Jika anda adalah seorang penstrim permainan dalam talian (strimer), pastinya anda mahukan peranti yang terbaik ketika beraksi. Ini kerana setiap barangan elektronik perlu dilihat dan dipertimbangkan dengan teliti kerana ia secara tidak langsung mampu mempengaruhi prestasi setiap pemain
Monitor menjadi salah komponen penting buat strimer untuk mendapatkan kualiti dan kepuasan pandangan ketika bermain game. Buat strimer di luar sana, terutamanya bagi individu yang memiliki bilik permainan persendirian dirumah, baru-baru ini LG Electronics (LG) telah memperkenalkan monitor khas gaming OLED Ultragear™ terbaharu.
.jpg)
Model ini merupakan monitor pertama di dunia yang direka secara eksklusif oleh LG dengan memberikan fokus terhadap spesifikasi gaming. Ia memberikan waktu respon 0.03 milisaat (GTG) dan kadar segar semula yang begitu tinggi iaitu 240Hz.
Wow! Pastinya setiap pergerakan permainan anda lancar dan tidak tersekat-sekat. Bukan itu sahaja, ia juga adalah monitor pertama yang dicipta dengan rekaan skrin melengkung 45 inci bersama resolusi sehingga 3,440 X 1,440.
Bahkan, skrin lengkung luar biasa ini dapat menjana warna terang dan kualiti gambar yang mantap, sekaligus menambahkan lagi pengalaman bermain yang lebih mengasyikkan. Jadi tidak hairanlah jika paparan visual di skrin tersebut dapat dilihat dengan lebih nyata daripada mata pemain.

Selain itu, teknologi paparan warna melalui cahaya belakang nyala sendiri telah dipertingkatkan supaya anda mendapat paparan visual yang seakan-akan hidup jika anda bermain dalam gelap.
Meskipun terdapat pelbagai warna yang muncul di skrin pada setiap game yang dimainkan, teknologi panel OLED anti-silau mayang & pantulan rendah yang dipasangkan telah diperakui oleh UL Solutions sebagai produk cahaya biru rendah dan lebih halus ke mata.
Ia menjadikan masalah penglihatan mata boleh dikurangkan semasa bermain untuk tempoh yang lebih lama dan anda tidak akan pening kepala
Oleh itu, komponen ini boleh dikatakan antara monitor terbaik yang pernah ada dipasaran buat masa ini terutamanya kepada strimer di luar sana. - Getaran, 30 April 2023
