web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Jordan Sedia Hadapi Masa Tambahan, Penalti Dengan Korea Selatan

Sukan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Feb 2024 8:39AM

Ketua jurulatih pasukan Jordan, Hussein Ammouta (kiri) dan pemain Jordan, Ebrahim Sa'deh (kanan) ketika menjawab pertanyaan pemberita pada sidang media pra-perlawanan separuh akhir Piala Asia 2023 di antara Jordan dan Korea Selatan. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

DOHA - Ketua jurulatih Jordan, Hussein Ammouta, berkata 'The Chivalrous' telah bersedia sepenuhnya untuk mengatasi juara dua kali Korea Selatan, walaupun perlawanan diheret ke masa tambahan dan penentuan penalti dalam salam saingan separuh akhir Piala Asia 2023, hari ini.

Aksi tersebut di Stadium Ahmad Ali di Al Rayyan adalah perlawanan ulangan Kumpulan E dengan Korea Selatan bangkit dengan jaringan lewat untuk menyamakan kedudukan dan menafikan pendahuluan 2-1 memihak Jordan.

Skuad Taegeuk Warriors, bimbingan Jurgen Klismann kemudian memastikan kemenangan dalam dua perlawanan pusingan kalah matı dengan bertarung 120 minit permainan dalam setiap satu dengan salah satu perlawanan diputuskan menerusi penentuan penalti.

Ammouta mengakui kemahiran Korea Selatan dalam permainan berpanjangan dan penalti dan berkata, barisan kejurulatihannya telah mengkaji secara menyeluruh pihak lawan, bertujuan untuk menjadi lebih teratur dalam pendekatan mereka.

"Setiap orang dalam pertandingan ini sudah bersedia secara mental dan itulah sebabnya kita perlu memberi tumpuan kepada peningkatan aspek taktikal permainan kita. Kita perlu membuat penambahbaikan ketika bermain pada peringkat ini dan aspek taktikal haruslah teratur dengan baik.

"Membuat keputusan taktikal melibatkan mengelak atau menekan pasukan yang kuat dan memastikan setiap pemain mendapat apa yang sepatutnya. Setiap pasukan memerlukan persiapan rapi, dari segi mental dan fizikal, untuk bertahan bermain selama 120 minit," kata jurulatih warga Maghribi berusia 54 tahun itu pada sidang media praperlawanan di sini, semalam.

Jordan yang akan membuat penampilan pertama mereka di separuh akhir Piala Asia kehilangan khidmat Ali Olwan dan Salem Al Ajalin dengan kedua-duanya akan menjalani penggantungan satu perlawanan tetapi Ammouta yakin beliau mempunyai kualiti yang cukup dalam skuadnya untuk mengimbangi ketiadaan dua pemain tersebut.

Sementara itu, pemain tengah Jordan, Ibrahim Saadeh, yang berbangga menjadi sebahagian daripada skuad yang mencipta sejarah di sini, mengakui tekanan menjelang perlawanan hari ini tetapi yakin pasukannya mampu mencipta kejutan.

"Adalah satu kebanggaan bagi kami untuk melangkah sejauh ini. Ia memberi sedikit tekanan tetapi kami sudah terlatih dan bersedia untuk mara ke final. la akan menjadi permainan yang sukar. Kakitangan teknikal dan pemain semua bersedia untuk mara ke final..

"Jurulatih, penolong jurulatih dan kakitangan teknikal semuanya telah membantu kami mengkaji semula perlawanan sebelum ini dan mengenal pasti kesilapan kami. Sebagai pemain, sudah tentu saya bersedia untuk bermain jika dipilih dan pastinya, saya akan memberikan yang terbaik untuk membantu Jordan mara ke peringkat seterusnya," kata pemain kelab Al Khor berusia 23 tahun itu.

Jordan menewaskan juara 2007 Iraq pada pusingan 16 terakhir dan Tajikistan pada suku akhir untuk layak ke separuh akhir, manakala Korea Selatan, yang kali terakhir memenangi kejuaraan pada 1960, menewaskan juara tiga kali Arab Saudi pada pusingan 16 menerusi penentuan penalti dan mengatasi juara 2015 Australia yang menyaksikan perlawanan diheret ke masa tambahan. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 10 bulan yang lalu

Tiba Masanya Dunia Bertindak, Tamatkan Hubungan Diplomatik Dengan Zionis - Anwar

2

Sukan 2 tahun yang lalu

JDT Mara Separuh Akhir Dengan Piala FA Dengan Agregat 13-0

3

Ekonomi 2 tahun yang lalu

Malaysia Tarik Pelabur Pada Forum Ekonomi Qatar

4

Sukan 2 tahun yang lalu

Afif Lakar Hatrik Penalti Bantu Qatar Pertahankan Kejuaraan Piala Asia 2023

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

oleh Wartawan Getaran

Semasa 12 jam yang lalu

Rogol Anak Sulung, Guru Tuisyen Dipenjara 105 Tahun, 70 Sebatan

oleh Sophia Ahmad

Politik 15 jam yang lalu

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

oleh Sophia Ahmad