web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Hari Penuh Drama Menyaksikan Perancis Disingkirkan Oleh Switzerland

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Jun 2021 9:00AM

Pemain-pemain Switzerland meraikan kemenangan selepas tamat perlawanan. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PARIS - Sepakan penalti Kylian Mbappe yang ditepis oleh penjaga gol Switzerland menyaksikan juara dunia Perancis dihantar pulang daripada EURO 2020 dalam penentuan sepakan penalti apabila aksi masih terikat 3-3 selepas masa tambahan.

Switzerland tidak pernah memenangi perlawanan pusingan kalah mati di Kejuaraan Eropah sebelum ini dan tidak pernah memenangi penentuan sepakan penalti, tetapi berjaya mengatasi pasukan yang dicanang sebagai pilihan utama kejohanan itu 5-4 di Bucharest.

Perancis terpaksa bangkit daripada ketinggalan 1-0 untuk mendahului perlawanan 3-1 dan tampak selesa untuk layak ke pusingan seterusnya tetapi dibolosi oleh dua gol lewat.

Perlawanan di ibu negara Romania itu menyusuli kemenangan 5-3 Sepanyol ke atas Croatia di Copenhagen yang bermakna La Roja akan bertemu Switzerland di aksi suku akhir di Saint Petersburg pada Sabtu.

Haris Seferovic menanduk masuk gol pembukaan Switzerland, manakala sepakan penalti Ricardo Rodriguez di awal babak kedua diselamatkan oleh Hugo Lloris.

Menjelang sejam perlawanan berlangsung momentum perlawanan bertukar selepas Karim Benzema menjaringkan dua gol dalam tempoh dua minit untuk memberi kelebihan 2-1 kepada Perancis.

Paul Pogba menambah gol ketiga Perancis di minit ke-75 untuk memberi pendahuluan dua gol.

Tetapi Switzerland tidak mengalah, Seferovic menjaringkan gol keduanya dan pemain gantian Mario Gavranovic menjaringkan gol penyamaan untuk memaksa masa tambahan yang gagal menjelmakan gol kemenangan buat kedua-dua pasukan.

Yann Sommer menjadi wira Switzerland dengan menyelamatkan sepakan Mbappe yang melayakkan Switzerland ke pusingan suku akhir.

Di Copenhagen dalam perlawanan awal, Alvaro Morata menjaringkan gol penting buat Sepanyol di masa tambahan untuk mengatasi naib juara Piala Dunia 2018 Croatia selepas mensia-siakan kelebihan 3-1.

Morata, yang persembahannya dikritik hebat oleh pengkritik dan dikecam oleh penyokong Sepanyol, menerima hantaran dan merembat deras untuk membolosi gawang Croatia di minit ke-100.

Mikel Oyarzabal pula melengkapkan jaringan untuk memastikan kemenangan buat Sepanyol. - AFP

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 bulan yang lalu

Malaysia Peroleh Hak Siaran Piala Dunia FIFA, Akses Tv Di India Dan China Masih Belum Pasti

2

Sukan 3 bulan yang lalu

JDT VS Sanfrecce Hiroshima: Visi TMJ Ubah Landskap Bola Sepak Negara

3

Sukan 4 bulan yang lalu

Kejohanan Piala Maxim Dijangka Tarik 18,000 Peserta

4

Sukan 1 tahun yang lalu

Jordan Atasi Palestin, Kutip 3 Mata Pertama Kempen Kelayakan Piala Dunia 2026

Sorotan

1

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

2

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

3

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

4

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

5

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

6

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

Serah Kad Bank Kepada Pihak Ketiga Perbuatan Jenayah Serius - Peguam

oleh Wartawan Getaran

Politik 3 jam yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

Operasi Jurugambar Jalanan Diperhebat, DBKL Rampas 32 Peralatan Di Lokasi Tumpuan Pelancong

oleh Sophia Ahmad