web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pecahkan Dominasi JDT Musim Ini - Azman Adnan

Sukan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Apr 2024 12:26PM

gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Legenda bola sepak Selangor, Azman Adnan meletakkan harapan supaya pasukan lain mampu memberi tentangan terus-menerus kepada Johor Darul Ta'zim (JDT) menjelang musim baharu Liga Malaysia (Liga-M) 2024/2025 yang akan menyingkap tirai awal bulan depan.

Azman berkata, sudah tiba masanya pencabar lain mengembangkan sayap dan memecah dominasi mahkota kejuaraan Liga Super 10 kali berturut-turut, termasuk gelaran domestik lain daripada skuad Harimau Selatan itu.

"Kita mengharapkan pasukan lain, tak semestinya Selangor FC sahaja bahkan pasukan lain cuba memberi tentangan kepada pasukan JDT.

"Kita nak tengok kekuatan JDT tahun ini, saya rasa mereka lagi bertambah baik. Jadi, harapan saya nak lihat pasukan mana yang mampu menewaskan JDT setelah mereka berjaya menjuarai tanpa ditewaskan tahun lalu," katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Beliau berkata, kebangkitan pasukan lain, sekali gus mampu mengembalikan tahap kompetitif dan daya tarikan kepada Liga-M yang hanya didominasi oleh satu pasukan sebelum ini.

Azman dalam masa sama mengimpikan 'kebangkitan' itu bermula dengan Selangor, namun pada masa sama sedar kombinasi pemain senior dan lambakan pemain muda dalam pasukan memerlukan kematangan sebelum mampu bersaing.

Justeru, beliau berharap, skuad The Red Giants dengan sentuhan jurulatih baharu Mohd Nidzam Jamil mampu mencipta kejutan dan mengembalikan kegemilangan Selangor musim depan.

"Terus terang saya cakap, saya memang suka dia (Mohd Nidzam) sebab dah kenal lama. Sebab setiap kali latihan, dia yang jaga saya. Itu dulu, tapi sekarang dia jurulatih. Jadi, saya mendoakan agar dia dan pasukan berjaya," katanya.

Selangor bimbingan Tan Cheng Hoe musim lalu berjaya mencatat 20 kemenangan, satu keputusan seri dan lima kekalahan daripada 26 perlawanan untuk berada di tangga kedua Liga Super.

Saingan Liga-M musim depan akan membuka tirai dengan aksi Piala Sumbangsih antara JDT dan Selangor pada 10 Mei. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Lagi Kes Tikam Pelajar: ‘Anak Saya Ditikam 14 Hingga 16 Kali’ - Bapa Mangsa

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Selangor Terus Perangi Penempatan Haram, Struktur Tanpa Kelulusan Akan Diroboh

4

Semasa 1 bulan yang lalu

7 Ajaran Sesat Dikenal Pasti Di Selangor Dalam Tempoh 5 Tahun

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

Anak Trauma Bapa Disambar Buaya Depan Mata

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 jam yang lalu

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

oleh Amirah Abu Bakar