web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Sukan Asia: Kuartet 4 x100 Meter Negara Lolos Ke Final

Sukan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Oct 2023 1:10PM

Muhammad Azeem Mohd Fahmi antara peserta dalam kuartet 4 x 100 meter negara - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

HANGZHOU - Kuartet 4x100 meter (m) lelaki negara beraksi dengan baik untuk  meloloskan diri ke pusingan akhir Sukan Asia di Stadium Olimpik Hangzhou, pada pagi ini.

Gandingan bekas pemegang rekod kebangsaan Khairul Hafiz Jantan, Muhammad Arsyad Md Saat, Jonathan Nyepa dan Muhammad Azeem Mohd Fahmi, menampilkan larian bertenaga untuk mencatatkan 39.40 saat (s) pada saringan 1 pusingan pertama.

Catatan itu meletakkan mereka di kedudukan ketiga di belakang kuartet tuan rumah Chen Guanfeng, Xie Zhenye, Yan Haibin dan Chen Jiapeng yang mencatatkan 38.62s dan Korea Selatan (38.75s) dibarisi Lee Jeontae, Kim Kukyoung, Lee Jaeseong dan Park Wonjin.

Secara keseluruhan, kuartet negara menduduki tempat keempat dalam pusingan pertama hari ini untuk mara ke final dengan harapan menduduki podium.

Catatan hari ini, sedikit perlahan berbanding rekod kebangsaan 39.09s yang dibuat oleh Muhammad Azeem, Muhammad Arsyad, Muhammad Haiqal Hanafi dan Muhammad Zulfiqar Ismail di Sukan SEA Hanoi, pada Mei 2022.

“Bagi saya, larian ini belum 100 peratus sempurna kerana ini merupakan kali pertama kami lari bersama pada tahun ini, tetapi kami semakin bertambah baik. Kami belum berpuas hati untuk larian hari ini, saya percaya esok kita boleh buat yang lebih baik.

“Rancangannya untuk kekal fokus dan mendapat rehat yang cukup untuk berada dalam keadaan yang baik, supaya kami dapat catatkan masa yang baik untuk negara kita,” kata Muhammad Azeem yang meraih gangsa acara 100m dua hari lepas.

Final acara itu dijadualkan pada 9.25 malam, esok. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Sukan 2 tahun yang lalu

Thailand Ranap Misi Malaysia Pertahan Emas Antara Regu Lelaki

2

Sukan 2 tahun yang lalu

ASIAD: Karate Teruskan Kutipan Pingat Kontinjen Malaysia

3

Sukan 2 tahun yang lalu

Sukan Asia: Malaysia Dekati Sasaran 27 Pingat

4

Sukan 2 tahun yang lalu

ASIAD: Skuad Hoki Wanita Belasah Singapura 8-1

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Anak Trauma Bapa Disambar Buaya Depan Mata

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Network School Forest City: Kerajan Johor Arah Tutup 1 Premis Langgar Peraturan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

Ribut Di Lembah Klang Ragut 1 Nyawa, Banjir Kilat Landa Petaling Jaya

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Pimpinan PH Melaka Undur Diri Daripada Kerajaan Negeri - Adly

oleh Sophia Ahmad