web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Brunei Cipta Sejarah Raih Emas SUKMA Selepas 10 Tahun

Sukan Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Aug 2024 8:16AM

Atlet wushu Brunei, Walid Lachkar. – Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUCHING – Atlet wushu Walid Lachkar mengukir sejarah tersendiri apabila muncul penyumbang pingat emas pertama kontinjen Brunei di Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 selepas kali terakhir memenanginya pada edisi 2014 di Perlis.

Pada SUKMA 2014, Brunei membuat kejutan apabila memenangi pingat emas menerusi Md Izzuddin Irfan Md Faizal dalam acara kumite lelaki lebih 84 kilogram (kg), menewaskan wakil Johor Julius Goh 9-2.

Walid, 19, tampil dengan gerakan tangkas dan kemas dalam acara daoshu di Dewan Wushu SSC di sini, berjaya memikat hati juri untuk menghadiahkan mata tertinggi 9.613 mengetepikan 18 peserta lain sekali gus mengesahkan kemenangan bersejarah buat Brunei.

Lebih manis, pingat emas yang diraih semalam adalah yang pertama buat kem wushu Brunei di pentas SUKMA.

“Sudah tentu saya sangat gembira kerana bukan saja menang emas pertama Brunei di SUKMA 2024 tapi juga dalam skuad wushu Brunei di SUKMA.

“Memandangkan wushu acara pertama kami, saya berharap acara lain juga akan beraksi dengan baik begitu juga untuk rakan sepasukan saya yang akan turun bertanding esok (Jumaat). Saya juga berharap semua atlet Brunei menunjukkan prestasi terbaik mereka,” katanya kepada Bernama di sini.

Pingat perak acara itu menjadi milik atlet Melaka, Ronn Lee yang meraih 9.593 mata dan Kwan Yin Jie dari Wilayah Persekutuan memperoleh gangsa selepas mengutip 9.590 mata.

Brunei merupakan kontinjen jemputan dalam temasya sukan dwitahunan kebangsaan yang memasuki edisi ke-21 kali ini.

Sementara itu, atlet Melaka Wong Kai Xin merangkul emas acara daoshu wanita dengan kutipan mata 9.600 diikuti wakil Pulau Pinang Coleen Cheah Weiqi yang meraih perak (9.586 mata) dan Lee Jia Rong dari Johor memungut 9.520 mata untuk gangsa.

Wushu, sukan yang menggabungkan elemen seni mempertahankan diri dan estetika pergerakan menawarkan keseluruhan 28 pingat emas sepanjang tiga hari pertandingan bermula Rabu. – BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Sultan Brunei Stabil, Perlukan Pemantauan

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Kunjungan Putera Mahkota Petanda Hubungan Kukuh Malaysia-Brunei - PM

3

Sukan 1 tahun yang lalu

Ibu Minat Filem Kung Fu Dorong Muhammad Danish Ceburi Wushu

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Atlet Silat SUKMA Terengganu Maut Terkena Sepakan Lawan

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Gaji Semasa: Hanya 49 peratus Pekerja Malaysia Berpuas Hati 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Jadi Tonto Ah Long, 2 Lelaki Dipenjara 18 Bulan, Denda RM20,000

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Ambil Ubat Tertentu Untuk Jangka Masa Panjang? Hati-Hati Dengan Pendarahan Dalaman Serius 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

oleh Sophia Ahmad