web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Tiada Pelakon Kanak-Kanak, Pengarah Terpaksa Rombak Skrip

Ada pengarah minta pelakon kanak-kanak diizinkan berlakon dengan syarat mereka wajib melakukan ujian calitan terlebih dahulu.

Filem & TV Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Dec 2021 11:55AM

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Berdasarkan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang digariskan kerajaan iaitu hanya individu yang sudah lengkap dua dos vaksin dibenarkan melakukan penggambaran, penerbit dan pengarah terpaksa akur untuk tidak mengambil pelakon kanak-kanak berumur bawah 12 tahun menjayakan karya mereka. 

Kerajaan pula pernah mengeluarkan kenyataan bahawa kanak-kanak berusia bawah12 tahu hanya akan menerima vaksin bermula tahun hadapan.

Namun begitu, setakat hari ini belum ada sebarang kenyataan bilakah proses vaksinasi kanak-kanak di Malaysia akan bermula. 

Berikutan itu, ramai sutradara mula gusar kerana merasakan naskhah mereka tidak cukup sempurna tanpa kehadiran pelakon kanak-kanak. Bahkan, sebelum ini pengarah Siti Rosmizah pernah meluahkan perkara serupa apabila terpaksa merombak skrip dramanya yang melibatkan pelakon kanak-kanak. 

Hal ini agak mencabar apatah lagi jika sesebuah drama itu adalah kesinambungan daripada musim terdahulu. Sebagai contoh, dalam drama '7 Hari Mencintaiku' watak Alisa yang menjadi perhatian ramai mungkin terpaksa 'dimatikan' sekiranya penggambaran diteruskan tidak lama lagi berikutan pelakon kanak-kanak bawah 12 tahun masih tidak dibenarkan beraksi. 

Tukar skrip

Bukan itu sahaja, pemilik rumah produksi dan pengarah terkenal Datuk A. Aida juga terpaksa mengubah semua skrip agar ia sesuai dengan SOP yang ditetapkan. 

“Saya akan menjalankan penggambaran telefilem terbaharu bertajuk Semua Tentang Dia bermula 15 Januari nanti. Watak kanak-kanak saya ubah daripada lapan tahun kepada 12 tahun.

"Skrip karya seterusnya pun saya akan elakkan watak kanak-kanak. Saya cuba ikut apa yang ditetapkan kerajaan demi keselamatan semua," katanya kepada Getaran. 

Beri kelonggaran, buat ujian calitan

Namun begitu, pengarah Rashid Sibir meminta agar kelonggaran diberikan kepada pelakon kanak-kanak untuk memasuki set penggambaran dengan syarat wajib melakukan ujian calitan dan penjaga yang hadir pula mesti lengkap dua dos vaksin. 

“Kanak-kanak masih tidak boleh masuk set, jadi kasihan kepada produksi dan skrip yang menuntut pembabitan golongan ini. Pada saya, pihak berwajib boleh memberikan kelonggaran dengan membenarkan kanak-kanak berlakon. 

“Namun, mereka perlu melakukan ujian calitan terlebih dahulu. Jika keputusan negatif, barulah teruskan penggambaran. Bukan itu sahaja, ibu bapa atau penjaga kepada pelakon itu juga perlu lengkap dua dos vaksin sebelum memasuki set,” katanya. 

Tiada masalah lakukan ujian calitan

Ibu kepada pelakon kanak-kanak, Fatin Aliza Salmi pula berkata, selama ini pihaknya mengambil langkah berjaga-jaga dengan tidak menerima sebarang tawaran bagi mematuhi SOP. yang digariskan. 

Nanum, sekiranya syarat penggambaran dilonggarkan, dia akan mempertimbangkan semula tawaran yang hadir. 

“Saya faham kepentingan wujudnya pelakon cilik bagi filem, drama mahupun iklan. Jika tiada watak kanak-kanak, cerita yang mahu disampaikan seakan tidak lengkap.

"Saya benarkan anak saya berlakon meski perlu melakukan ujian calitan asalkan semua yang berada di lokasi penggambaran sudah lengkap dua dos vaksin," katanya ketika dihubungi Getaran.  

Getaran telah mendapatkan respons daripada Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS),  Zakaria Abdul Hamid mengenai cadangan yang dikemukakan oleh beberapa pengarah ini. Namun begitu, pihaknya masih belum menerima apa-apa kelulusan daripada Majlis Keselamatan Negara.

“Pihak FINAS masih belum mendapat kebenaran MKN (Majlis Keselamatan Negara) mahupun KKMM (Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia) berkenaan penggunaan pelakon berumur 12 tahun ke bawah.

"Apapun, kami akan membuat pertanyaan susulan," katanya menutup wawancara.

Gambar: Instagram Puteri Rafasya

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 1 tahun yang lalu

Goat Meledak Di Pawagam, Catat Lebih RM10 Juta Sejak Khamis

2

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Reviu Filem: 'Sheriff' Filem Syafiq Yusof Paling Berani, Papar Sisi Gelap PDRM

3

Filem & TV 2 tahun yang lalu

'Sheriff' Karya Paling Jujur, Janjikan Kelainan Sisi Polis

4

Filem & TV 2 tahun yang lalu

10 Telefilem Meriahkan Syawal Anda

Sorotan

1

Wanita Putus Kaki Dalam Kemalangan LPT2 Meninggal Dunia Di Hospital

2

Tuanku Muhriz: Raja Adil Berhati Mulia, Bukan Gah Depan Kamera

3

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

4

Pemimpin Adat Dilarang Masuk Ke Majlis DKU, Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin Dilanda Kekecohan

5

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

6

Jentera PH Untuk PRN Johor Dilancar Esok

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Jason Mraz Kembali Ke Malaysia 31 Oktober Depan

Muzik 4 jam yang lalu

Hampir 2 Dekad, Peterpan Bakal Ubati Kerinduan Peminat Di Malaysia, Singapura Julai Ini

Konsert itu bakal membariskan anggota asal Peterpan iaitu Reza, Loekman, Andika dan Indra yang dikenali menerusi lagu hit seperti Mimpi Yang Sempurna, Semua Ten...

Filem & TV 1 hari yang lalu

"Papa Zola The Movie" Kembali Ke Pawagam Mulai 11 Jun Sempena Hari Bapa

Bagi menjadikan tayangan itu lebih bermakna, peminat juga berpeluang mendapatkan kad eksklusif Papa Zola The Movie sebagai koleksi istimewa.