web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 5 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Skrin Televisyen Pintar Daripada LG Ini Berbaloi Dimiliki

Pemprosesan gambarnya yang menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI), menjadikan visualnya kelihatan ‘hidup’

TARA Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Dec 2023 3:02PM

gambar LG

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Dalam dunia serba digital ini, membeli peralatan elektronik sememangnya mengambil masa dan tenaga bagi mendapatkan segala maklumat yang diperlukan. Puncanya, kerana terdapat lambakan produk di pasaran.

Daripada yang ‘biasa-biasa’, sampailah yang luar biasa. Jika membaca ulasan secara dalam talian atau bertanyakan kepada kawan-kawan, saya sendiri berasa keliru untuk membuat belian.

Maklumlah, lain orang, lain pendapatnya.

Dek kerana penulis memang memerlukan televisyen baharu di rumah, penulis gunakan kaedah ‘memancing’ jenama yang boleh memberi ruang untuk menikmati pengalaman menonton terlebih dahulu sebelum membuat keputusan.

Daripada banyak jenama, LG Malaysia sudi memberi ruang untuk mencuba produk terbaharu mereka iaitu skrin televisnyen pintar, LG Qned81 4K UHD Smart TV (2023).

Hampir dua bulan menggunakannya, penulis cukup berpuas hati dengan kualiti gambar dan ciri-ciri ‘user friendly’ yang dipersembahkan, berbanding skrin televisyen yang dimiliki ketika ini. Jadi dalam ulasan ini penulis mahu menyenaraikan ciri-ciri yang disukai mengenai produk ini.

Mungkin ia boleh membantu anda mencari skrin televisyen baharu nanti. Perlu diingatkan ulasan ini bukanlah daripada seorang ‘pakar teknologi’, tetapi daripada pengguna biasa. Jadi, ia terbatas mengikut penggunaan dan keperluan penulis.

Rekaan Super Slim

Pertama sekali, saya ingin menyentuh mengenai rekaan televisyen ini. Walaupun dari depan ia kelihatan seperti kebanyakan skrin televisyen lain, tetapi apabila dilihat dari sisi, anda pasti akan terpesona kerana ia tampil dengan rekaan Super Slim.

Hanya 29.7 mm untuk penjimatan ruang yang maksimun dan semestinya nampak ‘terletak’ apabila digantung pada dinding. Dengan kata lain, ia punya nilai estetik yang menjadi buruan mereka yang mementingkan gaya. Ini juga salah satu ciri skrin televisyen yang saya idamkan.

Visual Lebih Jelas Dan Terang

Ciri ini adalah yang amat penting kerana visual yang indah sempurna menjanjikan pengalaman hiburan yang menyeronokkan. Tingkat kepuasan juga pasti berbeza. Ia menggunakan ‘Teknologi Warna NanoSel Kuantum Dot’, skrin televisyen ini mempersembahkan paparan visual yang lebih tajam, jelas dan cerah.

Satu lagi ciri yang boleh membuatkan mata anda bersinar-sinar adalah pemprosesan gambarnya yang menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI). Maklumlah sekarang ini masing-masing sibuk hendak menggunakan teknologi AI. Paling seronok apabila boleh mengubah penampilan diri kepada sosok yang lebih cantik, tampan dan menawan.

Jadi dengan LG Qned81 4K UHD Smart TV ini anda boleh bayangkan hasil visual yang tercipta, lebih-lebih lagi program atau video yang ditonton itu dalam format HD. Memang cantik dan nampak semulajadi. Jika ia mengggunakan resolusi rendah, teknologi AI Super Upscaling 4K akan memulihkan visualnya supaya pengguna mendapat tontonan terbaik.

Kandungan Hiburan Yang Pelbagai

Jika anda salah seorang daripada pengguna yang membelanjakan wang yang bukan sedikit untuk internet dan platform penstriman hiburan, memiliki produk LG ini mungkin membuatkan hati lebih bahagia. Saya sendiri berbisik, ‘wow banyaknya pilihan!’. Tinggal pilih yang berkenan di hati, tetapi perlu ada akaun berdaftar untuk setiap platform penstriman tersebut. Ini termasuklah Netflix, Disney+, Viu TV, Prime Video dan Apple TV+.

Sebagai pengguna Netflix, suka saya kongsikan bahawa ‘setting’ yang ditampilkan sangatlah praktikal lebih-lebih lagi jika mengikuti drama bersiri. Boleh buat maraton sepuas hati kerana tidak perlu lagi kembali ke ‘home’, sebaliknya episode berikutnya akan terus dimainkan tanpa perlu mengikuti penghujung dan permulaan kredit.

Satu lagi yang saya suka adalah fungsi pintar yang menyusun pengesyoran program mengikut corak tontonan seseorang pengguna. Jadi, jimatlah masa untuk membuat pilihan yang digemari.

Alat Kawalan Jauh Mesra Pengguna

Bagi orang lain tidak begitu teruja dengan ciri alat kawalan jauh ini. Tetapi saya sangat menyukainya. Ia kerana saya sering ‘hilang sabar’ apabila menggunakan alat kawalan jauh ‘fesyen’ lama. Terutamanya apabila mahu membuat carian di Youtube dan Netflix. Satu demi satu butang yang perlu ditekan.

Namun, dengan LG Qned81 4K UHD Smart TV segalanya berubah. Sangat mesra pengguna dan menjimatkan masa. Berfungsi seperti tetikus skrin komputer atau komputer riba, anda hanya perlu gerakkan satu butang untuk membuat pilihan. Mudah cukup mudah!

Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut tentang spesifikasi dan kecanggihan teknologi yang digunakan anda boleh layari laman sesawang LG di sini.

Harga runcit untuk LG Qned81 4K UHD Smart TV bermula daripada RM5,699 untuk skrin bersaiz 55 inci. - Getaran, 9 Disember 2023

Isu Pada

Jamu Selera Hiburkan Hati 16 Dis

16 Dec 2023

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Kalaulah TV Tu Jatuh...

2

Teknovasi 2 tahun yang lalu

5 Elemen TV OLED Dari LG Pasti Buat Anda Teruja!

3

TARA 3 tahun yang lalu

Perhatian Strimer! Monitor Gaming OLED Ultragear LG Tampil Dengan Rekaan Skrin Melengkung 45 Inci 

4

Politik 3 tahun yang lalu

PRN: Dekati Pengundi Dengan Kaedah Digital - Ahmad Zahid

Sorotan

1

Perlombongan Emas Haram: Kelantan Rampas 45 Jentera Pengorek

2

Harga RON97, RON95 Tanpa Subsidi Dan Diesel Turun Bagi Tempoh 4 Hingga 10 Jun

3

Pemandu GTI Didakwa Sebabkan Kematian Remaja

4

Pertemuan Aminuddin-Tuanku Muhriz Cetus Teka Teki Tarikh PRN Negeri Sembilan

5

Kereta Langgar Paip Air, 5 Sekeluarga Termasuk Bayi Maut

6

Nahas Simpang Renggam: Reman Pemandu Punca Kejadian Dilanjut Sehari Lagi