sebutkan oleh para pekerja production dan pelakon drama kini adalah para 'pelakon segera' tidak punya ilmu lakonan dan tidak mahu berusaha untuk masuk ke kelas lakonan.

Apabila berada di lokasi pula, mereka tidak mahu bercampur atau bertegur sapa dengan pelakon-pelakon senior. Mereka lebih banyak bermain telefon daripada mengingati dialog dan memahami watak.

Apabila latihan atau penggambaran bermula, barulah mula hendak menghafal dialog. Akhirnya dialog ke mana, persembahan lakonan ke mana.

Masa banyak terbuang hanya untuk mereka.  Sedangkan waktu adalah kos buat pihak penerbitan drama itu. Sudahlah bayaran untuk menghasilkan drama dan telefilem tidak sebesar mana dan masih di takuk lama.

Apakah pihak penyiar masih tidak faham akan kesukaran-kesukaran ini? 

 

Menyumbang Kepada Sistem Dan Ekosistem Yang Tidak Sihat 

Ya, kita faham industri penyiaran sangat bergantung kepada perniagaan hiburan untuk terus hidup, apatah lagi dengan kemunculan platform-platform penstriman yang turut menjadi saingan utama mereka. 

Tapi, adakah syarat dan ketetapan pihak penyiar ini mampu menyumbang kepada keseluruhan sistem dan ekosistem industri kreatif yang sihat?

Sudahlah ekosistem ini masih dibelenggu dengan pelbagai kemelut yang tidak selesai terutama tentang isu bayaran drama dan isu royalti? 

Jika perkara ini berterusan, ia akan menyumbang kepada ekosistem yang tidak sihat buat industri kreatif perfileman. Penerbit terpaksa akur dengan kehendak stesen TV yang agak keterlaluan ini.  

Pengarah pula langsung tidak punya suara untuk berkarya dan berkreatif dengan pelakon pilihan yang dirasakan lebih sesuai dengan sesuatu watak. 

Jika pengarah enggan patuh dengan pemilihan pelakon, pihak penyiar pula yang berkuasa untuk menghentikan khidmat mereka.

Ini yang terjadi kepada pengarah Yusry Abdul Halim, baru-baru ini. Kegilaan apakah ini? 

'Pelakon segera' yang hanya bersandarkan kepada populariti dan jumlah pengikut yang tinggi di IG ini diberikan keutamaan yang mengisi watak tersebut dengan harga yang merepek tetapi selalunya gagal menzahirkan watak dan lakonan dengan baik dan berkesan. 

Kandungan drama yang disiarkan juga tidak punya pembaharuan dan asyik menggunakan template formula yang sama. 

Akhirnya netizen akan menghentam lakonan dan keseluruhan karya ini dan menyifatkan karyawan-karyawan kita tidak kreatif, sedangkan mereka tidak tahu permainan sebenar pihak penyiar TV.  Menyedihkan.

 

Perniagaan Industri Penyiaran TV Akan Terjejas Untuk Jangka Masa Panjang 

Pihak penyiar TV mungkin mampu tersenyum atau tertawa dengan jumlah rating tontonan drama-drama atau telefilem yang menggunakan template dan formula mereka yang sama dan berulang-ulang buat masa ini. 

Tapi, bagaimana dengan tempoh 10 tahun akan datang. Hari ini, pihak penyiar TV bernasib baik kerana masih memiliki penonton dalam kalangan usia 40-an sehingga 60-an untuk menonton drama-drama mereka. 

Kitaran ini akan berubah kerana generasi muda lebih memilih penstriman digital atau platform OTT untuk menikmati kandungan-kandungan yang unik, berbeza dan tidak terlalu tipikal seperti yang ada sekarang. 

Jika pihak penyiar TV tidak menukar pendekatan, mereka akan gagal menjadikan generasi muda sebagai penonton setia mereka dan ini juga turut akan menjejaskan perniagaan dunia penyiaran dalam tempoh 10 tahun akan datang.

Apakah pihak penyiar TV ada memikirkan soal ini? - Getaran, 5 Disember 2021

Isu Pada

Adli Hafidz Bawa Tinju Ke Gelanggang Dunia

04 Dec 2021

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 2 bulan yang lalu

Kalaulah TV Tu Jatuh...

2

TARA 4 bulan yang lalu

Skrin Televisyen Pintar Daripada LG Ini Berbaloi Dimiliki

3

Teknovasi 9 bulan yang lalu

5 Elemen TV OLED Dari LG Pasti Buat Anda Teruja!

4

Selebriti 11 bulan yang lalu

Kenapa Janna Nick Sanggup Seksa Diri Untuk Bersenam? Bukan Pasal lelaki Atau Nak Nampak Seksi, Tapi Ini Sebabnya…. 

Sorotan

1

Anak MB Perlis, 4 Yang Lain Dilepas Dengan Jaminan SPRM

2

Pemilik Stesen Minyak Diminta Lapor KPDN Jika Diancam Sindiket

3

Najib Diberi Peluang Jelaskan Mengenai Dokumen 1MDB Ketika Disoal Siasat - Pegawai SPRM

4

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

5

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

6

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

7

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi