web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


AoV Intai Pentas Olimpik Selepas Cemerlang Di Sukan Asia

Sukan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Sep 2023 5:40PM

Pasukan e-sukan Malaysia Arena of Valor (AoV) bersama pingat perak yang dimenangi mereka. gambar Majlis Sukan Negara

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

HANGZHOU - Setelah meraih pingat perak di temasya Sukan Asia, pasukan e-sukan Malaysia Arena of Valor (AoV) berharap acara e-sukan akan dipertandingkan di pentas Olimpik pada masa akan datang.

E-sukan yang mempunyai jumlah peminat ramai dalam kalangan anak muda dan hadiah wang tunai lumayan dipertaruhkan dalam pertandingan sehingga mencecah jutaan USD, namun tidak tersenarai dalam Olimpik Paris 2024, namun berharap dapat dipertandingan di Los Angeles 2028 atau Brisbane 2032.

Pengurus pasukan Malaysia, Wong Kang Woon berkata, e-sukan tidak boleh dipandang rendah kerana Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) dan penganjur yang mahu menarik minat generasi muda dengan menyenaraikan sukan baharu di Olimpik.

“Sukan Olimpik adalah temasya pelbagai sukan. Papan luncur, breakdance dan panjat dinding sudah dipertandingkan di Olimpik, jadi kenapa tidak e-sukan?

“Kita tidak boleh melihat e-sukan dari perspektif negatif. Pemain e-sukan bukan hanya duduk dan bermain, mereka juga merasakan tekanan, berpeluh dan debaran,” katanya.

Wong berkata, pasukan AoV yang mengikuti latihan selama 12 hingga 14 jam sehari sebelum tiba di Hangzhou, turut mendapat sokongan sains sukan daripada Institut Sukan Negara (ISN) bagi memastikan mereka berada dalam keadaan bersedia menghadapi pertandingan.

Pasukan AoV terpaksa berpuas hati dengan pingat perak dalam aksi final semalam, selepas tewas kepada pasukan pilihan dari China 0-2.

Namun begitu, ia sesuatu yang membanggakan kerana e-sukan turut tersenarai sebagai penyumbang pingat buat kontinjen negara di Sukan Asia pada penampilan sulung.

Sementara itu, Wong berkata, pasukannya menerima jemputan daripada penganjur permainan untuk bermain dalam liga profesional dunia yang menawarkan hadiah terkumpul AS$10 juta (kira-kira RM47 juta).

Beliau berkata, pihaknya sudah menerima jemputan secara verbal dan perbincangan untuk menyertai liga selama dua minggu itu sedang dijalankan.

“Kita belum dapat hitam putih lagi daripada penganjur. Kita balik Malaysia dulu dan berbincang untuk membentuk satu pasukan profesional,” katanya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Sukan 2 tahun yang lalu

Thailand Ranap Misi Malaysia Pertahan Emas Antara Regu Lelaki

2

Sukan 2 tahun yang lalu

ASIAD: Karate Teruskan Kutipan Pingat Kontinjen Malaysia

3

Sukan 2 tahun yang lalu

Sukan Asia: Malaysia Dekati Sasaran 27 Pingat

4

Sukan 2 tahun yang lalu

Sukan Asia: Kuartet 4 x100 Meter Negara Lolos Ke Final

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

oleh Sophia Ahmad

Singapura 1 hari yang lalu

Singapura: Ketua Hakim Negara Sundaresh Menon Bersara Feb 2017, Hakim Sushil Nair Jadi Pengganti

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

Pimpinan PH Melaka Undur Diri Daripada Kerajaan Negeri - Adly

oleh Sophia Ahmad