web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Ibu Minat Filem Kung Fu Dorong Muhammad Danish Ceburi Wushu

Sukan Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Aug 2024 6:43PM

Muhammad Danish Aizad Mohd Firdaus Chua - Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUCHING - Atlet wushu Pulau Pinang Muhammad Danish Aizad Mohd Firdaus Chua melakar sejarah tersendiri selepas memenangi dua pingat emas Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 yang menjadi penampilan terakhirnya di temasya sukan dwitahunan itu.

Muhammad Danish yang merupakan pemenang pingat emas Kejohanan Remaja Dunia 2018 dalam acara gunshu berkata perjalanannya dalam dunia wushu bermula seawal usia enam tahun.

Beliau berkata minat terhadap sukan yang menggabungkan elemen seni mempertahankan diri dan estetika pergerakan itu tercetus disebabkan minat ibunya yang gemar menonton filem kung fu.

"Saya mula menceburi wushu pada 2010, ketika itu saya berusia enam tahun, sebab masuk wushu (ketika itu) sebab emak suka tengok filem kung fu, jadi ayah bawa saya masuk (mendaftar dalam sukan itu).

"Pada mulanya saya tak tahu wushu ini apa, tetapi selepas menceburinya ayah dan jurulatih nampak ada potensi, jadi saya teruskan," katanya kepada Bernama selepas majlis penyampaian pingat sukan wushu di Dewan Wushu SSC, Petra Jaya di sini hari ini.

Terdahulu, saingan final gunshu lelaki menyaksikan Muhammad Danish mempamerkan persembahan terpuji untuk mengesahkan emas peribadi keduanya selepas meraih mata tertinggi dalam kalangan 18 peserta dengan kutipan mata 9.620.

Pingat perak acara itu menjadi milik Ericsson Bong Cheng Loong dari Sabah yang mengumpul 9.590 mata manakala atlet Melaka Ronn Lee terpaksa berpuas hati dengan gangsa selepas mencatatkan 9.576 mata.

Rabu lepas, atlet berusia 20 tahun itu akhirnya boleh menarik nafas lega apabila memenangi emas pertamanya di SUKMA selepas mengungguli acara changquan.

Dalam pada itu, anak bongsu daripada tiga beradik itu menyifatkan kejayaan itu merupakan detik paling manis buat dirinya yang sebelum ini pernah menyertai dua edisi SUKMA, namun kali ini berjaya mencapai puncak tertinggi dalam karier.

"Saya sangat gembira dan bersyukur dengan kejayaan ini. Pingat emas ini saya dedikasikan kepada emak, ayah, jurulatih, serta pihak ISN (Institut Sukan Negara) dan MSN (Majlis Sukan Negara) yang sentiasa menyokong saya," katanya dengan penuh emosi selepas kemenangan itu.

Selepas ini, Muhammad Danish berharap mampu menembusi skuad senior kebangsaan demi terus mengharumkan nama negeri dan negara di pentas lebih berprestij antaranya kejohanan dunia dan temasya Sukan Asia.

SUKMA kali ini merupakan penampilan ketiga Muhammad Danish selepas meraih satu perak pada edisi 2018 di Perak, serta masing-masing satu perak dan gangsa pada 2022 di Kuala Lumpur. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 tahun yang lalu

Sukma 2024: 'Ibu Segala Pingat' Milik Wilayah Persekutuan

2

Sukan 1 tahun yang lalu

Muhammad Izzan Menang Emas Angkat Berat, Pecah Rekod Kebangsaan 'Clean & Jerk'

3

Sukan 1 tahun yang lalu

Formasi Dron, Pancaran Laser Warnai Perasmian Gilang-Gemilang SUKMA 2024

4

Sukan 1 tahun yang lalu

SUKMA 2024: Sarawak Terus Cemerlang, Dahului Carta Kutipan Pingat

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Jadi Tonto Ah Long, 2 Lelaki Dipenjara 18 Bulan, Denda RM20,000

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Saingan Bermula, Proses Penamaan Calon Mengambil Tempat

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gaji Semasa: Hanya 49 peratus Pekerja Malaysia Berpuas Hati 

oleh Sophia Ahmad