web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Sukan Asia: Malaysia Dekati Sasaran 27 Pingat

Sukan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Oct 2023 8:37AM

Kuartet wanita 4 x 100 meter negara meraih pingat gangsa semalam - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

HANGZHOU - Kontinjen Malaysia mendekati sasaran 27 pingat di Sukan Asia kali ini hari ini, selepas menuai dua lagi pingat gangsa menerusi terjun dan olahraga pada hari ke-10 pertandingan, semalam.

Ratu terjun negara Datuk Pandelela Rinong menambah koleksi pingat meraih gangsa menerusi 10 meter (m) platform wanita, mengulangi pencapaian 13 tahun lepas ketika beliau membuat debut Sukan Asia menerusi gangsa di edisi Guangzhou, China pada 2010.

Kuartet 4x100m wanita, yang dibarisi Azreen Nabila Alias, Zaidatul Husniah Zulkifli, Nur Afrina Batrisyia Mohamad Rizal dan Shereen Samson Vallabouy, mencipta kejutan apabila meraih gangsa tanpa dijangka.

Selepas mencatatkan 45.01 saat (s) di kedudukan keempat, namun pembatalan larian pasukan Bahrain yang menamatkan saingan di kedudukan ketiga kerana membuat lepasan baton di luar zon pertukaran, menyaksikan kuartet negara diangkat sebagai pemenang gangsa.

Namun, nasib berbeza dilalui kuartet 4x100m lelaki, yang dibatalkan penyertaan kerana kesalahan pencerobohan lorong.

Gandingan Khairul Hafiz Jantan, Muhammad Arsyad Md Saat, Jonathan Nyepa dan Muhammad Azeem Mohd Fahmi sebelum itu menamatkan saingan di kedudukan kelima dengan catatan 39.19s, yang hanya 0.1s perlahan berbanding rekod kebangsaan.

Secara teknikalnya, Kontinjen Malaysia boleh dikatakan hanya memerlukan sebutir pingat sahaja untuk mencapai sasaran pada temasya kali ini yang bakal menutup tirai pada Ahad ini (8 Oktober), selepas skuasy telah menjamin sekurang-kurangnya tiga gangsa apabila wakil negara berjaya melayakkan diri ke separuh akhir.

Bagaimanapun, warna pingat dan pengesahan secara rasmi pingat skuasy hanya akan dibuat selepas aksi separuh akhir hari ini atau final pada Khamis.

Tiga wakil negara yang akan berjuang dalam separuh akhir hari ini adalah pemain perseorangan lelaki Ng Eain Yow, perseorangan wanita S. Sivasangari dan beregu campuran Mohammad Syafiq Kamal-Aifa Azman.

Setakat malam tadi, Malaysia berada di kedudukan ke-15 selepas meraih tiga emas, empat perak dan 16 gangsa atau sejumlah 23 pingat, manakala dominasi China tidak dapat dicabar selepas kontinjen tuan rumah cemerlang merangkul 161 emas, 90 perak dan 46 gangsa untuk keseluruhan 297 pingat.

Sementara itu di Gimnasium Binjiang, pemain perseorangan lelaki Ng Tze Yong berjaya menyingkirkan Juara Dunia 2021 Loh Kean Yew dari Singapura untuk mara ke pusingan ketiga, manakala Lee Zii Jia pula bakal bertemu Juara Dunia 2023, Kunlavut Vitidsarn dari Thailand, hari ini.

Juara dunia beregu lelaki 2022, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, beregu wanita utama negara Pearly Tan-M. Thinaah, perseorangan wanita Goh Jin Wei serta dua beregu campuran Chen Tang Jie-Toh Ee Wei dan Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie turut akan membuat perhitungan untuk ke suku akhir, hari ini.

Atlet sukan seperti ekuestrian, terjun, memanah, berbasikal lebuh raya (road cycling), kabbadi dan kriket turut akan beraksi hari ini. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

2

Semasa 4 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

3

Luar Negara 4 bulan yang lalu

Suspek Kes Pornografi Kanak-Kanak Diekstradisi Ke AS

4

Rencana 6 bulan yang lalu

Detik Malaysia Mendunia Telah Tiba, Kita Mampu Lakukan!

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 4 jam yang lalu

Syed Saddiq Tamatkan Larian Kesyukuran Amal Sejauh Hampir 170 Km, Kutipan Dana Lepasi Sasaran

oleh Sophia Ahmad

Politik 5 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Kemenangan Di Johor Tidak Boleh Dijadikan Penentu Kejayaan BN - Johari 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

Ribut Di Lembah Klang Ragut 1 Nyawa, Banjir Kilat Landa Petaling Jaya

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

oleh Amirah Abu Bakar