web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 5 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


5 Elemen TV OLED Dari LG Pasti Buat Anda Teruja!

Standard baharu bagi TV OLED dari LG untuk hiburan rumah dengan piksel nyalaan sendiri yang memperhebatkan kualiti gambar premium

Teknovasi Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Jul 2023 4:30PM

Standard baharu bagi TV OLED dari LG pasti membuatkan anda teruja - gambar LG.com

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Anda dalam proses menukar atau ingin membeli sebuah televisyen (TV) baharu di rumah? Apa kata anda lihat terlebih dahulu pengenalan siri TV OLED terbaharu dari  LG Electronics Malaysia (LG) yang pasti dapat mengukir hiburan luar biasa.


Koleksi terkini TV LG membawa standard baharu untuk hiburan di rumah - gambar LG.com
Koleksi terkini TV LG membawa standard baharu untuk hiburan di rumah - gambar LG.com

Sebagai jenama yang mendapat anugerahkan TV OLED No. 1 Dunia selama 10 tahun berturut-turut, LG memperkenalkan barisan TV OLED yang terbaik pernah dikeluarkan iaitu LG OLED evo G3, LG OLED evo C3 dan LG OLED A3.

TV ini membawa standard baharu untuk hiburan rumah dengan piksel nyalaan sendiri yang memperhebatkan kualiti gambar premium.

Antara elemen mantap yang diketengahkan ialah sistem pemproses AI α9 Gen6, HDR Expression Enhancer, bunyi jelas AI, Kawalan Imbangan Auto, dan WOW Synergy.
 

Justin Choi, Pengarah Urusan LG bersama (dari kiri) Teo Yong Hung, Pengurus Besar Pemasaran LG; Timothy Gan, Pengurus Produk Bahagian Hiburan Rumah LG; Song You June, Ketua Pegawai Kewangan LG; Lucas Ha, Pengarah Produk Bahagian Hiburan Rumah LG dan Douglas Chung, Pengurus Besar Jualan LG melancarkan tiga model OLED yang menarik untuk pasaran Malaysia - gambar LG.com
Justin Choi, Pengarah Urusan LG bersama (dari kiri) Teo Yong Hung, Pengurus Besar Pemasaran LG; Timothy Gan, Pengurus Produk Bahagian Hiburan Rumah LG; Song You June, Ketua Pegawai Kewangan LG; Lucas Ha, Pengarah Produk Bahagian Hiburan Rumah LG dan Douglas Chung, Pengurus Besar Jualan LG melancarkan tiga model OLED yang menarik untuk pasaran Malaysia - gambar LG.com



Berikut adalah Siri TV OLED terkini yang memfokuskan lima ciri-ciri utama seperti Pemproses AI α9 4K Gen6 dan Pemproses AI α9 4K Gen6 untuk kualiti gambar dan bunyi yang dioptimumkan.

Siri pemproses Alpha terbaharu digunakan dalam TV OLED LG 2023 menggunakan teknologi yang lebih khusus dibantu oleh AI untuk menghasilkan imej secara lebih jelas dan nyata.
 

Brightness Booster Max
Brightness Booster Max untuk imej lebih realistik dengan kecerahan yang dapat dikawal pada asas piksel menghasilkan paparan butiran imej yang lebih tajam.

Peningkatan ketara untuk siri OLED evo G3 ialah teknologi Brightness Booster Max yang menggabungkan seni bina kawalan pencahayaan yang baharu dan peningkatan algoritma cahaya bagi meningkatkan tahap sinaran sehingga 70 peratus.

Brightness Booster Max digunakan untuk imej lebih realistik - gambar LG.com
Brightness Booster Max digunakan untuk imej lebih realistik - gambar LG.com

Versi Terbaharu webOS
Versi webOS ini adalah antara muka pengguna (UI atau tetapan) yang direka bentuk semula untuk meningkatkan pengalaman pengguna.
Antara tetapan baharu bagi laman utama ialah ciri “Quick Cards” yang menawarkan akses mudah kepada kandungan serta perkhidmatan yang paling kerap digunakan, serta akan dikumpulkan di bawah kategori seperti Gaming, Muzik, Sukan, dan lain-lain.

