web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


TikTok Tetapkan Had Masa Skrin 60 Minit Sehari Bagi Pengguna Bawah 18 Tahun

Jika had 60 minit terlalu singkat, mereka boleh menetapkan sendiri tambahan masa melebihi 100 minit setiap hari.

Teknovasi Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Mar 2023 7:38AM

Aplikasi perkongsian video TikTok akan memperkenal had masa skrin untuk pengguna di bawah umur 18 tahun - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MOSCOW - Aplikasi perkongsian video TikTok akan memperkenal had masa skrin untuk pengguna di bawah umur 18 tahun bagi membantu remaja mengurus masa mereka di platform itu secara lebih cekap.

"Dalam minggu-minggu akan datang, setiap akaun milik pengguna di bawah umur 18 tahun akan ditetapkan secara automatik kepada had masa skrin selama 60 minit sehari," menurut syarikat aplikasi itu dalam satu kenyataan, lapor Sputnik.

Apabila pengguna mencapai had yang ditetapkan, mereka akan diminta memasukkan kod laluan untuk terus menonton video di platform itu jika mahu melanjutkan masa tontonan.

Jika had 60 minit terlalu singkat, mereka boleh menetapkan sendiri tambahan masa melebihi 100 minit setiap hari.

Pengguna kurang daripada 13 tahun juga akan mempunyai had masa skrin selama 60 minit dan ibu bapa atau penjaga mereka perlu menetapkan atau memasukkan kod laluan yang membolehkan mereka menambah masa sebanyak 30 minit lagi.

Dilancarkan oleh syarikat China ByteDance pada 2018, TikTok telah menjadi peneraju dalam segmen aplikasi video pendek dan kini merupakan antara platform media sosial paling popular di seluruh dunia. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Pemandu Bas Muat Naik Video Kanak-Kanak: MCMC Diminta Beri Kerjasama Kepada Polis

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Padah Buat Aksi 'Wheelie', 2 Remaja Maut

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Polis Tahan 4 Remaja Lelaki Rogol Kanak-Kanak 11 tahun

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Komen Jelik Di TikTok, Penjawat Awam Disiasat Pihak Berkuasa

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa 

Disyorkan untuk anda

Gaya 9 jam yang lalu

Dari Ladang Ke Jalanan, Levi’s® Bawa Misi Sky High Farm Goods

oleh Rahayu MN