web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Peruntukan Harimau Malaya Ke Piala Asia Hanya RM7 Juta - Hannah

Sukan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Jan 2024 8:24AM

Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh (tengah) ketika menyambut kepulangan pasukan Harimau Malaya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, semalam. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SEPANG - Peruntukan keseluruhan bagi menampung perbelanjaan skuad Harimau Malaya menghadapi kempen Piala Asia 2023 di Qatar hanya RM7 juta, kata Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh.

Beliau berkata, jumlah itu sememangnya kecil berbanding perbelanjaan negara lain dalam Kumpulan E seperti Bahrain, Korea Selatan dan Jordan untuk bersaing di pentas bola sepak tertinggi Asia itu.

Hannah berkata, berbanding Malaysia, Korea Selatan membelanjakan sebanyak RM94 juta, Jordan (RM23.5 juta) dan Bahrain (RM28.2 juta) bagi menghadapi kejohanan itu.

Justeru, katanya, peruntukan RM5 juta yang bakal disalurkan kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) seperti diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini, diperlukan badan induk itu demi pembangunan skuad bola sepak negara terutamanya Harimau Malaya.

"Jumlah RM5 juta ini hanya sebahagian sahaja daripada dana yang diperlukan FAM, ramai yang berpendapat durian runtuh untuk FAM, sebenarnya FAM perlukan lagi banyak dana. Kalau kita mahu Harimau Malaya berpeluang menang pada Piala Asia, kita perlu pastikan mereka mempunyai sumber untuk berlatih dan mempunyai pendedahan seperti pasukan lain.

"Saya harap semua faham, walaupun dana ini tidak begitu banyak tetapi ia sangat penting buat Harimau Malaya," katanya ketika hadir di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) malam tadi, bagi menyambut ketibaan pasukan Harimau Malaya dari Qatar.

Harimau Malaya menamatkan kempen Piala Asia 2023 dengan mencipta sensasi mengikat gergasi bola sepak Asia Korea Selatan, 3-3, pada perlawanan terakhir Kumpulan E di Stadium Al Janoub, Doha, pada Khamis.

Bagaimanapun, hasrat Malaysia untuk mencipta sejarah layak ke pusingan 16 terbaik tidak kesampaian selepas tewas dalam dua aksi pertama Kumpulan E iaitu 0-4 di tangan Jordan dan 0-1 kepada Bahrain, sekali gus menduduki tempat terakhir dengan mengumpul satu mata.

Terdahulu, Perdana Menteri mengumumkan bahawa kerajaan bersetuju untuk menyalurkan peruntukan RM5 juta kepada FAM bagi mengurus serta meningkatkan keupayaan skuad bola sepak kebangsaan.

Menurut Anwar, peruntukan berkenaan disalurkan dengan mengambil kira semangat juang tinggi pasukan Harimau Malaya pada saingan Piala Asia tersebut.

Sementara itu, Hannah mengingatkan orang ramai supaya menjadikan pencapaian Harimau Malaya yang mampu bersaing dengan pasukan gergasi Asia seperti Korea Selatan sebagai penanda aras dan mencetus kegemilangan buat generasi baharu sukan negara.

Sementara itu, Setiausaha Agung FAM, Datuk Noor Azman Rahman mengucapkan terima kasih kepada kerajaan khususnya kepada KBS atas peruntukan berkenaan. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 tahun yang lalu

Harimau Malaya Juara Pestabola Merdeka 2024, Atasi Lubnan 1-0

2

Sukan 1 tahun yang lalu

Isu Jin Wei: ‘Coach’ Nova Ada Komitmen Lain - Hannah Yeoh

3

Sukan 1 tahun yang lalu

Harimau Malaya Daki 3 Anak Tangga Ranking FIFA

4

Sukan 1 tahun yang lalu

Kyrgyzstan Lebur Harapan Harimau Malaya

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 15 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam