web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 7 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kekecewaan Di Qatar Batu Loncatan Harimau Malaya Menuju Kejayaan

Sukan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Jan 2024 12:11PM

Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia, Datuk Hamidin Mohd Amin. gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

DOHA - Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin menyeru semua pihak berhenti menuding jari dan melihat prestasi kurang memberangsangkan skuad Harimau Malaya bimbingan Kim Pan Gon pada Piala Asia 2023 dari sudut yang positif.

Hamidin berkata, menjadi lumrah dalam bola sepak ada kalanya pasukan terpaksa menelan kepahitan mengalami kekalahan, dan kekecewaan dialami itu perlu diurus dengan baik untuk bangkit lebih cemerlang.

"Dalam bola sepak bukan boleh menang sepanjang masa, ada masa kita kalah dan kita perlu bangkit balik. Apabila kalah ia menjadi satu pengalaman dan kita perlu bangkit balik, kita kena kerja (lebih) kuat. Saya bagi tahu semua pemain dan Kim Pan Gon, apabila kalah jangan salahkan siapa-siapa.

"Dalam bola sepak bila kalah pasti ada kelemahan tapi kita lihat secara keseluruhan... media, penyokong perlu beri sokongan untuk pasukan jadi kuat balik. Ini bukan pasukan saya, pasukan untuk semua rakyat Malaysia," katanya pada sidang media rangkuman prestasi skuad Harimau Malaya di sini.

Hamidin turut menjadikan dua gergasi Asia iaitu Jepun dan Korea Selatan yang masing- masing turut mengalami kekalahan serta hampir ditewaskan pada kempen kali ini sebagai contoh bagi menyokong kenyataan beliau.

Pada masa sama, Hamidin tidak menganggap penampilan pasukan negara pada Piala Asia kali ini sebagai kegagalan apabila menamatkan saingan Kumpulan E di posisi paling bawah dengan mengumpul satu mata, sekali gus tidak layak ke pusingan 16 terbaik.

"Saya tak katakan ini satu kegagalan, kita (kembali) berada di pentas ini setelah sekian lama dan banyak pengalaman yang pasukan dapat belajar di sini dan para pemain pun sedar kita perlu terus perbaiki mutu permainan," katanya.

Pada Piala Asia 2023 di sini, Malaysia mengalami kekalahan masing-masing 0-4 di tangan Jordan dan 0-1 kepada Bahrain sebelum menampilkan persembahan menakjubkan dengan mencatat keputusan seri 3-3 menentang juara dua kali Korea Selatan.

Dalam pada itu, beliau berkata, pascanilai akan dilakukan bagi melihat secara mendalam berkaitan kelemahan dan aspek penambahbaikan bagi memastikan pasukan negara berada pada tahap terbaik sebelum menyambung kempen pusingan Kelayakan Piala Dunia 2026/ Piala Asia 2027, Mac ini.

Hamidin berkata, FAM dan Pan Gon telah berbincang untuk menghantar pasukan menjalani kem latihan pusat bersama beberapa siri aksi persahabatan sama ada di dalam ataupun di luar negara dengan antara pilihan lokasi adalah di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Beliau berkata ia sebagai usaha memastikan kecergasan pemain negara berada pada tahap terbaik memandangkan mereka terpaksa menunggu hingga Mei depan apabila saingan Liga Malaysia kembali berlangsung untuk beraksi secara kompetitif.

"Sekarang kita sudah ada enam mata daripada dua perlawanan dan ada lagi baki empat perlawanan, jadi kita tak boleh terlepas peluang untuk mencipta sejarah ke pusingan ketiga (kelayakan Piala Dunia 2026) dan menjadi 18 pasukan menempah tiket awal ke Arab Saudi (Piala Asia 2027).

"Persiapan untuk perlawanan Mac ini sangat penting, mereka tengah berusaha untuk dapatkan perlawanan di Malaysia ataupun di luar sebelum ke Oman," kata Hamidin.

Malaysia ketika ini berada di landasan tepat untuk layak buat kali pertama ke pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia yang menyaksikan pasukan negara kini mendahului saingan Kumpulan D dengan enam mata selepas menewaskan Kyrgyzstan 4-3 dan Taiwan 1-0, November lalu.

Pasukan negara dijadualkan bertemu Oman di Muscat pada 21 Mac dan menjadi tuan rumah kepada pasukan itu pada 26 Mac, diikuti Kyrgyzstan di Bishkek pada 6 Jun sebelum menjadi tuan rumah kepada Taiwan pada 11 Jun.

Dalam perkembangan berasingan, Hamidin menafikan dakwaan segelintir pihak bahawa masih wujud 'tangan ghaib' yang mengganggu-gugat pasukan negara terutama pada kempen Piala Asia di sini. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 10 bulan yang lalu

Tiba Masanya Dunia Bertindak, Tamatkan Hubungan Diplomatik Dengan Zionis - Anwar

2

Sukan 1 tahun yang lalu

Harimau Malaya Juara Pestabola Merdeka 2024, Atasi Lubnan 1-0

3

Sukan 2 tahun yang lalu

Harimau Malaya Daki 3 Anak Tangga Ranking FIFA

4

Sukan 2 tahun yang lalu

Kyrgyzstan Lebur Harapan Harimau Malaya

Sorotan

1

PRU: ‘Tiada Perbincangan Setakat Ini’ - Zahid

2

Sultan Terengganu Dalam Keadaan Sihat, Teruskan Rawatan Susulan Di Luar Negara 

3

‘BN, PN, Sila Hentikan Retorik Perkauman; Tumpu Politik Berasaskan Isu’ - DAP

4

Kanak-Kanak Autistik Maut Terjatuh Dari Tingkat 13

5

PM Pertahan Subsidi RON 95, Kerajaan Tanggung Kenaikan Kos Bahan Api Global 

6

187 Jenis Ubat Berisiko Tinggi, Jumlah Stok Kurang 60 Hari - MOH

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PM Pertahan Subsidi RON 95, Kerajaan Tanggung Kenaikan Kos Bahan Api Global 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Pemerasan RM2 Juta, 12 Pegawai Dan Anggota Polis Ditahan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

2 Remaja Perempuan Maut: Mayat Ditemui Selepas Dicari Keluarga

oleh Sophia Ahmad

Sukan 14 jam yang lalu

F1 GP Bahrain: Malaysia Bakal Jadi Tuan Rumah Di Litar Sepang - PM 

oleh Sophia Ahmad