web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Keresahan Chong Wei Ada Asas, Namun Tidak Cerminkan Prestasi Keseluruhan - Norza

Sukan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Feb 2024 7:57AM

Presiden Persatuan Badminton Malaysia, Tan Sri Mohamad Norza Zakaria. gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Keresahan disuarakan legenda badminton negara, Datuk Lee Chong Wei susulan keputusan kurang memberangsangkan pada Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 mempunyai asas tersendiri, namun ia tidak menggambarkan keseluruhan prestasi pasukan negara ketika ini.

Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Tan Sri Mohamad Norza Zakaria berkata, ini kerana badan induk itu sentiasa melipatgandakan usaha mempersiapkan skuad negara mengharungi saingan Sukan Olimpik Paris 2024.

Beliau berkata, adalah mustahil untuknya melakukan perubahan gerak kerja BAM dalam masa terdekat ini memandangkan berbaki kurang beberapa bulan sahaja lagi sebelum temasya berprestij itu membuka tirai pada 26 Julai depan.

"Saya sudah bercakap dengan Chong Wei semalam dan seperti biasa ia luahan perasaan beliau terhadap pemain kita. Saya kata kepada Chong Wei (sebenarnya itu) merupakan keresahan semua pihak," katanya ketika dihubungi BERNAMA hari ini.

Namun, beliau berkata, seperti komennya sebelum ini, keputusan BATC bukanlah terlalu mengecewakan apabila meraih naib juara (pasukan lelaki), selain pemain dibelenggu kecederaan (di luar jangkaan).

Mohamad Norza berkata, pihaknya sentiasa berhubung dengan Chong Wei yang juga ahli jawatankuasa program Road to Gold (RTG) dan pengurus pasukan skuad badminton ke Sukan Olimpik Paris 2024.

Malah, beliau melahirkan harapan supaya pemenang tiga pingat perak Olimpik itu mampu berkhidmat sepenuh masa untuk berkongsi kemahiran serta membimbing skuad negara yang bernaung di badan induk itu pada masa hadapan.

"Kami sentiasa berhubung kerana dia sebahagian daripada RTG dan terbabit dalam perbincangan kita untuk mempersiapkan pasukan badminton ke Olimpik. Mungkin, apa yang beliau tidak nampak (masa sekarang) ialah ramai pelapis (dalam pasukan).

"...tapi apapun keputusan, kami berharap mungkin selepas Olimpik (Paris 2024) dia boleh masuk ke dalam BAM. Kami ambil maklum balas yang baik daripada Chong Wei tapi tak boleh cakap dekat luar sahaja," katanya.

Beliau berkata, komitmen ditunjukkan Chong Wei untuk 'mengangkat' sukan badminton di negara ini perlu dibanggakan apabila beliau adalah pakar yang telah menyumbang tenaga selama 19 tahun dengan pelbagai pencapaian di peringkat tempatan mahupun antarabangsa.

"Saya terima dengan hati terbuka kerana Chong Wei merupakan autoriti yang boleh bercakap tentang perkara ini. Kalau orang yang tiada kena-mengena memang saya resah tapi ini autoriti," katanya.

Media tempatan semalam melaporkan Chong Wei berputus asa dengan sukan badminton di Malaysia dan memberi amaran bahawa perubahan drastik diperlukan untuk menyelamatkan sukan itu di negara ini.

Pada BATC 2024 menyaksikan hasrat skuad lelaki negara untuk mempertahankan kejuaraan tidak kesampaian apabila tewas 0-3 kepada China pada aksi final yang berlangsung di Pusat Konvensyen Setia City, Shah Alam.

Dua tonggak perseorangan negara, Lee Zii Jia dan Ng Tze Yong terpaksa direhatkan bagi beberapa perlawanan dalam kejohanan berkenaan kerana difahamkan masing-masing mengalami kesukaran bernafas akibat resdung dan kecederaan belakang.

Skuad wanita pula terkandas pada aksi suku akhir kepada penyandang gelaran, Indonesia 0-3. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Sukan 8 bulan yang lalu

Pearly Tan–Thinaah Rangkul Juara Kumamoto Masters, Pamer Aksi Penuh Dramatik

2

Sukan 10 bulan yang lalu

Tang Jie-Ee Wei Julang Emas Dunia, Hadiah Merdeka Buat Malaysia

3

Sukan 1 tahun yang lalu

‘Tingkatkan Kualiti BAM, Tak Perlu Timbul Isu Presiden’ - Jahaberdeen

4

Sukan 1 tahun yang lalu

Olimpik Paris: TPM, Menteri Ucap Tahniah Aaron-Wooi Yik Sumbang Pingat Pertama

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Singapura 1 hari yang lalu

Singapura: Ketua Hakim Negara Sundaresh Menon Bersara Feb 2017, Hakim Sushil Nair Jadi Pengganti

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ambil Ubat Tertentu Untuk Jangka Masa Panjang? Hati-Hati Dengan Pendarahan Dalaman Serius 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Anak Trauma Bapa Disambar Buaya Depan Mata

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

oleh Amirah Abu Bakar