web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Jurulatih Indonesia Mohon Maaf Label Beregu Wanita Malaysia ‘Hitam Putih’

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Oct 2022 8:00PM

Eng Hian mengakui tidak berniat menyinggung perasaan kedua-dua pemain. - Gambar tangkap layar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jurulatih skuad badminton Indonesia, Eng Hian membuat permohonan maaf kepada pasangan beregu wanita negara, Pearly Tan dan M Thinaah berhubung kenyataan kurang menyenangkan di Terbuka Perancis 2022, kelmarin.

Jelas Hian, beliau sama sekali tidak berniat untuk menyinggung perasaan kedua-dua pemain itu.

“Dengan rendah hati, saya memohon maaf kepada Pearly Tan dan M Thinaah.

“Saya tidak berniat untuk menyinggung perasaan atau melakukan apa-apa untuk mengecewakan pemain Malaysia.

"Sekali lagi, dari lubuk hati saya, saya mohon maaf atas kata-kata itu,” katanya.

Video permohonan maaf itu dimuatnaik di akaun Twitter, Rubber Game Indonesia malam tadi.

Permohonan maaf tersebut dibuat selepas jurulatih berusia 45 tahun itu didengari menggunakan istilah ‘hitam dan putih’ bagi merujuk kepada Pearly-Thinaah ketika dia memberi arahan kepada pemainnya, Febriana Dwipuji Kusuma-Amalia Cahaya Pratiwi semasa rehat perlawanan.

Video itu yang tular di media sosial telah dirakam di televisyen semasa pusingan 16 Terbuka Perancis, kelmarin.

Eng Hian cukup dikenali kerana memenangi kejohanan utama dalam kategori beregu lelaki, kebanyakannya apabila dia bergandingan dengan Flandy Limpele antara tahun 1999 dan 2006.

Pasangan itu pernah memenangi pingat gangsa dalam temasya Sukan Olimpik Athens 2004.

Sementara itu, Pearly Tan-M Thinaah mara ke aksi separuh akhir Terbuka Perancis malam tadi, menewaskan pasangan nombor tiga dunia, Nami Matsuyama-Chiharu Shida dari Jepun 15-21, 21-14, 21-14 di Stade Pierre de Coubertin, Paris.

Pasangan tersebut akan menentang pemain Korea Selatan, Baek Ha Na-Lee So Hee, hari ini. – The Vibes, 29 Oktober 2022

Berita Berkaitan

1

Sukan 8 bulan yang lalu

Pearly Tan–Thinaah Rangkul Juara Kumamoto Masters, Pamer Aksi Penuh Dramatik

2

Sukan 1 tahun yang lalu

‘Jangan Bersedih Pearly-Thinaah, Kamu Adalah ‘Olympian’ Dan Harapan Negara’ - Nicol 

3

Politik 2 tahun yang lalu

Dewan Rakyat: Wan Saiful Mohon Maaf, Usul Gantung 6 Bulan Ditarik Balik

4

Sukan 2 tahun yang lalu

Solari, 6 Pemain Tinggalkan JDT

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 22 jam yang lalu

Anak Trauma Bapa Disambar Buaya Depan Mata

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

Network School Forest City: Kerajan Johor Arah Tutup 1 Premis Langgar Peraturan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

oleh Sophia Ahmad