Berita Terkini

3 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


TPM Mahu SME Corp Cari Dana Bantu Usahawan PMKS Tembusi Pasaran Antarabangsa

Semasa Dikemaskini 9 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 09 Jul 2023 8:30PM

Ahmad Zahid Hamidi - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mahu SME Corporation Malaysia (SME Corp) berusaha mencari dana pembiayaan bagi membantu usahawan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) mempromosikan produk mereka ke pasaran antarabangsa.

Beliau berkata pembiayaan agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi itu amat diperlukan kerana PMKS mempunyai pasaran besar dengan 94 peratus industri di seluruh dunia adalah terdiri daripada kumpulan usahawan tersebut. 

Malah katanya dalam Keluaran Dalam Negara Kasar, sumbangan usahawan PMKS adalah sekitar RM520 bilion, atau 38 peratus, dan ini harus dihargai kerana ia turut memberi 7.3 juta peluang pekerjaan kepada negara.

“Sebab itu, apabila Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi dipertanggungjawab untuk membantu usahawan ini, ia bukan sekadar menyelaras usaha keusahawanan seperti memberi pembiayaan, melakukan pemantauan dan menyediakan latihan.

“ …tetapi yang lebih penting ialah ia harus bersama-sama dengan pelbagai kementerian lain untuk menjadikan PMKS di Malaysia tidak hanya memandang ke pasaran domestik saja tetapi harus pergi (menembusi) ke pasaran angarabangsa,” katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Minggu Usahawan Negara (MUN) dan Minggu PMKS Peringkat Kebangsaan 2023 di Dataran Merdeka hari ini. 

Selain dana, Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata usahawan PMKS perlu dibantu bagi mengembangkan perniagaan mereka secara dalam talian.

Beliau berkata perniagaan dalam talian kini menjadi satu trend yang tidak boleh dielak berikutan perkembangan teknologi Internet yang telah berubah daripada 4G ke 5G dan bakal berkembang ke 6G.

“Jadi peluang dan pendekatan ini harus direbut oleh PMKS selain kita juga menyediakan  sokongan eksport kepada mereka.

“Kita dapati eksport PMKS meningkat pada tahun 2020 iaitu RM117.8 bilion dan terus meningkat kepada RM124.3 bilion pada tahun berikutnya. Ini merupakan satu perkembangan yang baik dan yakin ia akan terus meningkat,” katanya.

Bercakap kepada media selepas itu, Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Majlis Pembangunan Keusahawanan dan PMKS Kebangsaan memberi jaminan akan turut membantu Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi mendapatkan dana bagi membolehkan usahawan PMKS mempromosi produk ke luar negara.

Pada masa sama, beliau mencadangkan kementerian berkenaan meningkatkan kerjasama dengan Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) supaya perancangan serta belanjawan akan datang dapat memberi manfaat sewajarnya kepada usahawan PMKS. 

Mengulas cadangan agar usahawan PMKS diberi diskaun sewaan premis susulan peningkatan kos sara hidup, Ahmad Zahid berkata beliau menyerahkan perkara itu kepada kebijaksanaan menteri berkenaan untuk berbincang dengan agensi terlibat bagi mengurangkan sebarang kos overhead kepada peniaga.

Turut hadir Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick dan Pengerusi SME Corp Tan Sri Bernard Dompok. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Usahawan 1 minggu yang lalu

K-Drama Jadi Inspirasi Hasilkan ‘IdaOn Sos Korea’

2

Politik 8 bulan yang lalu

Sudah-Sudahlah Desak Ahmad Zahid Berundur, Ini Masa Kukuhkan Negara!

3

Politik 9 bulan yang lalu

Ahmad Zahid Yakin MCA, MIC Kekal Bersama BN Biarpun ‘Dilamar’ Parti Lain

4

Semasa 9 bulan yang lalu

Malaysia Perlu Giat Promosi Usahawan Tempatan Tembusi Pasaran Halal Global - Ahmad Zahid

Sorotan

1

Kempen PRK KKB: Semua Pihak Diingatkan Tidak Sentuh Isu 3R - Fahmi

2

Genting Malaysia Nafi Babit Bincang Mengenai Kasino Di Forest City

3

Akta Laut Wilayah Masih Sah, Terpakai Termasuk Di Terengganu - PMO

4

PM Akan Hadir Forum Ekonomi Dunia Di Riyadh Dalam Lawatan Kerja

5

Kemenangan Ke Atas Hong Kong Lonjak Keyakinan Kem Perseorangan - Jun Hao

6

Misi Gaza Freedom Flotilla Ditangguhkan, Peserta Dinasihat Pulang - Ann Wright

7

Kerajaan Tidak Bercadang Gantung Sementara Perkhidmatan Helikopter Jenis Fennec, HOM

Disyorkan untuk anda

Politik 5 jam yang lalu

Kempen PRK KKB: Semua Pihak Diingatkan Tidak Sentuh Isu 3R - Fahmi

Semasa 1 hari yang lalu

Ambil Tindakan Terhadap Pihak Terbabit Laporan Berkaitan Lesen Kasino - PM

Semasa 8 jam yang lalu

Pengusaha Stesen Minyak Terima Ugutan Diminta Buat Laporan Polis - Saifuddin

Semasa 1 hari yang lalu

Najib Diberi Peluang Jelaskan Mengenai Dokumen 1MDB Ketika Disoal Siasat - Pegawai SPRM