web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Khidmat Legenda Sukan Ditagih Bantu Atlet Buru Emas Pertama Olimpik

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Mar 2023 9:25PM

Hannah Yeoh hari ini mengumumkan pembentukan pasukan projek RTG yang dianggap sebagai projek nasional dengan objektif menyelaras usaha negara dalam memburu pingat emas sulung di temasya Olimpik - Gambar oleh Abdul Razak Latif

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Penglibatan beberapa legenda sukan negara dalam projek “Road To Gold” (RTG) bertujuan membantu atlet dari aspek motivasi untuk mencapai matlamat merangkul pingat emas pertama Malaysia di Sukan Olimpik.

Bekas jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei yang dilantik sebagai ahli jawatankuasa projek RTG berkata antara peranan utamanya ialah memberi motivasi kepada para atlet dalam persediaan berjuang untuk membawa pulang kilauan emas di temasya sukan berprestij itu.

Pemenang pingat perak tiga kali Sukan Olimpik itu berkata bantuannya tidak hanya terarah kepada pemain badminton tetapi juga atlet lain seperti jaguh berbasikal trek Datuk Mohd Azizulhasni Awang dan ratu terjun Datuk Pandelela Rinong Pamg untuk beraksi pada tahap terbaik.

 Lee Chong Wei yang dilantik sebagai ahli jawatankuasa projek RTG berkata antara peranan utamanya ialah memberi motivasi kepada para atlet
Lee Chong Wei yang dilantik sebagai ahli jawatankuasa projek RTG berkata antara peranan utamanya ialah memberi motivasi kepada para atlet

“Kami (projek RTG) bukan satu-satunya bantuan untuk atlet dapatkan emas tetapi yang penting ialah diri sendiri, apa yang mereka mahukan dan apa yang diperlukan. Kami perlu pastikan mereka geram dan ‘lapar’ untuk dapatkan emas pertama.

“Jadi tugas saya ialah beri mereka motivasi dan persiapan yang terbaik sebelum ke Olimpik. Saya sudah beraksi di Olimpik empat kali dan saya mahu membantu atlet-atlet mendapat segala keperluan yang mereka mahukan,” katanya pada sidang media di Stadium Nasional di Bukit Jalil, di sini hari ini.

Selain Chong Wei, bekas kapten skuad hoki kebangsaan Datuk Mirnawan Nawawi dan legenda skuasy Datuk Nicol Ann David turut dilantik sebagai ahli jawatankuasa RTG.

Mirnawan berkata walaupun mempunyai sokongan dan bantuan dari segala aspek tetapi kemahuan atlet itu sendiri adalah penting iaitu mereka seharusnya ‘laparkan’ kejayaan.

“Kami akan melihat bagaimana kita dapat pastikan atlet berpotensi beraksi pada tahap terbaik,” katanya.

Sementara itu, Nicol mengakui berbangga dapat bersama-sama dalam membantu kontinjen negara meskipun beliau tidak pernah beraksi di pentas Olimpik susulan sukan skuasy tidak dipertandingkan.

Nicol Ann David mengakui berbangga dapat bersama-sama dalam membantu kontinjen negara meskipun beliau tidak pernah beraksi di pentas Olimpik susulan sukan skuasy tidak dipertandingkan
Nicol Ann David mengakui berbangga dapat bersama-sama dalam membantu kontinjen negara meskipun beliau tidak pernah beraksi di pentas Olimpik susulan sukan skuasy tidak dipertandingkan

“Walaupun saya tidak bertanding di Sukan Olimpik tetapi ini memang kebanggaan tertinggi untuk saya sebagai bekas atlet negara. Jadi kami sebagai bekas atlet tahu akan cabaran yang mereka akan hadapi dan persediaan sangat penting,” kata bekas pemain nombor satu dunia itu.

Terdahulu, Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh mengumumkan pembentukan pasukan projek RTG yang dianggap sebagai projek nasional dengan objektif menyelaras usaha negara dalam memburu pingat emas sulung di temasya Olimpik.

Jawatankuasa RTG dipengerusikan bersama oleh Yeoh dan Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) Tan Sri Mohamad Norza Zakaria sementara Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin sebagai Ketua Kontinjen ke Sukan Olimpik Paris 2024.

RTG akan memberi tumpuan kepada program persediaan atlet elit meliputi latihan harian, latihan di luar negara termasuk lebih banyak pendedahan kepada pertandingan dalam dan luar negara, penyediaan khidmat jurulatih, kakitangan sokongan, perkhidmatan sains sukan dan perubatan serta program bina diri. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 tahun yang lalu

Brunei Cipta Sejarah Raih Emas SUKMA Selepas 10 Tahun

2

Sukan 1 tahun yang lalu

‘Jangan Bersedih Pearly-Thinaah, Kamu Adalah ‘Olympian’ Dan Harapan Negara’ - Nicol 

3

Sukan 2 tahun yang lalu

Keresahan Chong Wei Ada Asas, Namun Tidak Cerminkan Prestasi Keseluruhan - Norza

4

Sukan 2 tahun yang lalu

AoV Intai Pentas Olimpik Selepas Cemerlang Di Sukan Asia

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Politik 22 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Saingan Bermula, Proses Penamaan Calon Mengambil Tempat

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ambil Ubat Tertentu Untuk Jangka Masa Panjang? Hati-Hati Dengan Pendarahan Dalaman Serius 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

Network School Forest City: Kerajan Johor Arah Tutup 1 Premis Langgar Peraturan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

oleh Sophia Ahmad