web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Keputusan Seri Dengan Korea Selatan Tidak Dapat Padam Kekecewaan Kami - Faisal Halim

Sukan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Jan 2024 9:33AM

Sebahagian penyokong Harimau Malaya yang memenuhi Stadium Al Janoub, Doha bagi menyaksikan perlawanan antara Malaysia dan Korea Selatan, semalam. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

DOHA - Pemain sayap sensasi skuad Harimau Malaya, Mohamad Faisal Abdul Halim berkata, kekecewaan gagal layak ke pusingan 16 terbaik saingan Piala Asia tidak terubat dengan kejayaan mengikat Korea Selatan 3-3 malam tadi.

Mohamad Faisal atau lebih dikenali Faisal Halim berkata, walaupun pasukan gembira dengan keputusan berdepan juara dua kali itu di sebalik jurang besar dalam ranking dunia, namun mereka masih tidak dapat menerima dua kekalahan terdahulu.

"Kami tahu tak layak ke pusingan seterusnya, walaupun gembira dengan keputusan malam ini tetapi pemain-pemain tetap tak menerima kekalahan dalam dua aksi sebelum ini.

"Kami akan cuba bangkit untuk pusingan Kelayakan Piala Dunia 2026 (dan) sekurang- kurangnya dapat belajar daripada keputusan ini," katanya ketika ditemui selepas perlawanan menentang Korea Selatan pada aksi terakhir Kumpulan E di Stadium Al Janoub, di sini.

Mengulas mengenai perlawanan itu, beliau yang menjaringkan gol pertama Malaysia berkata, pasukan menyedari betapa sukar untuk mencuri mata.

Bagaimanapun, katanya, pendekatan diterapkan ketua jurulatih Kim Pan Gon dan kerja keras pemain sehingga penghujung permainan adalah elemen terpenting dalam kejayaan menghalang Korea Selatan daripada kemenangan.

"Kami memberikan segalanya, berlari mengejar bola tidak berhenti tetapi memang sukar lawan Korea Selatan, kita tutup ruang di sini mereka main di sebelah sana. Keletihan memang tak dapat digambarkan," kata pemain Selangor FC berusia 26 tahun itu.

Pada aksi malam tadi, pemain tengah Jeong Woo-yeong membuka tirai jaringan di separuh masa pertama sebelum Malaysia bangkit mendahului perlawanan selepas 17 minit separuh masa kedua bersambung menerusi gol Mohamad Faisal dan penalti Arif Aiman Mohd Hanapi.

Namun, Korea Selatan menyamakan kedudukan ketika berbaki 10 minit masa permainan sebenar hasil gol sendiri penjaga gol Ahmad Syihan Hazmi Mohamed sebelum mendahului 3- 2 menerusi penalti pemain bintang Tottenham Hotspur Son Heung-min pada masa tambahan.

Pemain gantian yang juga pemain naturalisasi Romel Morales muncul wira apabila menyumbat gol ketiga pasukan negara pada masa tambahan yang memasuki 15 minit untuk menghadiahkan satu mata kepada Malaysia pada kempen kali ini.

Hasrat Malaysia untuk mencipta sejarah layak ke pusingan 16 terbaik tidak kesampaian selepas tewas dalam dua aksi pertama Kumpulan E masing-masing tumpas 0-4 di tangan Jordan dan 0-1 kepada Bahrain, sekali gus menduduki tempat terakhir dengan mengumpul satu mata. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

3

Luar Negara 3 bulan yang lalu

Suspek Kes Pornografi Kanak-Kanak Diekstradisi Ke AS

4

Rencana 4 bulan yang lalu

Detik Malaysia Mendunia Telah Tiba, Kita Mampu Lakukan!

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 10 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad