Berita Terkini

13 jam yang lalu: Tokoh Wartawan Negara 2014 Datuk Ahmad Rejal Arbee meninggal dunia awal pagi hari ini - isteri Allahyarham, Datin Noraini Shariff. 3 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 6 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 1 minggu yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 1 minggu yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke

IKUTI KAMI


Isu Blackface, Sampai Bila Kesudahannya?

Terbaharu, program Maharaja Lawak terbitan Astro menjadi bualan hangat di platform Twitter apabila salah seorang peserta kumpulan 3Otak iaitu Prakash Daniel membangkitkan isu Blackface. 

Filem & TV Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Nov 2021 3:40PM

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Masih ingat dengan kempen Watson menerusi video Legenda Cun Raya yang berdurasi 15 minit pada 2017?  Video tersebut mengisahkan tentang seorang wanita menerima sumpahan kulit hitam dengan suara yang indah. 

Sikap tidak peka agensi pengiklanan dan pihak Watson terhadap isu Blackface dan Black Live Matter menyebabkan mereka menerima kecaman hebat daripada masyarakat hingga video itu dihentikan tayangan dan mengeluarkan kenyataan maaf.  

Pada tahun lalu, penyanyi Wanie Kayrie pula diselar apabila cuba mempromosikan drama lakonannya, 'Dayang Senandung' menerusi aplikasi TikTok. Dalam aplikasi tersebut,  wajah Wanie digelapkan dan membuat tarian aksi.  

Dianggap tidak peka dan tidak sensitif dengan isu Blackface, Wanie terpaksa memuat turun video TikTok tersebut apabila menerima kecaman bertubi-tubi daripada netizen. 

Terbaharu, program Maharaja Lawak terbitan Astro juga menjadi bualan hangat di platform Twitter apabila salah seorang peserta daripada kumpulan 3Otak iaitu Prakash Daniel membangkitkan isu Blackface. 

Prakash bersama dua lagi ahli 3Otak, Chi Ho dan Farid
Prakash bersama dua lagi ahli 3Otak, Chi Ho dan Farid

Menurut Prakash, sebuah kumpulan (tidak disebut nama) di dalam program itu cuba untuk membawakan wataknya bersama dua lagi ahli kumpulannya iaitu Farid dan Chi Ho. 

“Sekali lagi, karakter Cina dan India digambarkan dengan stereotaip yang buruk. Bahkan, mereka juga turut menghitamkan wajah karakter India. 

“Sikap yang tidak menghormati untuk menghitam wajah ini sungguh menjijikan. Adakah kita melihat kebanyakan India berjalan dengan dhoti? 

“Bayangkan jika saya mengenakan pakaian bangsawan tetapi menampilkan seluruh skit sebagai rempit, pasti saya akan dikecam masyarakat. 

“Media sebagai penyampai maklumat perlu tahu sensitiviti multikulturalisme yang wujud di negara kita. Jika setiap kali karakter India digunakan untuk menonjolkan stereotaip ini, itu bukan komedi, itu adalah kebencian,” katanya. 

Prakash turut menyatakan bahawa hal-hal yang menyentuh sensitiviti perkauman seringkali diabaikan pihak stesen penyiar di negara ini. 

Kumpulan yang cuba meniru gaya mereka itu juga turut menggunakan tong sampah pada minggu prop untuk dijadikan gendang Thavil yang sering digunakan dalam upacara India. Ironinya, skit mereka adalah mengenai parodi Kuch Kuch Hota Hai dan Rajinikanth

Apakah signifikan antara gendang Thavil dengan filem Bollywood, Kuch Kuch Hota Hai? Suatu perkara yang gagal difahami kebanyakan masyarakat Malaysia di negara ini adalah majoriti penduduk India di negara ini asal-usulnya adalah dari India Selatan yang mana mereka berbahasa Tamil dan bukannya Hindi. 

Golongan Punjabi Malaysia yang ada di negara ini pula menggunakan bahasa ibunda mereka iaitu Punjabi dan bukannya Hindi, walaupun kebanyakan mereka memahami bahasa yang mendominasi hampir seluruh India Utara itu. 

Kesalahan-kesalahan ini bukan sahaja dilakukan stesen televisyen tetapi juga agensi-agensi kerajaan terutama Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan. 

Setiap kali acara kebudayaan diadakan, yang ditampilkan adalah tarian Melayu, Cina, Bollywood, Bhangra dan etnik Sabah dan Sarawak. 

Bayangkan tarian Bollywood yang dipersembahkan? Mengapa tidak memaparkan tarian India Selatan, Bharanatyam yang cukup indah pergerakannya. 

Tarian Bollywood sebenarnya tidak wujud. Ia hanyalah tarian-tarian yang dicipta untuk filem Bollywood sahaja. 

Apakah kita terlalu jahil dengan sejarah kewujudan bangsa Malaysia sehingga kita mengabaikan kefahaman tentang kepelbagaian kaum serta warisan seni yang ada di di negara ini. 

Menyentuh tentang isu Blackface pula, sampai bila ia terus-menerus akan berlaku di negara ini. Sampai bila stesen televisyen akan memahami bahawa Blackface adalah isu yang serius dan tidak harus dihalalkan untuk digunakan walaupun bagi tujuan komedi? 

Sampai bila kita akan bersikap sambil lewa dan tidak mengambil serius tentang isu-isu yang boleh menyentuh sensitiviti perkauman, bukan hanya berlaku di negara ini tetapi juga di negara luar? - Getaran, 30 November 2021

Gambar: Instagram @prakashdanielcomedy

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 1 bulan yang lalu

I.D Kisah Balas Dendam dan Jenayah Siber

2

TARA 2 bulan yang lalu

6 Saluran Percuma Astro Sempena Tahun Baharu

3

TARA 7 bulan yang lalu

7 Program Hiburan Korea Terbaik Di Astro Sepanjang Ogos

4

Filem & TV 7 bulan yang lalu

Kolaborasi Qalbox, Astro Janjikan Pengalaman Hiburan Berfokuskan Muslim Terbaik di Malaysia

Sorotan

1

Penggunaan Nombor Bil Sebagai Rujukan Bayaran CAPL Bermula 1 April - LHDN

2

Pasangan Suami Isteri, 2 Lelaki Didakwa Perdagang Wanita Malaysia Di Peru

3

Ada Keperluan Pinda Seksyen 21 Akta Polis - KPN

4

PM Ucap Selamat Raikan Good Friday, Easter Sunday Kepada Penganut Kristian

5

Singapura Rampas 1.5 Tan Produk Segar, Makanan Proses Dari Malaysia

6

Tular Titah Lama Sultan Nazrin, Dewan Negara Perak Buat Laporan Polis

7

Bas Terbalik Di Lebuhraya KLK: 2 Maut, 13 Cedera

Disyorkan untuk anda

Selebriti 23 jam yang lalu

Neelofa Akui Khilaf Ketika Beri Nasihat Kepada Pemanggil Radio Era

oleh Helmi Anuar

Muzik 11 jam yang lalu

All Time Low Kembali Ke Malaysia Selepas 13 Tahun

Konsert pada 28 April hadapan permulaan siri jelajah FOREVER Asia Tour.

oleh Rahayu MN