web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Hantaran Isu Kasino Forest City, Chegu Bard Ditahan Polis

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Apr 2024 1:00PM

Chegu Bard. - gambar media sosial

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Aktivis, Chegu Bard ditahan polis malam tadi, dikatakan susulan satu hantaran beliau di media sosial mengenai projek kasino di Forest City, Johor Bahru.

BH Online, yang memetik peguam Rafique Rashid, melaporkan, Ahli Jawatankuasa Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu ditahan di kawasan Rehat dan Rawat (RNR) Tapah, Perak kira-kira jam 7 malam tadi, sebelum dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di sini.

Beliau yang mewakili Chegu Bard atau nama sebenarnya Badrul Hisham Shaharin, berkata anak guamnya kini ditahan di IPD Dang Wangi, berhubung satu hantaran yang dibuatnya di Facebook.

"Chegu Bard kini ditahan di IPD Dang Wangi. Tangkapan terkait dengan posting dalam Facebook beliau berkaitan kasino Forest City yang dilaporkan oleh Bloomberg.

"Siasatan dilakukan mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya dalam satu kenyataan.

Rafique berkata, pihak polis memohon reman pagi tadi yang didengar majistret di IPD Dang Wangi.

Chegu Bard sebelum ini didakwa menyindir Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melalui satu hantaran di Facebook, mengenai hub kewangan yang akan dibina di Forest City, Johor Bahru.

Beliau juga didakwa berterima kasih kepada agensi berita Business Times Singapore dan Bloomberg kerana laporan berkenaan

Susulan dakwaan berkenaan, Perdana Menteri, Anwar, Berjaya dan Genting Malaysia yang dikaitkan dengan kasino berkenaan, menafikan laporan Bloomberg, selain menggesa tindakan diambil terhadap syarikat media terbabit berhubung laporan itu.

Bloomberg melaporkan, Anwar menemui pengasas Berjaya Corporation Bhd, Tan Sri Vincent Tan dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan Genting, Tan Sri Lim Kok Thay untuk membincangkan lesen kasino bagi Forest City minggu lalu. – Getaran, 28 April 2024

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Singapura 10 jam yang lalu

Singapura: Ketua Hakim Negara Sundaresh Menon Bersara Feb 2017, Hakim Sushil Nair Jadi Pengganti

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

‘Saya Tak Lari, Keputusan Bertanding Di Linggi Pilihan Sendiri’ - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Jadi Tonto Ah Long, 2 Lelaki Dipenjara 18 Bulan, Denda RM20,000

oleh Sophia Ahmad