web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Ahmad Zahid Terima Surat Rayuan Khairy Kembali Sertai UMNO

Politik Dikemaskini 4 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 16 Mar 2026 6:56PM

Gambar Facebook Ahmad Zahid Hamidi

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan telah menerima surat rayuan daripada bekas Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin untuk kembali menyertai parti itu.

Ahmad Zahid berkata permohonan itu diterima daripada Khairy yang juga bekas Ahli Parlimen Rembau yang hadir menyerahkan surat rayuan untuk kembali bersama UMNO, semalam.

"Insya-Allah, secara peribadi saya telah menerima permohonan ini dan akan dipanjangkan kepada Jawatankuasa Penyatuan Rumah Bangsa yang dipengerusikan oleh Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin (Naib Presiden UMNO) untuk diperhalusi dan diperakukan sewajarnya," katanya dalam perkongsian di Facebook.

Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata seiring dengan makna sebenar Rumah Bangsa, ia merupakan ikhtiar untuk menemukan semula yang berpisah, merapatkan kembali yang pernah berjauhan dan menghimpunkan semula dalam satu keluarga besar perjuangan.

"Dalam perjalanan perjuangan ini, seperti yang sering saya sebut, biduk lalu, kiambang bertaut. Yang lebih utama ialah mencari jalan penyatuan, bukan membiarkan perpecahan terus memisahkan kita.

"Mudah-mudahan Rumah Bangsa menjadi asas untuk kita mempertemukan semula hati-hati yang pernah terpisah, memperkukuh saf perjuangan, dan mengembalikan kekuatan UMNO sebagai induk politik orang Melayu dan umat Islam di tanah air ini," katanya.

Pada 6 Mac lepas, Ahmad Zahia berkata UMNO membuka pintu seluas-luasnya kepada mana-mana bekas ahli yang pernah dipecat, digantung keahlian serta individu yang ingin bersama dalam perjuangan parti untuk menyertai parti itu.

Ahmad Zahid berkata dalam semangat Ramadan yang penuh rahmat dan keampunan, segala kekhilafan serta perbezaan lalu dimaafkan sepenuhnya bagi membuka lembaran baharu dalam usaha memperkukuh kembali keluarga besar UMNO.

Khairy yang juga bekas Menteri Kesihatan dipecat daripada parti itu pada 23 Januari 2023 atas sebab pelanggaran disiplin parti mengikut Perlembagaan UMNO selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Sebelum ini, beliau turut mengkritik UMNO secara terbuka dengan mendakwa parti itu telah tersasar daripada hala tuju asal, serta lantang mengkritik kepimpinan parti dan menggesa reformasi dalaman termasuk kepimpinan tertinggi UMNO selepas PRU15.

Selain pernah bertanding bagi kerusi Parlimen Sungai Buloh pada PRU15 atas tiket Barisan Nasional, beliau juga pernah bertanding jawatan presiden UMNO pada pemilihan parti 2018. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Politik 2 tahun yang lalu

Sudah-Sudahlah Desak Ahmad Zahid Berundur, Ini Masa Kukuhkan Negara!

2

Semasa 3 tahun yang lalu

TPM Mahu SME Corp Cari Dana Bantu Usahawan PMKS Tembusi Pasaran Antarabangsa

3

Politik 3 tahun yang lalu

Ahmad Zahid Yakin MCA, MIC Kekal Bersama BN Biarpun ‘Dilamar’ Parti Lain

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Ahmad Zahid Mahu KKDW Tingkat Usaha Noktah Kemiskinan Rakyat Luar Bandar

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 2 jam yang lalu

Anak Trauma Bapa Disambar Buaya Depan Mata

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Najib Jalani Prosedur Jantung Minggu Depan 

oleh Wartawan Getaran

Politik 1 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

oleh Amirah Abu Bakar