web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Afif Lakar Hatrik Penalti Bantu Qatar Pertahankan Kejuaraan Piala Asia 2023

Sukan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Feb 2024 8:21AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

LUSAIL (QATAR) - Tuan rumah Qatar mempertahankan gelaran juara Piala Asia 2023 selepas menewaskan Jordan 3-1 pada perlawanan akhir penuh kontroversi yang menyaksikan tiga jaringan The Maroons hadir menerusi penalti di venue ikonik Stadium Lusail, di sini, malam tadi.

Ketiga-tiga penalti itu disempurnakan penyerang sensasi Akram Aff masing-masing satu pada separuh masa pertama diikuti dua pada separuh masa kedua dengan gol sagu hati Jordan yang juga jaringan penyamaan di babak kedua hadir menerusi Yazan Al-Naimat.

Kejayaan itu menyaksikan Qatar muncul pasukan kelima meraih gelaran juara berturut-turut selepas Korea Selatan pada edisi 1956 dan 1960; Iran yang mencipta hatrik (1968, 1972,1976); Arab Saudi (1984,1988) dan Jepun pada edisi 2000 dan 2004.


Qatar bimbingan Marquez Lopez terlepas membuka jaringan awal pada minit ke-12 apabila hantaran jauh cantik Hassan Al-Haydos tepat menemui Almoez Ali yang hanya perlu menewaskan penjaga gol dalam kotak penalti, namun rembatannya dihalang Salem Al-Ajalin.

Giliran Jordan kendalian Hussein Ammouta menguji penjaga gol Qatar, Meshaal Barsham apabila Al-Naimat yang menerima hantaran Ali Olwan melepaskan rembatan padu kaki kanan dari luar kotak penalti yang berjaya ditolak keluar pada minit ke-16.

Qatar akhirnya memecah kebuntuan gol pada minit ke-22 menerusi penalti Aff yang dijatuhkan Abdallah Nasib sebelum pemain Al Sadd berusia 27 tahun itu tenang membuat sepakan leret ke arah kiri gawang yang seinci daripada jangkauan Yazeed Abulaila.

Abulaila kemudian bertindak cemerlang menyelamatkan gawang dari dibolosi buat kali kedua selepas menepis keluar bola tandukan tajam Lucas Mendes berpunca sepakan penjuru diambil Afif pada minit ke-33.



Di penghujung 45 minit pertama, Afif mencemaskan penyokong Qatar di stadium apabila beliau diusung keluar bagi mendapatkan rawatan sebelum kembali ke padang sekali gus mendapat tepukan gemuruh.

Memasuki tambahan masa babak pertama, Mohammed Waad Albayati menafikan peluang Jordan menyamakan kedudukan di lewat permainan selepas rembatan Al-Tamari yang menerima hantaran lintang Olwan terkena badannya.

Bersambung babak kedua, The Chivalrous bermula garang apabila melancarkan serangan bertali arus yang menyaksikan Barsham bertindak cemerlang menyelamatkan tiga percubaan berbahaya berturut-turut menerusi Haddad, Yazan Al-Arab dan Al-Tamari.

Namun, penjaga gol Al Sadd berusia 26 tahun itu akhirnya bolos apabila Al-Naimat berjaya melepasi kawalan pertahanan Qatar untuk menerima bola hantaran lambung dari sebelah kanan Haddad dengan baik sebelum melepaskan rembatan kaki kiri pada minit ke-67.

Enam minit kemudian, Afif kembali meletakkan Qatar di depan apabila menyempurnakan penalti selepas pengadil Ma Ning yang meneliti Video Bantuan Pengadil (VAR) di tepi padang mengesahkan berlaku kekasaran selepas Ismaeel Mohammad dijatuhkan Mahmoud Almardi.

Pengadil dari China itu sekali lagi bergantung kepada
VAR untuk menentukan penalti ketiga Qatar selepas Abulaila didapati menjatuhkan Afif sebelum penyerang dengan gaya rambut mencuri tumpuan itu sekali lagi meledak jaringan pada minit ke-90+5 untuk melengkapkan hatrik.

Tiga jaringan Afif malam tadi membolehkan beliau mengumpul keseluruhan lapan gol untuk dinobatkan sebagai penjaring terbanyak kejohanan dengan memintas pemain Iraq, Aymen Hussein yang mengumpul enam gol, selain turut membawa pulang Anugerah Pemain Paling Bernilai (MVP) kejohanan.

Perlawanan itu turut disaksikan Emir Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani dan Presiden Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) Gianni Infantino. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 10 bulan yang lalu

Tiba Masanya Dunia Bertindak, Tamatkan Hubungan Diplomatik Dengan Zionis - Anwar

2

Ekonomi 2 tahun yang lalu

Malaysia Tarik Pelabur Pada Forum Ekonomi Qatar

3

Sukan 2 tahun yang lalu

Terbuka Jerman: Eain Yow Raih Gelaran Sulung Jelajah Dunia Di Hamburg

4

Sukan 2 tahun yang lalu

Hon Jian-Haikal Ungguli Orleans Masters 2024

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Rogol, Samun Remaja 15 Tahun, Mekanik Dipenjara 20 Tahun, 7 Sebatan

oleh Sophia Ahmad

Sukan 1 hari yang lalu

Sepanyol Tamatkan Penguasaan Argentina, Julang Piala Dunia Buat Kali Kedua 

oleh Sophia Ahmad

Politik 12 jam yang lalu

‘Tak Perlu Letak Jawatan, PM Miliki Kuasa Mutlak Jika Ada Keraguan’ - Zahid Hamidi

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Subahat Kes Rasuah RM2.8 Juta, Zizie Izette Bebas Dan Lepas Dari 3 Pertuduhan 

oleh Sophia Ahmad