web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


‘Jangan Bersedih Pearly-Thinaah, Kamu Adalah ‘Olympian’ Dan Harapan Negara’ - Nicol 

Sukan Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Aug 2024 10:19AM

Pearly Tan dan M, Thinaah ditenangkan jurulatih mereka, Rexy Mainaky sebaik sahaja tewas dalam perlawanan separuh akhir semalam - Gambar Facebook

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kegagalan beregu wanita utama negara, Pearly Tan-M. Thinaah menghadirkan gangsa buat Malaysia tidak harus dianggap sebagai kegagalan.

Legenda Skuasy Negara, Datuk Nicol Ann David menerusi hantaran di Facebook berkata, Pearly dan Thinaah telah membuktikan mereka adalah pasukan sebenar yang mampu berdepan dengan setiap cabaran dan terus berjuang bagi mencapai matlamat.

Menurut beliau, walaupun kekalahan semalam perit untuk diterima, namun ia adalah proses yang perlu dilalui bagi membolehkan keduanya melihat semua perkara dari sudut pandang berbeza dan menghargai segala pencapaian dilakar selama ini.

“Saya harap saya mampu untuk menyatakan sesuatu bagi menaikkan semangat kamu berdua, namun saya cukup memahami betapa peritnya sebuah kegagalan.

“Saya harap saya mampu memberi nasihat tapi saya tahu, ia tidak akan mampu mengubati kekecewaan yang kamu berdua rasai ketika ini. Saya nampak kesedihan itu di mata kamu sejurus perlawanan berakhir dan saya amat mengerti, peritnya rasa apabila ditewaskan. Saya tahu bagaimana rasanya dan betapa sukar untuk melepaskan ia pergi,” katanya.

Nicol Ann David memeluk Pearly Tan dan M Thinaah sebaik tamat perlawanan separuh akhir semalam - Gambar Facebook
Nicol Ann David memeluk Pearly Tan dan M Thinaah sebaik tamat perlawanan separuh akhir semalam - Gambar Facebook

Timbalan Chef de Mission Malaysia untuk Paris 2024 itu berkata, banyak pihak tidak memahami kesukaran yang terpaksa ditempuh dua pemain itu di setiap peringkat dilalui, apatah lagi keduanya turut bergelut dengan masalah kecederaan dan kesihatan.

“Namun, apa yang saya kagumi ialah kami berdua saling menyokong dan percaya antara satu sama lain. 

“Pertandingan separuh akhir itu amat dahsyat dan kamu telah mengerahkan segala kudrat dan kemahiran yang ada demi melangkahkan kaki ke peringkat akhir. Saya tahu apa rasanya bermain bermati-matian tetapi kamu masih bertahan dan berjuang hingga ke akhirnya,” katanya.

Jelas Nicol, Pearly dan Thinaah telah mengukir sejarah sebagai beregu wanita pertama yang berjaya menjejakkan kaki ke pusingan separuh akhir di temasya Olimpik, walaupun berada di luar ranking Lapan Terbaik dunia. 

“Kamu membuatkan pasangan nombor satu dunia menggigil ketakutan dan berhasil menempatkan diri di kedudukan keempat.

“Ia satu perjalanan yang amat indah, menakjubkan dan kamu berdua melalui pelbagai cabaran sejak dua tahun lalu. Kamu adalah Olympian dan harapan buat negara,” katanya.

Nicol memberitahu, sikap terpuji Pearly dan Thinaah yang memeluk lawan dengan mesra dan hormat sebaik perlawanan separuh akhir itu tamat, mencerminkan peribadi mereka sebagai ahli sukan sebenar.

“Ia amat indah kerana dalam saat menyedihkan seperti itu, kamu masih mampu menonjolkan semangat kesukanan yang amat tinggi.

“Kamu berdua adalah legenda, kerana berjaya menunjukkan kepada seluruh rakyat Malaysia nilai terpuji yang kamu miliki dan untuk itu, saya amat berbangga," katanya.

Menerusi hantaran menyentuh hati itu, Nicol turut menzahirkan rasa terima kasih kepada Pearly dan Thinaah kerana menyuntik kegembiraan apabila menghasilkan mutu permainan yang amat cemerlang dan membanggakan.

“Saya amat berbangga melihat Malaysia memiliki dua individu contoh yang amat hebat.

“Saya sayangkan kamu berdua dan berharap kita boleh menangis serta ketawa bersama sambil mengingati detik ini sebagai satu peristiwa bersejarah untuk selama-lamanya,” katanya. 

Pearly-Thinaah terlepas peluang menggondol gangsa selepas tunduk kepada pasangan nombor empat dunia dari Jepun, Nami Matsuyama-Chiharu Shida 11-21, 11-21 dalam aksi penentuan pingat pada Sabtu. - Getaran, 4 Ogos 2024

Berita Berkaitan

1

Sukan 8 bulan yang lalu

Pearly Tan–Thinaah Rangkul Juara Kumamoto Masters, Pamer Aksi Penuh Dramatik

2

Sukan 3 tahun yang lalu

Khidmat Legenda Sukan Ditagih Bantu Atlet Buru Emas Pertama Olimpik

3

Sukan 3 tahun yang lalu

Jurulatih Indonesia Mohon Maaf Label Beregu Wanita Malaysia ‘Hitam Putih’

4

Sukan 3 tahun yang lalu

Azizulhasni, Nicol David Dan Chong Wei Gamatkan Suasana Penutup SUKMA Ke-20

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Politik 20 jam yang lalu

Pimpinan PH Melaka Undur Diri Daripada Kerajaan Negeri - Adly

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

Network School Forest City: Kerajan Johor Arah Tutup 1 Premis Langgar Peraturan

oleh Sophia Ahmad

Singapura 1 hari yang lalu

Singapura: Ketua Hakim Negara Sundaresh Menon Bersara Feb 2017, Hakim Sushil Nair Jadi Pengganti

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Najib Jalani Prosedur Jantung Minggu Depan 

oleh Wartawan Getaran