Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Jumlah 'Follower' Di IG Bukan Kayu Pengukur Bakat Pelakon!

Apa relevannya jumlah pengikut dengan bakat lakonan yang dimiliki oleh seorang pelakon? Adakah jumlah pengikut benar-benar boleh menjanjikan jumlah tontonan yang tinggi?

TARA Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Oct 2021 1:01PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Apa sudah jadi dengan industri kreatif hiburan kita? 

Tak sudah-sudah diulit isu-isu serta ketetapan yang langsung tidak membina serta tidak membawa manfaat dalam usaha mengangkat, menaik taraf dan membangunkan industri ini ke tahap lebih profesional, kompetitif serta mampu dijadikan komoditi budaya untuk memacu ekonomi serta menjana pendapatan kasar dalam negara. 

Salah satunya ialah syarat dan ketetapan yang diletakkan oleh sebuah stesen televisyen berasaskan penstriman bahawa pelakon yang ingin muncul di saluran berkenaan haruslah mempunyai jumlah pengikut atau follower lebih sejuta di Instagram.

Ini adalah satu tindakan yang tidak masuk akal. 

Apa relevannya jumlah pengikut dengan kebolehan atau bakat lakonan yang dimiliki seseorang pelakon? Apakah jumlah pengikut yang ramai benar-benar boleh menjanjikan jumlah tontonan yang tinggi? 

Jika ya, bagaimana pula dengan kejayaan drama bersiri ‘Ayahanda’ yang ditayangkan di TV3 pada bulan Julai lalu? 

Drama yang diadaptasi daripada novel sasterawan negara, Azizi Hj. Abdullah ini diterajui pelakon Jalil Hamid dan Fauziah Ahmad Daud serta dibantu pelakon-pelakon lain seperti Noorkhiriah, Shah Jaszle, Hairi Safwan dan Fikry Ibrahim. 

Dengan menampilkan dua gandingan pelakon senior yang hebat serta tidak memiliki jumlah pengikut media sosial yang ramai (jauh sekali sejuta followers), drama bersiri ini tetap berjaya meraih jumlah tontonan yang tinggi di stesen TV tersebut. 

Malah, terdapat banyak bukti bahawa pelakon yang popular dan mempunyai jumlah pengikut yang ramai di media sosial masih belum berupaya menarik tontonan ramai menerusi penglibatan mereka dalam sesebuah produksi drama atau filem.

Ini adalah suatu hakikat yang sama sekali kita tidak boleh nafikan! 

Mengulas mengenai isu ini, Pengarah Urusan Awesome TV, Johan Ishak bagaimanapun berkata, tidak semua stesen televisyen menggunakan kaedah memilih pelakon berdasarkan jumlah pengikut di media sosial.

Pengarah Urusan Awesome TV, Johan Ishak
Pengarah Urusan Awesome TV, Johan Ishak

“Awesome TV mengambil pendekatan yang berbeza, di mana kriteria jumlah pengikut pelakon di media sosial hanyalah sebagai satu elemen pertimbangan sahaja dan bukan sebagai satu penentu muktamad. 

“Kami mengambil kira pelbagai aspek seperti kehandalan berlakon, disiplin, keserasian karakter untuk watak lakonan dan juga penerimaan penonton TV dan bukan semata-mata penerimaan netizen,” katanya kepada portal Getaran.

Johan bagaimanapun tidak menafikan bahawa masyarakat Malaysia sudah berada di haluan yang superficial kerana terlampau dipengaruhi oleh pelbagai kandungan digital yang mempunyai nilai-nilai kurang murni. 

“Sedihnya kerana pengaruh digital, terutama di media sosial, sememangnya memberi kesan yang tidak konstruktif kepada industri,” katanya. 

Produser dan pengarah, Datuk Yusof Haslam berkata, pengikut yang ramai bukanlah jaminan untuk sesebuah stesen televisyen mahu pun produser menarik lebih ramai penonton. 

“Kalau cerita lemah, pengarahan persembahan tak bagus, tetap orang tak tengok juga. Saya tak nafikan ada pelakon yang follower ramai dan juga berbakat.

“Apalagi sekarang zaman media sosial. Kadangkala terlalu tinggi follower pun sukar sebab mereka minta bukan-bukan. 

Produser dan pengarah, Datuk Yusof Haslam
Produser dan pengarah, Datuk Yusof Haslam

“Bayaran pun kadang-kadang mereka minta terlalu banyak. Sebagai orang baru dalam industri, bagi saya, kita kena fikir betul-betul sebab mereka yang terkenal di media sosial belum tentu laku dramanya bila tayang di TV. 

“Sebagai pengarah dan penerbit, saya ambil seseorang itu berlakon sekiranya watak itu saya rasakan sesuai dengannya. Kadang-kadang, tak sengaja saya ambil dia berlakon dan kebetulan jumlah pengikutnya di Instagram ramai.

“Apapun, kalau kandungan cerita baik, filem dan drama itu akan laku. Masa kita buat Munafik, follower Syamsul tak sampai sejuta pun. Tapi kalau ia bagus, filem itu tetap boleh jual,” katanya.

Menurut produser Datuk A. Aida pula, dia lebih mementingkan rupa dan bakat seseorang pelakon berbanding jumlah pengikut yang dimiliki di media sosial. 

“Seorang kawan saya pernah buat filem dan cari pelakon follower ramai kononnya untuk menaikkan rating filem.

“Nak dijadikan cerita, filem berkenaan tak mampu cecah kutipan RM200,000 pun di panggung. Sedangkan artis tersebut follower ada 1 juta lebih. Jadi, saya tak berapa setuju ambil orang berlakon ikut followers

Produser, Datuk A. Aida
Produser, Datuk A. Aida

“Bagi saya, rupa dan bakat lagi penting. Kalau kebetulan ramai follower, itu bonus. Kalau punya follower ramai tapi berlakon ke laut. Tak jadi juga.

“Apapun, pihak stesen ada kehendak tersendiri. Jadi kalau itu kehendak mereka, saya nak buat macam mana. Tapi follower yang ramai tak menjadikan karya anda meletup,” katanya. 

Bagi pengarah dan pelakon Ellie Suriaty pula, jumlah pengikut yang ramai tidak membantu membentuk bakat seseorang pelakon.

Sesebuah produksi memerlukan pelakon yang hebat untuk menjadikan sesebuah karya itu bagus dan layak dipersembahkan kepada penonton. 

Pengarah dan pelakon, Ellie Suriaty
Pengarah dan pelakon, Ellie Suriaty

“Penerbit TV atau platform OTT mempunyai pasukan pemasaran mereka untuk memasarkan serta melakukan kerja-kerja promosi setiap kandungan yang dihasilkan.

“Jika mereka mahu bergantung kepada jumlah pengikut atau follower seseorang pelakon semata-mata, apa gunanya mereka mempunyai pasukan pemasaran tersebut? 

“Disebabkan ketetapan seperti ini, pelakon sudah tidak dapat mengekalkan aspek ketulenan bakat mereka kerana terpaksa menjadi orang lain semata-mata untuk mencipta content demi meraih pengikut di media sosial. Ia secara tidak langsung mencipta dunia yang palsu di media sosial,” katanya. 

Namron pula memprotes isu ini secara sinikal apabila mengambil pendekatan bergambar tanpa baju untuk meningkatkan jumlah pengikut. 

Pelakon dan penerbit itu berkata, mengapa kita hanya asyik memikirkan soal keuntungan yang kecil di dalam negara tetapi tidak mahu mengambil langkah yang berani untuk menghasilkan siri-siri yang setanding negara lain sehingga boleh dipertontonkan di negara luar?

“Saya tidak kata semua penerbit begitu. Ada juga yang sudah mengambil langkah berani seperti Viu yang menghasilkan kandungan yang bagus seperti drama bersiri ‘Black’ dan ‘Keluarga Baha Don’.

“Mereka sudah membawa karya mereka jauh merentas Asia dan ada yang sudah menang anugerah. Ini yang kita harapkan. Bukan sibuk memikirkan pelakon kena ada satu juta pengikut di Instagram.  

“Bagaimana anda menilai seseorang pelakon itu berdasarkan jumlah pengikut di media sosial? Sebab kerja berlakon ini ada seninya. Ada disiplin kerjanya. Disiplin yang dimaksudnya di sini bukan sekadar datang kerja on time di lokasi ya. 

“Tapi, disiplin kerja untuk memahami watak, memahami lines dialog, cara bekerja dengan pengarah serta bagaimana kita memberikan interpretasi terhadap sesebuah watak yang dibawakan.

“Semua ini memerlukan kemahiran dan kemahiran hanya boleh diperolehi menerusi bakat sebenar. 

“Pelakon sama sahaja seperti ahli sukan. Kena ada bakat dan kebolehan. Takkanlah kita mahu pilih pemain bola sepak Malaysia berdasarkan populariti?

“Siapa yang popular sahaja boleh main bola untuk negara. Anda rasa apa akan jadi dengan sukan bola sepak di Malaysia jika para pemainnya dipilih berdasarkan populariti? 

“Bakat tak boleh diajar. Tapi bakat boleh dikembangkan menerusi ilmu dan ilmu itu boleh digali dan dipelajari supaya bakat yang itu digilap dan menjadi lebih solid lagi,” katanya

Tambah Namron lagi, dia tertarik dengan projek siri ‘Money Heist’ dan ‘Squid Game’ yang kedua-duanya ditayangkan di Netflix. 

“Sebelum ini tak siapa pun yang kenal para pelakon ‘Money Heist’. Tapi, siri itu berjaya mengangkat sebuah karya yang baik serta mengangkat nama pelakon-pelakonnya menjadi bintang. 

Selepas siri musim pertama selesai, kehidupan para pelakonnya berubah. Daripada tidak ternama, mereka punya ramai pengikut. Ke mana sahaja mereka pergi, akan diserbu peminat. 

“Sama juga dengan ‘Squid Game’. Kebanyakan pelakonnya tidak dikenali langsung. Malah para pelakon utama tidak punya akaun Instagram pun. Ada yang baru sahaja membuka akaun peribadinya di platform media sosial tersebut. Mungkin, dia buka kerana tuntutan kerja. 

“Tapi percayalah selepas musim pertama ini berjaya, akan ada sambungan untuk musim kedua, bahkan musim ketiga kerana siri ini mendapat sambutan di seluruh dunia dan bajetnya pasti akan menjadi lebih besar lagi,” katanya. - Getaran, 3 Oktober 2021

Semua gambar: Gambar Fail

Isu Pada

“Saya Mahu Memperisterikan...” – Adam Lee

02 Oct 2021

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 minggu yang lalu

Pecahkan Dominasi JDT Musim Ini - Azman Adnan

2

Luar Negara 3 minggu yang lalu

Singapura Rampas 1.5 Tan Produk Segar, Makanan Proses Dari Malaysia

3

Semasa 4 minggu yang lalu

Anwar Terima Kunjungan Menteri Luar India

4

Sukan 4 minggu yang lalu

Beraksi Di Laman Sendiri Gagal Bantu Harimau Malaya Saingi Kehebatan Oman

Sorotan

1

Pemangku Ketua Bahagian BERSATU  Calon PN Untuk PRK KKB

2

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

3

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

4

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

5

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

6

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini