Berita Terkini

3 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Sudah-Sudahlah Desak Ahmad Zahid Berundur, Ini Masa Kukuhkan Negara!

Politik Dikemaskini 8 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 20 Aug 2023 8:19AM

Konflik dalaman UMNO mendatangkan keresahan kepada lebih 20 NGO India tempatan kerana ia boleh menjejaskan kedudukan kerajaan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Walaupun menerima desakan termasuk oleh segelintir ahli parti agar melepaskan jawatan sebagai Presiden, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi kekal menerima sokongan lebih 20 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) India.  

Mewakili suara lebih 5,000 komuniti India tempatan, kumpulan terbabit tampil menyuarakan keresahan melihat UMNO dan Barisan Nasional (BN) saling berbalah walaupun pada hakikatnya berada di bawah ‘kem’ yang sama.  

Bercakap kepada Getaran, jurucakap kumpulan terbabit, Saravana Kumar berkata, semua pihak termasuk dalam kalangan ahli UMNO dan wakil rakyat di bawah panji Kerajaan Perpaduan perlu menghentikan segala pertelingkahan demi mengukuhkan kestabilan negara. 

Menurut beliau, kesejahteraan rakyat dan membangunkan semula negara adalah isu yang lebih memerlukan perhatian, berbanding mencari salah atau kelemahan pemimpin.  

“Sudah-sudahlah berpolitik. Pilihan Raya Negeri (PRN) pun sudah tamat. Hentikanlah semua perbalahan ini kerana nanti yang akan menerima kesan ialah rakyat juga. 

“Kami faham pasti timbul rasa tidak puas hati apabila parti kerajaan mencatat keputusan buruk, tapi bukankah lebih elok jika tumpuan dihalakan pula kepada meningkatkan kualiti kehidupan rakyat,” katanya. 

Jelas Saravana, desakan agar Ahmad Zahid melepaskan jawatan Presiden tidak seharusnya timbul kerana kekalahan itu adalah beban bersama. 

Ahmad Zahid Hamidi kini didesak melepaskan jawatan Presiden UMNO kerana persembahan buruk parti pada PRN - gambar fail
Ahmad Zahid Hamidi kini didesak melepaskan jawatan Presiden UMNO kerana persembahan buruk parti pada PRN - gambar fail

Bercanggah dengan andaian segelintir pihak, Ahmad Zahid ujarnya, adalah antara pemimpin kerajaan yang cukup agresif memperjuangkan kepentingan masyarakat India sejak dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri. 

Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah itu juga kata Saravana, memperuntukkan pelbagai dana untuk membantu menyelesaikan masalah setempat dihadapi komuniti terbabit. 

“Sampai bila mahu terus membuat desakan sebegini? Pihak lain sudah menyusun strategi untuk terus maju di pihak kerajaan sendiri masih dibelenggu konflik dalaman. 

“Bagaimana kedudukan kerajaan mahu dikukuhkan kalau sesama parti sendiri saling bertelagah,” katanya, kesal. 

Tegas beliau, pertikaian politik yang tidak berkesudahan hanya akan menyebabkan segala agenda disusun gagal direalisasikan, sekali gus membuka peluang untuk pelbagai pihak mempertikaikan keupayaan Kerajaan Perpaduan meneraju negara. 

“Sekarang ini kebajikan rakyat yang perlu diutamakan. Apa yang kami khuatirkan, nasib rakyat akan terabai jika semua pihak hanya sibuk berpolitik. 

“Dalam komuniti India sendiri, terlalu banyak masalah melingkari kami termasuk dari aspek pendidikan, kemiskinan, ketiadaan dokumen pengenalan diri dan kebejatan sosial,” katanya. 

Komuniti India tempatan amat memerlukan bantuan dan perhatian secara holistik - gambar hiasan
Komuniti India tempatan amat memerlukan bantuan dan perhatian secara holistik - gambar hiasan

Saravana menarik perhatian, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri sebelum ini berikrar untuk meningkatkan kualiti kehidupan masyarakat India tempatan. 

Anwar dan Ahmad Zahid katanya, mengakui bahawa komuniti berkenaan amat memerlukan bantuan dan perhatian secara holistik. 

“Kami amat berharap semua janji ini dapat dipenuhi. Sudah banyak kali terjadi, kami hanya dipandang apabila mahu mendapatkan undi. 

“Sebaik sahaja pilihan raya berakhir, kami kembali dilupakan. Jika beginilah keadaannya, bilakah masalah yang sudah membelenggu kehidupan komuniti India tempatan akan berakhir,” katanya. - Getaran, 20 Ogos 2023 

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Syarikat Swasta, NGO Dipelawa Jalin Kerjasama Dengan YKN Anjur Program Kebajikan - Nancy

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Anwar Terima Kunjungan Menteri Luar India

3

Luar Negara 1 bulan yang lalu

Pelancong Sepanyol Diperkosa 7 Lelaki, Suami Turut Dibelasah

4

Sukan 3 bulan yang lalu

Tewas 0 - 4, Malaysia Jadi 'Mangsa' Netizen India

Sorotan

1

Kempen PRK KKB: Semua Pihak Diingatkan Tidak Sentuh Isu 3R - Fahmi

2

Genting Malaysia Nafi Babit Bincang Mengenai Kasino Di Forest City

3

Akta Laut Wilayah Masih Sah, Terpakai Termasuk Di Terengganu - PMO

4

PM Akan Hadir Forum Ekonomi Dunia Di Riyadh Dalam Lawatan Kerja

5

Kemenangan Ke Atas Hong Kong Lonjak Keyakinan Kem Perseorangan - Jun Hao

6

Misi Gaza Freedom Flotilla Ditangguhkan, Peserta Dinasihat Pulang - Ann Wright

7

Kerajaan Tidak Bercadang Gantung Sementara Perkhidmatan Helikopter Jenis Fennec, HOM

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 1 hari yang lalu

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

Semasa 3 jam yang lalu

Siapa Punya Kerja, Tanam Paku Kat Bahu Jalan

oleh Wartawan Getaran

Semasa 4 jam yang lalu

Mayat Tanpa Identiti Ditemukan Terapung Di Sungai Linggi 

Semasa 1 hari yang lalu

Ambil Tindakan Terhadap Pihak Terbabit Laporan Berkaitan Lesen Kasino - PM