Pemasangan Sistem Pawagam Dolby Vision dan Dolby Atmos
Semua TV OLED LG disokong oleh Dolby Vision dan Dolby Atmos yang akan memberikan anda pengalaman menonton TV di rumah seperti di pawagam. Selain itu, TV LG tahun ini menawarkan integrasi soundbar yang sempurna dengan menyampaikan bunyi keliling berbilang saluran dengan kualiti yang dipertingkatkan oleh IMAX yang dikuasakan oleh DTS:X. TV.

Perkhidmatan yang paling kerap digunakan akan dikumpulkan di bawah kategori tertentu - gambar LG.com
Perkhidmatan yang paling kerap digunakan akan dikumpulkan di bawah kategori tertentu - gambar LG.com

Soundbar LG boleh digabungkan untuk menawarkan ciri WOW Orchestra². Pengguna dapat mempertingkatkan pengalaman audio mereka ke tahap lebih memuaskan dengan gabungan canggih TV LG dan soundbar LG. Ia pasti membolehkan deria dengar anda menangkap setiap bunyi butiran halus yang keluar dari TV tersebut.

Gaming
Dioptimumkan untuk Gaming dengan  kadar segar serendah 0.1ms, Nvidia G-SYNC bersama sokongan AMD FreeSync Premium.  Terdapat juga sokongan untuk HDMI 2.1 dan VRR. 

LG Malaysia turut memperkenalkan siri LG OLED evo G3 - gambar LG.com
LG Malaysia turut memperkenalkan siri LG OLED evo G3 - gambar LG.com

LG Malaysia turut memperkenalkan Siri LG OLED evo G3 yang mempunyai reka bentuk tanpa jurang dan dapat diletakkan di dinding dengan sempurna. Paparan ultra-nipis yang terduduk kemas di dinding mencipta penampilan yang anggun.

Jika anda lebih mengidamkan fleksibiti sama ada untuk meletakkan TV di dinding atau di atas TV stand, LG OLED evo C3 adalah pilihan terbaik untuk anda.

Bagi mereka yang inginkan tetapan yang canggih dalam pakej lebih mudah, LG OLED A3 yang menampilkan pemproses AI α7 4K Gen6 merupakan pilihan ideal.

Jadi sudahkah anda tahu TV yang mana menjadi pilihan anda? Maklumat lanjut klik pautan ini https://www.lg.com/my/tvs/lg-oled65c3psa?cmpid=2023HQSEM_OLED-TV_ML_Google_Brand-TV-General_Brand-NA_Phrase_General_k20230502424_pc_NPI_tCPA&utm_content=Brand-TV-General&utm_term=Brand&gad=1&gclid=CjwKCAjwwb6lBhBJEiwAbuVUSv-EMHw2CoopI0TpRgKNhXV6c8Z9o6s42xNPQyZ4ktk9MWMNMt2WShoCBHkQAvD_BwE&gclsrc=aw.ds. - Getaran, 19 Julai 2023

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Kalaulah TV Tu Jatuh...

2

TARA 2 tahun yang lalu

Skrin Televisyen Pintar Daripada LG Ini Berbaloi Dimiliki

3

TARA 3 tahun yang lalu

Perhatian Strimer! Monitor Gaming OLED Ultragear LG Tampil Dengan Rekaan Skrin Melengkung 45 Inci 

4

Politik 3 tahun yang lalu

PRN: Dekati Pengundi Dengan Kaedah Digital - Ahmad Zahid

Sorotan

1

Perlombongan Emas Haram: Kelantan Rampas 45 Jentera Pengorek

2

Harga RON97, RON95 Tanpa Subsidi Dan Diesel Turun Bagi Tempoh 4 Hingga 10 Jun

3

Pemandu GTI Didakwa Sebabkan Kematian Remaja

4

Pertemuan Aminuddin-Tuanku Muhriz Cetus Teka Teki Tarikh PRN Negeri Sembilan

5

Kereta Langgar Paip Air, 5 Sekeluarga Termasuk Bayi Maut

6

Nahas Simpang Renggam: Reman Pemandu Punca Kejadian Dilanjut Sehari Lagi