web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

Semasa Dikemaskini 1 jam yang lalu · Diterbitkan pada 22 Jun 2026 8:04PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kes perkahwinan palsu melibatkan warga asing dan wanita tempatan yang dipercayai bagi mendapatkan lesen perniagaan didakwa semakin serius di Selangor.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan dan Pelancongan Selangor, Ng Suee Lim berkata, kegiatan itu bukan perkara baharu dan dipercayai berlaku sejak lebih 10 tahun lalu.

Menurutnya, terdapat perkahwinan yang dilakukan semata-mata untuk membolehkan warga asing menjalankan perniagaan serta terus berada di negara ini.

“Modus operandi ini antara cabaran yang menyukarkan pihak berkuasa tempatan (PBT) mengambil tindakan kerana lesen perniagaan diperoleh atas nama pasangan yang turut merupakan warganegara tempatan.

“Apabila operasi penguatkuasaan dijalankan, individu terbabit sering memberi alasan bahawa mereka hanya membantu pasangan menguruskan perniagaan,” katanya pada sidang media di Wisma Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor hari ini.

Beliau berkata, pihak berkuasa berdepan dilema untuk mengambil tindakan kerana lesen yang dimiliki adalah sah dan didaftarkan atas nama rakyat tempatan.

Katanya, PBT juga sukar membatalkan lesen perniagaan dalam situasi sedemikian melainkan terdapat pelanggaran syarat lesen atau kesalahan lain di bawah undang-undang berkaitan.

Mengakui bimbang dengan peningkatan jumlah peniaga warga asing yang menjalankan perniagaan kecil tanpa kawalan, Suee Lim menegaskan, tindakan tegas akan terus diambil terhadap mereka yang beroperasi tanpa lesen.

Sehubungan itu, beliau berkata kerajaan negeri akan terus bekerjasama dengan Jabatan Imigresen Malaysia serta agensi berkaitan bagi mencari kaedah terbaik menangani isu berkenaan, yang didakwa berlaku di beberapa kawasan perindustrian utama di Selangor.

Menurutnya, antara kawasan yang dikenal pasti terlibat dengan kegiatan tersebut ialah Sungai Rasau dan Seksyen 15 Shah Alam.

“Kerajaan negeri memandang serius isu berkenaan dan akan terus memperkukuh pemantauan serta penguatkuasaan bagi memastikan pemilikan lesen perniagaan tidak disalahgunakan oleh pihak tertentu,” katanya. - Getaran, 22 Jun 2026

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Selangor Terus Perangi Penempatan Haram, Struktur Tanpa Kelulusan Akan Diroboh

2

Semasa 3 minggu yang lalu

7 Ajaran Sesat Dikenal Pasti Di Selangor Dalam Tempoh 5 Tahun

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Kematian Pegawai Kanan Polis Tiada Unsur Jenayah - Shazeli

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Selangor Taja 75 Individu Tunai Ibadah Haji Tahun Ini

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Semasa 8 jam yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 55 minit yang lalu

Pemilik Kenderaan Diesel Terima Kuota 200 Liter Sebulan, Boleh Mohon Tambahan 100 Liter

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Subsidi Diesel Diseragam Guna MyKad, Harga Turun RM2.10 Seliter Mulai Julai - MOF 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Serah Kad Bank Kepada Pihak Ketiga Perbuatan Jenayah Serius - Peguam

oleh Wartawan Getaran