web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tang Jie-Ee Wei Julang Emas Dunia, Hadiah Merdeka Buat Malaysia

Sukan Dikemaskini 10 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 31 Aug 2025 9:05PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Saat jutaan rakyat mengibarkan Jalur Gemilang sempena ulang tahun kemerdekaan ke-68, arena sukan tanah air turut diraikan dengan hadiah bersejarah apabila beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei, muncul juara Kejohanan Dunia di bumi Perancis, malam ini.

Pada aksi final yang berlangsung di Adidas Arena, Paris, gandingan keempat dunia itu tanpa gentar berdepan gergasi China dengan semangat juang membara, penuh berani dan bijak membaca permainan untuk menundukkan pilihan kedua Jiang Zhen Bang-Wei Ya Xin 21-15 pada set pertama.

Pada set kedua, mereka terus mengekang kebangkitan pasangan China apabila seakan "menggila" di gelanggang dengan menoktahkan kemenangan 21-14, sekali gus menghadiahkan emas pertama Malaysia dalam acara beregu campuran dalam tempoh 40 minit penuh mendebarkan.

Bagaikan mendapat kekuatan daripada laungan "Merdeka!", Tang Jie-Ee Wei tidak sedikit pun goyah meskipun rekod lalu memihak kepada lawan beregu kedua dunia itu dengan kelebihan 3-1 termasuk kekalahan perit pada Terbuka Jepun bulan lepas.

Kejayaan itu menoktahkan penantian hampir dua dekad selepas pencapaian terbaik negara dalam acara beregu campuran hanyalah di separuh akhir menerusi Koo Kien Keat - Wong Pei Tty pada edisi 2006 di Madrid, Sepanyol. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 bulan yang lalu

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

2

Sukan 1 bulan yang lalu

'Pocket Rocketman' Azizulhasni Atlet Ketiga Terima Darjah Bakti Daripada Agong

3

Sukan 2 bulan yang lalu

Selangor Bakal Miliki Kompleks Polo Bertaraf Antarabangsa, Babit Kos Puluhan Juta

4

Sukan 2 bulan yang lalu

Malaysia Peroleh Hak Siaran Piala Dunia FIFA, Akses Tv Di India Dan China Masih Belum Pasti

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Singapura 20 jam yang lalu

Singapura: Ketua Hakim Negara Sundaresh Menon Bersara Feb 2017, Hakim Sushil Nair Jadi Pengganti

oleh Sophia Ahmad

Politik 8 jam yang lalu

Pimpinan PH Melaka Undur Diri Daripada Kerajaan Negeri - Adly

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gaji Semasa: Hanya 49 peratus Pekerja Malaysia Berpuas Hati 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

oleh Sophia Ahmad