web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Formasi Dron, Pancaran Laser Warnai Perasmian Gilang-Gemilang SUKMA 2024

Sukan Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Aug 2024 8:28AM

Persembahan bunga api memeriahkan upacara perasmian temasya SUKMA Sarawak 2024. – Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUCHING – Pertunjukan dron bercahaya dan pancaran laser pelbagai warna di dalam Stadium Sarawak malam tadi memukau kira-kira 40,000 hadirin yang menyaksikan upacara pembukaan gilang-gemilang Sukan Malaysia (SUKMA) 2024.

Perjalanan SUKMA 2024 yang membuka tirai secara rasmi hari ini hingga 24 Ogos digambarkan menerusi formasi dron bercahaya yang membentuk pelbagai tulisan seperti ‘SUKMA Sarawak’, ’SUKMA XII’, ‘Semangat Perpaduan Membara’ dan 'I Love Malaysia'.

Bersesuaian dengan lagu tema iaitu ‘SUKMA Sarawak Kesukanan Dalam Perpaduan’, persembahan tradisional etnik kreatif Segulai Sejalai turut menyerikan upacara pembukaan temasya dwitahunan kebangsaan itu.

Walaupun kemuncak perasmian oleh Yang Dipertua Negeri, Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar hanya bermula pada 9.45 malam, orang ramai mulai membanjiri stadium seawal 5 petang bagi bersama-sama menyaksikan pembukaan temasya dwitahunan kebangsaan itu yang kembali ke Bumi Kenyalang selepas lapan tahun.

Selepas ketibaan Wan Junaidi dan isteri Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi pada 8.30 malam, Stadium Sarawak terus bergema dengan persembahan pembukaan yang menampilkan kepelbagaian kaum dan tradisi negeri ini antaranya paluan kompang hadrah dan gendang serta tarian singa di bawah seliaan Majlis Seni Sarawak.

Turut hadir Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg; kedua-dua Timbalan Premier, Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Datuk Amar Dr Sim Kui Hian; Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh; menteri-menteri Persekutuan dan negeri serta ketua-ketua Menteri dan menteri-menteri besar. 

Perarakan masuk 15 kontinjen bertanding didahului kontinjen Jalur Gemilang daripada Batalion ke-11 Rejimen Askar Melayu Diraja dan Markas 1 Divisyen Infantri Malaysia diketuai Pegawai Waran II Wan Mohd Razmie Wan Hasan.

Upacara menaikkan bendera SUKMA malam ini diiringi dengan petikan piano mengalunkan lagu tema ‘SUKMA Sarawak’ sebelum diteruskan dengan bacaan ikrar diketuai atlet terjun Sarawak Enrique Maccartney Harold. 

Malam perasmian turut diserikan dengan persembahan daripada artis terkemuka tanah air Faizal Tahir, Jaclyn Victor dan Marsha Milan.

Melengkapkan upacara malam ini penyalaan obor oleh ratu terjun negara, Datuk Pandelela Rinong sebagai simbolik temasya SUKMA 2024 dibuka secara rasmi. 

Upacara menyalakan obor kejohanan oleh Penerjun Negara Pandelela Rinong.
Upacara menyalakan obor kejohanan oleh Penerjun Negara Pandelela Rinong.

Terdahulu, kemunculan replika burung kenyalang yang terbang di ruang udara Stadium Sarawak mengiringi larian obor oleh  peninju sensasi Sarawak Daeloniel Mcdelon Bong atau dikenali Kilat Boy menuju ke pentas kawah api.

Beliau kemudian menyerahkan obor kepada barisan atlet kelahiran Sarawak yang disambut Ramliee Ahmad (silat), (Watson Nyambek (olahraga), Dieung Manggang (renang), Abang Erdie Fazerul Abang Pauzan (pencak silat), Daniel Bego (renang), Bryan Nickson Lomas (terjun), Gracie Junita (terjun), Elizabeth Jimie (renang), Traisy Vivien Tukiet (terjun), Ashley Lau (golf) dan Bertrand Rhodict Lises (terjun) sebelum Pandelela.

Pandelela merupakan pemenang pingat gangsa acara 10 meter (m) platform individu Sukan Olimpik 2012 dan pingat perak bergandingan dengan Cheong Jun Hoong dalam acara 10m platform seirama di Rio 2016.

Stadium Sarawak bermandi cahaya dengan pertunjukan bunga api yang mengakhiri upacara pembukaan itu.

SUKMA 2024 menawarkan 488 pingat emas dalam 37 jenis sukan dengan kesemua acara berlangsung di 50 venue pertandingan dan lebih 12,000 atlet dari seluruh Malaysia termasuk Brunei.

Ikuti liputan komprehensif menerusi laman web khas sukma.bernama.com yang menyajikan berita berkaitan perkembangan semasa kontinjen negeri dan pencapaian mahupun cerita-cerita menarik atlet terlibat dalam temasya sukan itu.

Laman web dwibahasa itu juga memaparkan keputusan terkini selain galeri foto, video, carta pungutan pingat dan fakta menarik penganjuran SUKMA yang memasuki edisi ke-21. – BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 tahun yang lalu

Sukma 2024: 'Ibu Segala Pingat' Milik Wilayah Persekutuan

2

Sukan 1 tahun yang lalu

Muhammad Izzan Menang Emas Angkat Berat, Pecah Rekod Kebangsaan 'Clean & Jerk'

3

Sukan 1 tahun yang lalu

SUKMA 2024: Sarawak Terus Cemerlang, Dahului Carta Kutipan Pingat

4

Sukan 1 tahun yang lalu

Ibu Minat Filem Kung Fu Dorong Muhammad Danish Ceburi Wushu

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Politik 5 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 6 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Saingan Bermula, Proses Penamaan Calon Mengambil Tempat

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

Anak Trauma Bapa Disambar Buaya Depan Mata

oleh Sophia Ahmad