web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Arab Saudi Keluarkan Fatwa Haramkan Tunai Haji Tanpa Permit

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Apr 2024 12:19PM

oleh

Fida Ruzki

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Majlis Ulama Kanan Arab Saudi mengeluarkan fatwa pada Jumaat, mengharamkan jemaah yang mahu menunaikan ibadah berkenaan tanpa mendapatkan permit terlebih dahulu.

Majlis berkenaan dalam satu kenyataan media pada Jumaat, menekankan kepentingan memperolehi permit berkenaan sebagai simbol komitmen tidak berbelah bahagi serta kebertanggungjawaban terhadap perjalanan menunaikan ibadah berkenaan.

Kenyataan itu menyebut, memperoleh permit haji bukan sekadar obligasi perundangan ia bahkan satu tindakan pematuhan terhadap undang-undang yang ditentukan pemerintah.

Katanya, mereka yang menghormati akauntabiliti undang-undang ini bukan sahaja akan mengelakkan kesan undang-undang tetapi juga diberi ganjaran sewajarnya, bukti keimanan dan ketaatan mereka, sekali gus menjadi motivasi dan dorongan kepada bakal jemaah haji.

“Menjalani ibadah haji tanpa permit bukan saja mendatangkan bahaya kepada keselamatan anda malah mendatangkan risiko besar kepada sesama jemaah haji,

“Tindakan sedemikian tidak selaras dengan undang-undang syariah dan dianggap melanggar arahan yang dikeluarkan demi kebaikan awam.

“Kami menggesa anda untuk menghormati peraturan itu dan memastikan ibadah yang selamat untuk semua,” katanya yang menekankan bahawa menunaikan haji tanpa permit akan mendapat kutukan Allah.

Kenyataan itu menyebut, garis panduan dan peraturan yang diwujudkan dengan teliti oleh kerajaan Arab Saudi menunjukkan komitmennya untuk memastikan pengurusan jemaah haji, umrah dan pelawat yang lancar.

Katanya, langkah berkenaan dirangka dengan penuh teliti, bertujuan memudahkan pergerakan jemaah dan menjamin keselamatan mereka sepanjang perjalanan spiritual itu, memberikan rasa jaminan dan perlindungan.

“Objektif utama meregulasi ibadah haji adalah untuk memperkemas proses, mewajibkan pemerolehan permit melalui prosedur yang ditetapkan.

“Permit ini melangkaui dokumentasi semata-mata; ia merangkumi perjanjian suci antara jemaah haji dan kewajipan agama mereka,” katanya.

Majlis itu berkata, permit haji bukan sekadar dokumen sebaliknya sudah berakar umbi dalam undang-undang Islam, kerana ia adalah komponen penting dalam memudahkan ibadat dan ritual yang berkaitan dengan haji. – Getaran, 28 April 2024

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

Najib Jalani Prosedur Jantung Minggu Depan 

oleh Wartawan Getaran

Politik 1 hari yang lalu

‘Saya Tak Lari, Keputusan Bertanding Di Linggi Pilihan Sendiri’ - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

oleh Sophia Ahmad