web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 7 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Selangor Terus Perangi Penempatan Haram, Struktur Tanpa Kelulusan Akan Diroboh

Semasa Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 12 Jun 2026 8:01PM

Amirudin Shari - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan Selangor akan tetap mengambil tindakan tegas terhadap semua penempatan haram di negeri itu, termasuk merobohkan struktur yang dibina tanpa kelulusan pihak berkuasa tempatan (PBT) atau Pejabat Daerah dan Tanah (PDT).

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, isu penempatan haram bukan perkara baharu dan perlu ditangani mengikut saluran pentadbiran serta peruntukan undang-undang yang melibatkan penggunaan tanah dan penguatkuasaan pihak berkuasa.

Beliau menegaskan semua penempatan yang dibina tanpa kelulusan sah perlu dirobohkan mengikut undang-undang yang berkuat kuasa.

“Semua penempatan haram yang tidak mendapat kelulusan daripada pihak berkuasa tempatan atau pejabat daerah dan tanah perlu dirobohkan mengikut undang-undang,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Loji Waste-to-Energy (WTE) 1 di Pusat Pengurusan Sisa Pepejal Bersepadu (ISWMC) Jeram, Selangor, hari ini.

Menurut Amirudin, kebanyakan kes melibatkan penggunaan tanah yang melanggar syarat nyata atau tujuan asal yang diluluskan di bawah hak milik tanah berkenaan.

Katanya, pelbagai tindakan termasuk notis dan amaran telah dikeluarkan sebelum ini, selain penguatkuasaan terhadap aktiviti yang menyalahi syarat penggunaan tanah.

Mengulas mengenai penempatan haram di Kampung Baru Sungai Makau, Hulu Langat, Amirudin berkata beliau telah menerima jaminan daripada Pegawai Daerah Hulu Langat bahawa tindakan penguatkuasaan segera akan dilaksanakan termasuk kerja-kerja perobohan dan, jika perlu, proses rampasan tanah akan dilakukan.

“Namun proses tersebut bukan mudah kerana tanah berkenaan dimiliki secara persendirian dan pemilik telah membayar premium yang ditetapkan. 

“Oleh itu, proses sewajarnya perlu diberikan dan dalam keadaan tertentu perkara ini perlu dibawa ke mahkamah,” katanya.

Kenyataan itu dibuat susulan perhatian meluas masyarakat terhadap sebuah penempatan yang didiami komuniti Rohingya di Hulu Langat yang tular di media sosial sejak kebelakangan ini.

Sebelum ini, Amirudin mendedahkan pelbagai agensi kerajaan telah menjalankan tindakan penguatkuasaan sejak 2016 bagi menangani isu struktur dan penempatan yang dikaitkan dengan komuniti Rohingya.

Terdahulu, Pegawai Daerah Hulu Langat, Datuk Mohd Jusni Hashim mengesahkan operasi perobohan akan dilaksanakan mengikut peruntukan undang-undang sedia ada selepas pelbagai tindakan penguatkuasaan dijalankan oleh agensi berkaitan selama beberapa tahun.

Beliau berkata pihak berkuasa akan meneruskan tindakan perobohan susulan kegagalan penghuni mematuhi arahan yang dikeluarkan, sekali gus mencerminkan pendekatan lebih tegas terhadap pembangunan haram dan pelanggaran syarat penggunaan tanah di Selangor. - Getaran, 12 Jun 2026

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Lagi Kes Tikam Pelajar: ‘Anak Saya Ditikam 14 Hingga 16 Kali’ - Bapa Mangsa

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

3

Semasa 1 bulan yang lalu

7 Ajaran Sesat Dikenal Pasti Di Selangor Dalam Tempoh 5 Tahun

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Kematian Pegawai Kanan Polis Tiada Unsur Jenayah - Shazeli

Sorotan

1

2 Remaja Perempuan Maut Nahas, Polis Tahan Pemandu 

2

Keupayaan BN Tadbir Negeri Dipersoal, Mampukah Atasi Rekod Pelaburan PH? - Aminuddin

3

Nahas Ragut Nyawa 2 Remaja: Pemandu Sah Positif Dadah - Polis

4

Sepang Kembali Dalam Kalendar F1, Bakal Anjur GP Bahrain Oktober Nanti 

5

PRU: ‘Tiada Perbincangan Setakat Ini’ - Zahid

6

Kanak-Kanak Autistik Maut Terjatuh Dari Tingkat 13

Disyorkan untuk anda

Semasa 3 jam yang lalu

Jenazah Rakyat Malaysia Maut Ditikam Di Korea Selatan Dibawa Pulang Selepas Bedah Siasat 

oleh Wartawan Getaran

Politik 1 hari yang lalu

PRU: ‘Tiada Perbincangan Setakat Ini’ - Zahid

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 jam yang lalu

Pihak Hina Institusi Diraja Negeri Sembilan Perlu Dikenakan Tindakan - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Nahas Ragut Nyawa 2 Remaja: Pemandu Sah Positif Dadah - Polis

oleh Sophia Ahmad