web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Piala Asia: Malaysia Raih Gangsa Acara Recurve Berpasukan Lelaki

Sukan Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Jun 2021 2:15PM

Khairul Anuar, Muhamad Zarif dan Muhammad Akmal tewas kepada pasukan Jepun. - Gambar dari World Archery Asia

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pasukan memanah negara menamatkan penantian hampir dua tahun untuk meraih pingat pada kejohanan antarabangsa apabila memperoleh gangsa dalam acara recurve berpasukan lelaki di Piala Asia 2021 di Gwangju, Korea Selatan, semalam.

Gandingan trio negara diketuai Olimpian negara, Khairul Anuar Mohamad, Muhamad Zarif Syahiir Zolkepeli dan Muhammad Akmal Nor Hasrin tewas kepada pasukan Jepun yang diwakili Takaharu Furukawa, Yuki Kawata dan Hiroki Muto, 5-4, dalam peringkat separuh akhir.

Malaysia meraih pingat gangsa selepas hanya tiga pasukan bertanding pada acara berkenaan susulan penarikan diri pasukan Kazakhstan daripada bertanding dalam kejohanan berkenaan.

Jepun dijadual berdepan pasukan tuan rumah, Korea Selatan untuk penentuan emas pada aksi final hari ini.

Kali terakhir trio berkenaan menaiki podium adalah pada Piala Asia 2019 di Clark, Filipina selepas membawa pulang gangsa dalam acara sama.

Malaysia meraih empat emas, satu perak dan lima gangsa dalam kejohanan itu.

Ketiga-tiga mereka selepas ini dijangka beraksi pada sebuah kejohanan di Paris, Perancis pada 18-20 Jun depan.

Tumpuan pastinya terarah kepada Muhamad Zarif Syahiir dan Muhammad Akmal yang sedang mengintai peluang untuk mara ke Sukan Olimpik di Tokyo, Jepun, bulan depan dalam kejohanan yang turut menjadi kempen kelayakan terakhir ke temasya sukan terbesar dunia berkenaan.

Khairul Anuar terlebih dahulu mengesahkan tempat ke Sukan Olimpik selepas meraih pingat perak pada Kejohanan Memanah Dunia di Hertogenbosch, Belanda pada Jun 2019.

Sukan Olimpik Tokyo 2020 akan menjadi penampilan ketiga buat Khairul Anuar, 29, selepas edisi London 2012 dan Rio 2016, yang turut menyaksikan Muhammad Akmal membuat penampilan pertamanya pada temasya di Brazil itu.

Sukan Olimpik Tokyo dijadual berlangsung pada 23 Julai hingga 8 Ogos ini. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 2 tahun yang lalu

Antara Qatar Dan Jordan, Siapa Bakal Bergelar Raja Asia

2

Sukan 2 tahun yang lalu

Jordan Sedia Hadapi Masa Tambahan, Penalti Dengan Korea Selatan

3

Sukan 2 tahun yang lalu

Peruntukan Harimau Malaya Ke Piala Asia Hanya RM7 Juta - Hannah

4

Sukan 2 tahun yang lalu

Keputusan Seri Dengan Korea Selatan Tidak Dapat Padam Kekecewaan Kami - Faisal Halim

Sorotan

1

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

2

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

3

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

4

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

5

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

6

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Pelatih Industri UPM Maut Akibat Lemas, Kes Diklasifikasi Mati Mengejut - Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Diabetes, Obesiti, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Krisis Penyakit Tidak Berjangkit Di Malaysia

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Subsidi Diesel Diseragam Guna MyKad, Harga Turun RM2.10 Seliter Mulai Julai - MOF 

oleh Sophia Ahmad