web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


PRN: Dekati Pengundi Dengan Kaedah Digital - Ahmad Zahid

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Mar 2023 7:11AM

Ahmad Zahid Hamidi - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Keserasian jentera parti, pembahagian kerusi serta kaedah komunikasi dengan pengundi adalah antara perkara yang perlu diteliti oleh UMNO dan Barisan Nasional (BN) bersama rakan politiknya dalam Kerajaan Perpaduan bagi menghadapi pilihan raya di enam negeri.

Presiden UMNO yang juga Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata sebagai contoh, kaedah konvensional untuk mendekati pengundi seperti kempen bersemuka tidak lagi boleh dijadikan keutamaan.

"Kita mesti berubah kepada penggunaan sistem digital, bukan lagi analog... kalau kita tidak berubah maka kita akan terus berada di kepompong lama.

"Tetapi saya yakin apabila kita terpukul dengan keputusan Pilihan Raya Umum ke-15, kita akan berubah dan kita telah mula berubah. Saya bagitahu Ketua Wanita, Pemuda dan Puteri supaya kita belajar daripada kesilapan parti lain juga," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjadi tetamu program bual bicara UMNO Memilih 2022-2026: Inilah Rumah Kita menerusi siaran langsung Facebook NRChannelTV malam tadi.

Program bual bicara itu diadakan sempena pelancaran wajah baharu NRChannelTV iaitu saluran televisyen dalam talian yang dirasmikan oleh Ahmad Zahid.

Beliau berkata NRchannelTV adalah antara saluran yang tidak pernah ketinggalan dalam mengikuti perkembangan komunikasi dengan menyeimbangkan antara kandungan dan kemudahan teknologi ketika ini.

Ahmad Zahid berkata walaupun saluran konvensional juga penting, orang ramai telah mula memilih untuk terus mengikuti dan menonton kandungan televisyen dalam talian dan perkara itu tidak dapat dielak kerana ia satu gelombang yang mungkin turut berubah pada masa akan datang.

“Syabas dan tahniah kepada NRchannelTV sempena perasmian studio baharu mereka. Saya mengharapkan jumlah penontonnya bertambah, tentu sekali kerana kandungannya berbeza daripada mana-mana saluran televisyen yang lain,” katanya kepada pemberita.

NRChannelTV ialah saluran alternatif media sosial yang bermula pada Disember 2020 dengan melaporkan isu terkini berkaitan dunia politik dan perniagaan. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Politik 4 bulan yang lalu

Ahmad Zahid Terima Surat Rayuan Khairy Kembali Sertai UMNO

2

Politik 2 tahun yang lalu

Pilihan Raya Bukan Tempat Tentukan Akidah Pengundi - Saifuddin Nasution

3

Politik 2 tahun yang lalu

Pengundi Sungai Bakap Belum Pasti Mahu Undi Parti Mana

4

Politik 2 tahun yang lalu

PRK KKB: Warga Emas Sanggup Tempuh 200 KM Untuk Mengundi

Sorotan

1

Diperdaya Pelaburan Palsu, Pengarah Syarikat Rugi RM10 Juta

2

PRN Negeri Sembilan: Kerjasama PN & BN Jadi PBN - Hamzah

3

Lesen Di Malaysia Batal, Network School Pindah Ke Kazakhstan

4

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

5

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

6

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

Lesen Di Malaysia Batal, Network School Pindah Ke Kazakhstan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

Didakwa Lakukan Amang Seksual Fizikal Terhadap Anak, Anggota Polis Mengaku Tak Bersalah

oleh Sophia Ahmad

Politik 15 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Kerjasama PN & BN Jadi PBN - Hamzah

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

oleh Sophia Ahmad