web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Anwar Terima Kunjungan Menteri Luar India

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Mar 2024 9:40PM

Dr S. Jaishankar berada (kiri) berada di Malaysia untuk lawatan rasmi dua hari - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima kunjungan hormat Menteri Luar India Dr S. Jaishankar, yang kini dalam lawatan rasmi dua hari ke Malaysia bermula hari ini.

Jaishankar tiba di Pejabat Perdana Menteri di Perdana Putra di sini pada 2.30 petang, sebelum kedua-dua pemimpin itu mengadakan pertemuan yang berlangsung kira-kira satu jam.

Pejabat Perdana Menteri (PMO) dalam satu kenyataan yang dikeluarkan selepas pertemuan itu memaklumkan, Anwar dan Jaishankar bertukar-tukar pandangan dan membincangkan kerjasama dalam bidang perdagangan, sains dan teknologi, pendidikan, pertanian, pelancongan, pertahanan dan digital, serta berkaitan isu serantau termasuk Myanmar.

Menurut kenyataan PMO, Anwar telah memberikan komitmen beliau dalam membantu penubuhan cawangan kampus Institut Teknologi India (IIT) di Malaysia.

Perdana Menteri turut merakamkan penghargaan kepada Perdana Menteri India Narendra Nodi, kerana membantu negara ketika Malaysia menghadapi kekurangan bekalan beras dan berharap untuk mempermudahkan lagi pengimportan hasil pertanian dari India.

Menurut kenyataan PMO, Jaishankar telah menyatakan hasrat untuk memperkukuhkan lagi hubungan India-ASEAN, terutamanya ketika Malaysia mempengerusikannya tahun hadapan dan mengulangi pelawaan Modi untuk Anwar untuk melawat India.

Menurut kenyataan itu, Perdana Menteri bercadang untuk melakukan lawatan ke India tidak lama lagi, selepas Pilihan Raya Umum negara itu.

Pertemuan itu turut disertai Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu dan Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Liew Chin Tong.

India merupakan rakan dagangan global ke-12 terbesar Malaysia, dengan perdagangan berjumlah RM77.76 bilion (AS$16.53 bilion). - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 hari yang lalu

Forest  City: Usir Segera Warga Israel Jika Dakwaan Terbukti - PM

2

Politik 2 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

3

Politik 6 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Persekutuan Komited Pastikan Agenda Pembangunan Rakyat Diteruskan - PM

4

Politik 1 minggu yang lalu

‘Johor Akan Lebih Baik Jika Ditadbir Pemimpin Yang Berani’ - Anwar

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Gaji Semasa: Hanya 49 peratus Pekerja Malaysia Berpuas Hati 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 10 jam yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Najib Jalani Prosedur Jantung Minggu Depan 

oleh Wartawan Getaran