Berita Terkini

4 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 6 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Piala Asia 2023 Pecah Rekod Jumlah Kehadiran Penonton

Sukan Dikemaskini 2 bulan yang lalu ยท Diterbitkan pada 30 Jan 2024 3:09PM

gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

DOHA - Kejohanan Piala Asia 2023 melakar rekod baharu dengan jumlah kehadiran 1.06 juta peminat bola sepak apabila 63,753 penonton menyaksikan kemenangan juara bertahan Qatar 2-1 menentang Palestin pada pertembungan pusingan 16 di Stadium Al Bayt di Al Khor, malam ini (awal pagi waktu Malaysia).

Angka menakjubkan itu mengatasi rekod kehadiran sebelum ini iaitu 1.04 juta yang dicatatkan semasa edisi 2004 di China.

Mengulas mengenai pencapaian itu, Setiausaha Agung Persekutuan Bolasepak Asia (AFC), Datuk Seri Windsor John berkata, sejak awal lagi, sudah jelas bahawa edisi Piala Asia ke- 18 di sini bakal menjadi edisi paling mudah diakses dan menarik dalam sejarah kejohanan itu.

"Bola sepak mempunyai kuasa yang tidak disangkal lagi dalam menyatukan masyarakat dan tiada tempat selain Qatar menjadi pentas paling berprestij di Asia. Pencapaian ini ialah satu penghormatan kepada peminat yang penuh semangat dan rakan daripada Persatuan Bolasepak Qatar dan Jawatankuasa Penganjur Tempatan (LOC) Piala Asia 2023.

"AFC ingin merakamkan ucapan terima kasih yang amat mendalam kepada semua pihak berkepentingan dan rakyat Qatar atas layanan dan keramahan mereka yang tiada tandingan," katanya dalam kenyataan.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif LOC Piala Asia 2023, Jassim Al Jassim berkata, kehadiran penonton yang memecahkan rekod itu ialah bukti keupayaan Qatar menjadi tuan rumah acara sukan berkelas dunia.

"Sekali lagi, Qatar telah mengesahkan tempatnya sebagai ibu negara sukan global. Infrastruktur moden dan pengalaman operasi membolehkan kami memberikan satu lagi kejohanan yang mudah diakses dan menarik dari segi budaya ke standard tertinggi.

"Kami gembira dapat mencatat rekod seawal ini dalam kejohanan. Berbaki 11 lagi perlawanan, ia bakal menawarkan aksi menarik dengan banyak pasukan mempamerkan persembahan luar biasa," katanya.

Selepas 40 perlawanan, Piala Asia 2023 yang turut melepasi penglibatan digital sebanyak 1.5 bilion baru-baru ini, kini berada di kedudukan kedua dalam carta purata kehadiran dengan 26,672 peminat datang menyaksikan setiap perlawanan.

Pencapaian terbaharu itu adalah kejayaan kali kedua di Qatar dari segi kehadiran selepas 82,490 penonton menempa rekod baharu pada perlawanan pembukaan dalam sejarah Piala Asia apabila tuan rumah menewaskan Lubnan 3-0 di Stadium Lusail pada 12 Januari. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Sukan 2 bulan yang lalu

Afif Lakar Hatrik Penalti Bantu Qatar Pertahankan Kejuaraan Piala Asia 2023

2

Sukan 2 bulan yang lalu

Antara Qatar Dan Jordan, Siapa Bakal Bergelar Raja Asia

3

Sukan 2 bulan yang lalu

Jordan Sedia Hadapi Masa Tambahan, Penalti Dengan Korea Selatan

4

Sukan 3 bulan yang lalu

Kekecewaan Di Qatar Batu Loncatan Harimau Malaya Menuju Kejayaan

Sorotan

1

Piala Thomas: Malaysia Benam Algeria 5-0 Untuk Tempah Slot Suku Akhir

2

Akta Keselamatan Kesihatan Pekerja (Pindaan) 2022 Berkuat Kuasa 1 Jun

3

Pakar Ekonomi Sabut Baik Penubuhan Akaun Ketiga KWSP

4

Kempen PRK KKB: Semua Pihak Diingatkan Tidak Sentuh Isu 3R - Fahmi

5

Genting Malaysia Nafi Babit Bincang Mengenai Kasino Di Forest City

6

Akta Laut Wilayah Masih Sah, Terpakai Termasuk Di Terengganu - PMO

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PM Akan Hadir Forum Ekonomi Dunia Di Riyadh Dalam Lawatan Kerja

Sukan 1 hari yang lalu

Lagenda Liverpool Memenangi Battle Of The Reds

oleh Manvir Victor

Semasa 14 jam yang lalu

SPRM Siasat Pemimpin Kanan Disyaki Lantik Syarikat Berkepentingan

Semasa 1 hari yang lalu

Kerajaan Tidak Bercadang Gantung Sementara Perkhidmatan Helikopter Jenis Fennec, HOM