web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


ASIAD: Skuad Hoki Wanita Belasah Singapura 8-1

Sukan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Oct 2023 2:19PM

Aksi pasukan hoki wanita Malaysia ketika menentang Singapura. gambar Persekutuan Hoki Malaysia

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

HANGZHOU - Skuad hoki wanita negara mengubat luka kekalahan terhadap India Jumaat lepas dengan membelasah Singapura 8-1 dalam aksi ketiga Kumpulan A temasya Sukan Asia Hangzhou 2022 di Stadium Gongshu Canal Sports Park hari ini.

Pada aksi tersebut skuad bimbingan Mohd Nasihin Nubli Ibrahim itu mendominasi perlawanan apabila terlebih dahulu memecah kebuntuan pada minit kesembilan menerusi pukulan sudut penalti yang dicipta Wan Norfaiezah Md Saiuti. 

Malaysian Tigress menggandakan kedudukan enam minit kemudian menerusi Siti Nur Arfah Mohd Nor yang membuat pukulan sudut penalti, sebelum Nuraini Abdul Rashid meletakkan Malaysia di kedudukan selesa 3-0 dengan pukulan sudut penalti pada minit ke-29. 

Skuad negara terus menekan Singapura selepas menambah dua gol pada suku ketiga menerusi Nurmaizatul Hanim Syafi pada minit ke-31, sebelum pasukan lawan meledak jaringan pertama mereka empat minit kemudian menerusi gol padang Sardonna Ng Yu Xin.

Jaringan Singapura bagaimanapun tidak mematahkan semangat Malaysia untuk mencetak gol padang menerusi Nur Afiqah Syahzani Azhar pada minit ke-37, sebelum Khairunnisa A Mohd Sharduddin membuat pukulan sudut penalti sekali gus menyumbang mata keenam pasukan pada minit ke-48. 

Tidak cukup dengan itu, Malaysia terus menambah duka Singapura apabila sekali lagi meledak jaringan padang menerusi Hanis Nadiah Onn pada minit ke-54 sebelum beliau membuat pukulan sudut penalti lima minit kemudian untuk mata kelapan negara. 

Sementara itu, mengulas mengenai perlawanan hari ini, Mohd Nasihin menyifatkan kemenangan itu sebagai tonik tambahan bagi perlawanan terakhir peringkat Kumpulan kelak.

"Singapura beri tentangan yang baik dalam permainan, mereka adalah pasukan meningkat naik yang bagus...kita boleh jadikan itu sebagai persediaan untuk perlawanan selepas ini,” katanya

Mohd Nasihin berkata sebagai persediaan bertemu Korea Selatan, pasukan negara perlu menukar strategi memandangkan pasukan lawan merupakan skuad yang kuat, selain para pemain perlu pulih daripada sebarang kecederaan sebelum aksi terakhir itu. 

Malaysia bakal bertemu Korea Selatan bagi perlawanan terakhir Kumpulan A pada Selasa. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Sukan 2 tahun yang lalu

Thailand Ranap Misi Malaysia Pertahan Emas Antara Regu Lelaki

2

Sukan 2 tahun yang lalu

ASIAD: Karate Teruskan Kutipan Pingat Kontinjen Malaysia

3

Sukan 2 tahun yang lalu

Sukan Asia: Malaysia Dekati Sasaran 27 Pingat

4

Sukan 2 tahun yang lalu

Sukan Asia: Kuartet 4 x100 Meter Negara Lolos Ke Final

Sorotan

1

Syed Saddiq Tamatkan Larian Kesyukuran Amal Sejauh Hampir 170 Km, Kutipan Dana Lepasi Sasaran

2

Lelaki, Wanita Ditahan, Disyaki Berkhalwat Dalam Bilik Hotel

3

Ribut Di Lembah Klang Ragut 1 Nyawa, Banjir Kilat Landa Petaling Jaya

4

PRN Negeri Sembilan: Kemenangan Di Johor Tidak Boleh Dijadikan Penentu Kejayaan BN - Johari 

5

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

6

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

Disyorkan untuk anda

Semasa 14 jam yang lalu

Lelaki, Wanita Ditahan, Disyaki Berkhalwat Dalam Bilik Hotel

oleh Sophia Ahmad

Politik 9 jam yang lalu

‘Serang Rakan Dalam Kerajaan Perpaduan? Lebih Baik Anda Letak Jawatan’ - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Syed Saddiq Tamatkan Larian Kesyukuran Amal Sejauh Hampir 170 Km, Kutipan Dana Lepasi Sasaran

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Pimpinan PH Melaka Undur Diri Daripada Kerajaan Negeri - Adly

oleh Sophia Ahmad